.
.
.
Filem Terbaru Bakal Menemui Anda Di Pawagam Berhampiran.
Nantikan!!!
Nantikan!!!
Picture by Google
Kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Sekiranya ada yang sama hanyalah kebetulan semata-mata.
Memperkenalkan barisan pelakon
Hero - Lutfi Syafiq
Heroin - Cinta
Bapa - Akhmad Arqom
Ibu - Fadzillah Kamarudin
Kekasih Lama Hero - Scha
Kekasih Lama Heroin - Ady Budika
Adik Heroin 1 - Farah Shahirah
Adik Heroin 2 - Ana Izzty
Adik Heroin 3 - Katek
Pelakon kanak-kanak - Aleesya
Sahabat Hero - Iqbal Hakimi
Sahabat Heroin - Hany
Angin bertiup lembut menyentuh pipi Cinta. Cinta menarik nafas dalam-dalam sambil merenung desiran ombak di tepi pantai. Kenangan demi kenangan menerjah kotak fikirannya. Perlahan-lahan dikeluarkannya komputer riba, dibukanya kotak emel. Ah! hati, kenapa Cinta semakin hari semakin berharap sesuatu yang tak pasti? Bisik hati Cinta. Tanpa berlengah Cinta melakukan rutin seperti biasa, membuka blognya lalu tangan mula menaip entri baru.
"Lutfi...kenapa semakin hari Cinta semakin lemah membilang hari? Kenapa doa demi doa mengharapkan kepulangan Lutfi tetapi harinya tak pernah kunjung tiba? Apakah tidak ada lagi sayang di hati Lutfi atau kita memang tidak ditakdirkan bertemu lagi? Lutfi...Lutfi tahu tak, anak kita...buah cinta kita Aleesya semakin keletah sekarang. Dia dah pandai panggil mama. Tapi anak sekecil itu tahukah erti kehilangan? Tahukah dia erti rindu kepada bapanya yang jauh di Capetown?"
Cinta mengeluh lagi, matanya semakin berkaca-kaca. Suami yang dikahwini 3 tahun yang lalu atas dasar cinta itu amat dirinduinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya jalan hidupnya akan jadi seperti ini. Cinta meneruskan lagi penulisan di blognya.
"Tahukah Lutfi...betapa rindunya Cinta pada Lutfi. Sudah lebih 2 tahun Lutfi menghilangkan diri tanpa secebis khabar pun. Entah hidup, entahkan mati. Cinta sendiri tak tahu. Benar...mommy dan daddy tidak merestui perkahwinan kita. Hanya kerana kita tidak setaraf bagaikan langit dengan bumi, tapi tidak adil bagi Cinta bila Lutfi pergi begitu saja. Alasannya, ke Capetown untuk mengubah hidup kita. Tapi, Lutfi tahu tak...waktu Lutfi pergi itu Cinta sedang mengandungkan zuriat kita. Kejamnya Lutfi meninggalkan Cinta sendirian menghadapi saat-saat yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri."
Air mata Cinta gugur lagi, Cinta membiarkannya saja. Telah banyak air mata yang mengalir kerana penantian yang tidak berpenghujung ini. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Hatinya berbisik lagi. Jejari runcing Cinta pantas menaip lagi...
"Atau...Lutfi sudah melupakan Cinta? Lutfi telah kembali kepada Scha, kekasih lama Lutfi yang sangat cantik dan berpesonaliti menarik itu? Adakah kerana itu Lutfi terus membisu tiada khabar berita? Katakan Lutfi...katakan! Jangan biarkan Cinta digantung tidak bertali seperti ini! Cinta juga punya hati dan perasaan. Cinta bukan anak patung yang bila suka dibelai bila benci dibuang ke tong sampah."
Pedih hati Cinta tak terkata. Melihat pasangan-pasangan muda berlari-larian bermain ombak di tepi pantai. Melihat pasangan suami isteri berpimpinan tangan bersama anak yang baru jalan-jalan jatuh. Indahnya kalau pasangan itu adalah Cinta dan Lutfi serta anak kami Aleesya. Cinta cuba lagi memadam segala ingatan terhadap Lutfi, tapi semuanya sia-sia.
"Lutfi ingat lagi tak detik perkenalan kita? Waktu tu di lapangan terbang, disebabkan beg kita sama lalu tertukar itulah kita boleh berkenalan. Sejak itulah bibit-bibit percintaan kita bermula. Tuhan itu banyak rahsia-Nya kan Lutfi. Beg yang tidak bernyawa itu pun boleh jadi punca perjodohan kita. Walaupun mommy, daddy, Farah Shahirah, Ana Izzty dan Katek tak pernah sukakan perkahwinan kita ini, tapi tiada siapa dapat menghalang jodoh. Cinta juga tidak minta jodoh Cinta setragis ini. Cinta juga tidak mahu melukakan hati mereka. Apalagi hati mommy dan daddy yang telah membesarkan Cinta dengan penuh kasih sayang dan kemewahan."
Tersenyum sebentar Cinta bila melihat Aleesya berlari terkedek-kedek di tepian ombak bersama sahabat baik Cinta, Hany. Selama ketiadaan Lutfi hanya Hany yang banyak memberi semangat kepadanya. Hany jugalah yang paling sayangkan Aleesya dan tak jemu-jemu melayan karenahnya.
"Agaknya, keadaan Lutfi di Capetown sama seperti di sini kan? Cuma bezanya di pantai ini tiada penguin. Sebab itulah Cinta suka menulis blog di tepian pantai. Sebab Cinta membayangkan Lutfi juga sama memikirkan Cinta di tepi pantai Capetown yang indah itu. Benar atau salah dugaan Cinta ini, hanya Tuhan pencipta sekalian alam ini saja yang tahu. Dan ketahuilah Lutfi sampai bila-bila pun Cinta tidak akan berhenti mencintai Lutfi. Dan Cinta tidak akan sesekali berputus asa berdoa agar kita diberi peluang bersama sekali lagi. Kalau Lutfi terbaca blog http://cintakutertinggaldicapetown.blogspot.com ini, Lutfi bacalah keseluruhan blog ini. Diari digital ini dibuka khas untuk Lutfi. Segala perkembangan tumbesaran anak kita ditulis di sini Lutfi. Kalau Lutfi tidak diberi kekuatan untuk kembali, sekurang-kurangnya Lutfi dapat melihat wajah Cinta bersama puteri kita Aleesya. Itu sudah cukup memadai bukan?"
Setahun kemudian...
.
.
.
Seperti biasa Cinta membelek-belek blognya. Cadangnya ingin menulis entri baru buat Lutfi. Tiba-tiba...
"Cinta..." Satu suara kedengaran. Suara itu memang amat dikenalinya. Tapi Cinta tidak berani menoleh. Adakah ini hanya perasaannya saja atau ini realiti. Perlahan-lahan Cinta berpaling.
"Lutfi!" Air matanya kegembiraan mengalir laju. Benar ini kenyataan, Lutfi telah kembali.
"Cinta, maafkan Lutfi...Lutfi telah lama membaca blog Cinta. Iqbal dan Ady Budika yang beritahu tentang blog Cinta. Tapi Lutfi belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan Cinta. Lutfi kembali ini kerana Lutfi telah berjaya sayang. Lutfi telah berjaya membuktikan pada mommy dan daddy bahawa anak seorang penoreh getah macam Lutfi boleh mencapai kejayaan tanpa bantuan mereka. Semuanya untuk kita Cinta...untuk Cinta, Lutfi dan Aleesya." Lutfi bersuara tenang.
Cinta sudah tidak mahu berkata-kata lagi. Sekarang keluarga ini telah lengkap. Terima kasih Tuhan!
34 comments:
Assalamualaikum..
Hanis suka la jalan cerita dia mama Aleesya :)
Thanks :):
wow...
best...
huhu...
Salam.. wah, sgt sweet jalan cerita ni. teringat zaman2 sekolah dulu.. time belajar pasal novel semua tu... thx kerana sudi jadikan sy hero dlm cerita ni. really appriciate it! :))
wow...suka doh.. macam baca novel.. cuba wat sambungan.. ambik dr part sebelum setahun kemudian..mesti lagi best.. apa2 pon ko nya cerita memang best... high imagination....
best la jalan cerita :)
thnks mamaleesya :)
hehe.boleh wat novel ni.seyes.
suka la..best2..^^,
HNMZ: Ma aceh sbb suke...hehe
Fadzillah: Ma aceh dear...
Lutfi Syafiq: haha peminat cite novel tau, tu terbawa-bawa. BTW u're the right person to be a hero. Dah 2 hari pilih2 ^___^
mukmien: tu nak wat sambungan jenuh nak reka jalan cite, hehe kene tunggu en. ben buat segmen sambungan tuan direktor ;)
fasha: ma aceh sbb sudi singgah sini baca dan komen. Salam kenal
nazirul: hehe manyak dah novel kat kedai kan, kali ni novel on9 punye
cik pulau: tenkiu dear ^___^
jalan cerita menarik!!..suke2 :)
ana izzty: tenkiu...^___^
yeah.!! hidup penoreh getah.!!
salam..wah ! mcm penulis novel betul2 la ^^ suke3
mama aleesya : sgt2 menghargai. hehe
i'm also chosing you as female actor in my story...
check it out ok...
tp cerita sy bukan cerita jenis novel lah. hehehe
http://allmydreaming.blogspot.com/2011/02/tuan-direktor-pilih-kasih-eh.html
hooo my god!!! i'm the heroin. ahaks...amcm cik director??? kekek... bgus tak lakonan?
dah menghayati skrip, memang menyayat hati... :) bile nk start shooting, heheh... sign kontrak nagn cik director nie jela... mmg power buat skrip, iloikeee! :)
(tp real life takleh da... cinta dah ade yg punye.. kekeke)
ENTRY KHAS BUAT PUAN DIRECTOR :)
heheh... jom nengok
http://ikmalira87.blogspot.com/2011/02/pelakon-utama-dahsyat-gilerrr.html
nurul afifah: caiyok penoreh getah!
Lutfi Syafiq: Ma aceh sebab pilih Aleesya jadi pelakon wanita. Aleesya dah hafal skrip dah ni, hehe best btul kembali ke sekolah
cinta: hi my heroin, akhirnya terima jugak sign kontrak ni kan hehe. BTW u sangat comey, deswai mama pilih u walaupun u dah berpunye hehe. Ingat nak ajak en. tunang sekali berlakon, tapi die tak join pulak. Next filem baru cinta together-gether ngan en. tunang yek heheh ^___^. Esok zas kita start shooting.
wah2.. :)
Boleh jual cerpen dh ni.. (^.^)
huwaa.... start shooting dah, yesss!!! heheheh... bape target keuntungan yg d'capai, agak² leh kalahkan DDR x? uhuhuhu ^^
najwa: ececewah ^_^
mawar merah: hehe...saje2 je buat suke2 :).
cinta: target mmg nak bagi meletops...tambah heroin ngan hero memang cun melecun hehe
cewaahhhh~~~ zup...zappp abes! heheheh :P
cinta: heroin profesional sekali shoot je siap hehe
Post a Comment