Siyes, belog ni merupakan satu cabang seni yang mama minati. Time remaja suke baca dan tulis cerpen, sekarang ni tulisan mama berkisar dengan kisah sehari-hari je. Ini adalah realiti kehidupan kami, asam garam kehidupan kami. Tapi kisah-kisah tertentu yang tak sepatutnya di share, tidaklah ditulis di sini. Aktiviti juga tidaklah di hapdate masa tu juga sebab belum ada tablet pc lagi. InsyaAllah, next time di mana mama bersiaran di situlah mama berbelog. Semua itu kenangan dan rujukan sendiri di masa depan nanti.
Real mama adalah seorang yang pendiam...tapi dengan adanya belog mama memang banyak bercakap. Mama berkomunikasi dengan dunia maya mama melalui tulisan. Sekarang pun zaman dah berubah kan. Orang dah jarang nak call-call dah, abes kredit cepat. Sume main SMS ngan BBM je. Cepat dan tepat. Lepas tu main fesbuk, sume pun pakai taip juga. See, komunikasi lebih mudah kan sekarang. Ta payah telegram bagai lagi macam zaman dulukala. Tapi in case nak jugak cakap, bole videocall. Bole tengok masa tu jugak muka orang yang tershayang.
Teknologi sekarang ni terlalu canggih dan cepat pula tu. Harini beli netbook, esok lusa dah keluar tablet pc, smartphones dan sebagainya. Kad raya pun dah hampir pupus digantikan dengan kad digital di fesbuk. Macam-macam design ada siap bole letak gambar sendiri. Surat pun dicantas oleh emel dan belog. Tiada alasan lagi untuk sering keep in touch.
Dengan belog juga mama dapat raaamaaai kawan. Memang mama suke sangat berbual dengan derang ni. Malahan derang ni lebih memahami dan sporting. InsyaAllah kita akan jumpa nanti kalau ada gathering blogger pasti akan join. Dengan belog juga mama jumpa ex-opismate mama bila tengok header belog dia *eh macam kenal*. Dia pun dah jadi blogger otai dan selalu tersenarai di bahagian exchange link Ben Ashaari. Mama ni belogger baru je. Banyak lagi kena belajar.
Dari belog My Cutie Pie Story inilah banyak harapan dan impian untuk anak mama Aleesya. Takde seorang ibu pun di dunia ini inginkan anaknya tidak berjaya kan? Sudah pastinya inginkan yang terbaik untuk anaknya. Mama abadikan perkembangan tumbesaran Aleesya di sini. Bukan untuk show off yang mama sorang je ada anak, tetapi untuk tatapan mama, Aleesya, ayah Aleesya dan familia kami. Tapi dengan adanya belog ini mama dapat ramai kawan dari geng mama-mama...banyak tips dan parenting info dari derang.
Berbelog itu adalah untuk mereka yang suka pada art, kreativiti, kesabaran dan tak silap kalau mama cakap untuk orang yang suka membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Bila kawan blogger tulis entri, sure kita akan baca. Selain tu, jadi blogger ni bukanlah seindah yang disangka. Tak sume orang suke tulisan kita. Ada yang kata kita poyo, show off, benda simple pun nak cerita di belog, giler glemer dan macam-macam lagi lah. Tapi sume kerja yang kita lakukan pun ada cabaran kan. Mama suka sume cabaran tu. Berbelog merupakan kehidupan mama. Walaupun pernah privatekan belog atas sebab-sebab keselamatan, tapi kejap je. Sabtu Ahad privatekan belog, Isnin bukak balik. Tanpa belog hidup rasa sunyi.
Entri mama kalo takde pixcas buah hati pengarang jantung mama, mana nak complete kan? Layanzz.
Mama sayang kamu berdua sampai sorga
InsyaAllah bersamalah kita mencari kebahagian di dunia dan akhirat
13 comments:
ye betul..mula2 jd silent reader je..pastu rasa cm gatai plak jari jemari ni nak tekan keybod.. =)
agreeeeeeeeeeeeeee with all ur points :)
and aiiii one of aleesya & family fan taww! keepidap..
pewit! :) pelangi pun kak, kat dunia luar..seorang yang pendiam..hik3 =D dalam dunia maya jadi mulut bising plak..=D
sms ni kadang-kadang bawak maksud yang berbeza. intention kita lain tp bila sampai kat org yg baca dah jdk lain.
tp mmg betul... dekat blog ni macam2 yg kita boleh kongsi. blh tambah kenalan lg.
fitri: haha bab gatai tangan tu memang selalu berlaku. Sbb tu bole rapat sebab selalu bersembang
momma qiestina: ma aceh, i'm also ur fans and always love ur story
laskar pelangi: btul3x. Blog is freedom. Bole cite pape je tanpa orang potong2 cakap. Lepas tu nak komen ke atau tak setuju ngan pendapat kita lain cite kan.
anisalya: memang selalu silap faham dengan sms sbb tak tau intonasi sms tu. Tak tau dia marah ke, suka atau sedih. Belog dgn fesbuk lain, belog bole cite panjang2...fesbuk untuk sembang2 dan tengok gambar. Tapi belog kita lebih mendekati perasaan penulis dan terjah dunia peribadinya serba sedikit.
Cantek ke gambar...???????? pakai LUMIX Panasonic DMC-LX5
fitri: Shantek :)owh pakai Lumix yea. Tak tau sangat pasal model panasonic ni. Yang lens panjang tu ke?
tepek lagi skali sebab link cm missing
http://fitribintisenin.blogspot.com/2011/08/lumix-panasonic-dmc-lx5-hasil-matta.html
hehe tenkiu fitri
Post a Comment