Monday, August 15, 2011

Ketuk-ketuk Kuali Bersama Mamaleesya: Resepi Sizzling Yee Mee

Ketuk-ketuk kuali bersama Mamaleesya nak share resepi buka pose semalam. Requested by my beloved hubby.



Sizzling yee mee



Sizzling Yee Mee
Paling senang nak buat, semudah 1...2...3...


Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih
2 sanggul yee mee *feeling lovey dovey makan 2 orang, Aleesya titon*
5 biji cendawan shitake *rendam dulu sampai lembut, then potong 4*
Sedikit sawi
1 keping dada ayam *potong ikut sesuka hati*
3 biji cili kering *potong 4*
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1/2 inci halia *hiris nipis-nipis*
Sedikit serbuk lada hitam
Garam sesedap rasa *eh pose tak bole rasa*
Sedikit minyak bijan *kalau ada, kalau tak letak pun takpe*
2 sudu besar tepung jagung *dibancuh dengan air sejuk, kalo air panas nanti jadi lain*
Air
Sedikit minyak untuk menumis



Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau.

2. Masukkan ayam, tunggu sampai empuk.

3. Masukkan air *ikutlah kalo suke kuah banyak letak banyak*

4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Biarkan mendidih.

5. Masukkan cendawan shitake.

6. Titiskan beberapa titik minyak bijan.

7. Masukkan yee mee, telur dan sawi. Biarkan sebentar.

8. Angkat letak dalam pinggan. Hidangkan panas-panas. Sedia untuk dimakan time buka pose.




Cili potong + kicap cair + sos ikan
Sedap dimakan bersama sizzling yee mee




Masak ni kejap je, so kalo dah dekat-dekat nak buka pose baru masak. Kalo awal sangat nanti kembang yee mee tu.





10 comments:

sal ya said...

nampak yummy la...
sedap je!!!
tapi husben saya suka request tomyam dengan sup sayur..

sal ya said...

ur aleesya premature ek?
Anis delivered 5.9.09 dgn weight 2.3kg. 34weeks by score (kalau ikutkan 32 weeks). kalau tak kena tahan wad lagi lama. doc kira2 dia dah matang before lahir dan tak duduk dalam inkubator pun.

salam kenal..

Anonymous said...

sedap..sedap..sedap

ayeesha anna said...

anisalya: tom yam pun sedap gak, hubby suke juga tuh. Mama lagi suke

ayeesha anna said...

anisalya: aah dear, premature baby 34 weeks. Masa lahir tu 2.1kg je berat die, tapi kalau berat lebih dari 1.8kg memang tak dok dalam inkubator. Alhamdullillah ok je setakat ni perkembangan sama macam budak sebaya

ayeesha anna said...

fitri senin: try jgn tak try

Ain Atika Zailani said...

alaaaaa ape ni ape ni tunjuk gambar mee perggghhhh!!!! lapar lah..puasa nih!!!=p

ayeesha anna said...

hahaha...baru mee je. Belom nasik-nasik lagi...Bawak bersabar, lambat lagi ^_^

teratai said...

sedapnye...ada masa boleh cuba buat:)

ayeesha anna said...

cuba jgn tak cuba. Paling senang dimasak, sedap dimakan