Orang kate gune Cloth Diapers ni menjimatkan terutama one size CD bole digunekan dari baby 3kg hingga berumo 3 tahun. Pastu bole pula diwariskan kepada baby seterusnye. *Bole percaye ke?*
Kalo kite ader sket je stok CD, tak menjagenye dengan betol dan juga jenama yang dibeli tidak begitu berkualiti, jangan terlalu berharap agar ianya tahan sebegitu lama.
Macamane nak bagi Cloth Diapers (CD) tahan lama?
SILE LAKUKAN SEPERTI SENARAI DI BAWAH:
- Paling penting, beli CD yang berkualitas *pengaruh cite Indonesia ^____^* atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang berCD untuk mendapatkan tips)
- Make sure stok CD cukup dan lebih baek kalo ader CD yang maaaaanyaaaaak *20 or 30 CD* . Coz bile CD yang sama dipakai dan dibasuh repeated, ia akan menyebabkan cepat lusuh. Macam baju kite, kalo ader 5 lai je...pastu basuh hari2 mesti tak sampai bape bulan je dah lusuh kan?
- Pilih CD jenis button berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat haus. CD jenis button ni nampak lebeh kelihatan baru berbanding Velcro *tapi pilihan di tangan u olz*
- Jaga leklok CD mengikut penjagaan jenama CD tersebut. Laen brand, laen pula cara penjagaannye.
- Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk CD sahaje. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ni bole menyebabkan CD bocor dan mudah rosak.
- Sesekali, lakukan strip washing untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di CD tuh. Keadaan ini bole menyebabkan CD rosak. *Next entri nanti mama citekan macamana nak buat strip wash CD*
- Keringkan CD dengan cara menyidai di bawah cahaya matahari berbanding menggunakan opsyen Spin Drying dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.
- Beli CD yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).
- Gunakan laundry bag/net kalo basuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen Spin Dry.
- Kalo gunakan CD jenis Velcro, sematkan Velcro pada laundry tab sebelum membasuh untuk mengelakkannya tertarik/terlekat pada Cloth Diapers yang lain.
JANGAN LAKUKAN PERKARA BERIKUT:
- Jangan perah CD terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
- Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental CD.
- Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan CD bocor dan mudah rosak.
- Jangan basuh CD dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL *waterproof layer*. Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
- Jangan gunakan krim lampin*nappy cream* bersama CD coz bole menyebabkan kebocoran.
CD tu satu pelaburan *investment* kan? Lepas kite menelaah banyak info tentang CD, dah tentu-tentu nak hasil yang marbeles.
BTW, kita juga perlu realistik dan tidak boleh beranggapan bahawa CD yang kita beli itu boleh tahan sampai beberapa tahun.
Kredit: Cloth Diapers Malaysia
Camat berCD!
2 comments:
tahun 2002 dulu manalah ada CD ni.nak jimat pya pasal,siang kite pakaikan brand yg murah tp berkualiti dan tebal.Mlm dah tentu brand mahal.Ni yg rasa nk tmbh sorang lg baby ni..sempat lg ni he3....
hihi betol tu aleasara...masa tu ai pon lom tawen lagi...
tambah jgn tak tambah...untuk kite sebarkan kaseh sayang yang manyak amat kat anak2 kite...
bagus berCD ni...baik utk baby n mommy
Post a Comment