Bila dah ada anak ni, semua keperluan si syomel kita nak penuhi kan? Kalau boleh nak yang terbaek dari ladang saje untuk diye. Tapi, kita kena fikirkan juga faktor kegunaan toys tu sume. Ada toys yang kita beli hanya guna 2 atau 3 bulan anak kita pun makin membesar. Dah kena simpan untuk anak seterusnya, ataupun bagi pada sedara mara sebab anak kita dah taknak main dah menan tu. Diye nak toys lain yang sesuai dengan umur diye.
Nak beli peralatan anak pun bukannya murah kan. Kalau nak yang kualiti elok, takde bahan yang merbahayakan kesihatan anak. Tapi mama senang je, mama belikan Aleesya preloved item. Dari umur diye 10 bulan mama start beli toys preloved ni. Coz nak belikan yang baru pun sampai RM200+, pastu guna berapa lama sangat. Nak beli yang murah-murah tu, tau ajela Aleesya ni kan premature baby masa lahir dulu...makanya bila dah besar diye memang hyperactive. Barang-barang diye memang cepat rosak bila dapat kat diye. Ala-ala brutal gak la anak dara mama neh. Kejap je dapat kat diye lingkup :D. So, mama kena beli barang menan yang tahan lasak untuk diye.
Ok, ni bukan iklan berbayar yea :). Mama cuma nak share blog-blog yang mama beli preloved items seperti toys, books, bed, stroller, etc dengan mama-mama di luar sana. Preloved items ni ada yang elok lagi tau. Ada preloved item yang mama beli conditionnya 9.5/10 *almost new*. Contohnya stroller Combi Aleesya. Kalau beli yang baru harganya dalam RM1,200++, tapi mama beli yang preloved dapat dalam RM300.00 je.
Masa mama preggy 2months, ayah Aleesya memang eksaited sangat nak belikan barang baby. Ayah Aleesya belikan stroller Sweet Cherry SCR3 kaler oyen. Sangat striking dan ceria warna tu. Tapi kesudahannya tersimpan je kat rumah, sebab berat dan susah nak pasang. Kena cabut tayar sume. Susah juga la mama nak uruskan stroller tu bila keluar berdua dengan Aleesya je. Tapi takde stroller susah juga, nak mengejar Aleesya berlarian lagi fenat. Tu blom diye punggah barang kat mall lagi,tak fasal-fasal mama kena keje part time susun barang kat mall pulak nanti.
Mama pun ambik keputusan beli stroller yang ringan dan senang nak lipat buka. Beli yang preloved item ajelah. Tapi memang rezeki Aleesya dapat yang masih baru. Maybe pemiliknya guna 4-5 kali je macam mama ngan ayah beli SCR3 tu juga rasanya.
Preloved Combi stroller
Sangat ringan, senang nak lipat, tahan lasak, Japan brand
Mama likeyyyy...Aleesya pun sama
Yang paling penting mama ngan Aleesya bole sopeng dan jenjalan selalu
Takkan nak duduk rumah je kan, boring kot
Baru ni ada kawan blogger mama tanya tentang buku Aleesya baca tu. Tu pun mama beli yang preloved juga. Kat
sini. Memang worth it, buku tebal dan susah nak koyak. Tau ajela Aleesya, hobinya memang suke koyak kertas.
Buku ni ada rak buku sekali
Ada 8pcs dalam satu rak tu
Tak silap mama beli ni RM28
Dah lama tak ingat hehe
Playskool push walker & ride on ni mama belikan masa Aleesya 10months
Condition dia 7.5/10
Tapi memang tahan lasak
Masih elok cuma terkoyak bahagian sticker mata je, lain-lain ok. Aleesya sampai sekarang main lagi push walker ni. Masa umur die 10 bulan dulu dia tolak je sebab bila buka boleh jadi push walker. Memang worth it beli barang preloved. Dapat yang murah dan tahan lasak. Harga diye masa mama beli RM60+ kat juaimurah juga.
Ada lagi beberapa preloved toys yang mama beli tapi mama tak amek pixca. Dari beberapa fb shop juga mama beli *tak ingat dah nak senaraikan kat sini*. Semenya harga berpatutan dari brand Vtech dan Little Tikes.
Coming soon, katil Aleesya pun mama beli preloved item juga. Cosco toddler bed complete with mattress. Hehe tak sabar nak tunggu sampai. Bole mama makeover bilik Aleesya nanti, letak cadar Hello Kitty yang diye sukeeee banget tu. Pinky-pinky mama pun suke ^_^.
Picture credited to Juliana
Cosco toddler bed ni diperbuat dari plastik
Condition 9/10
Senang nak cuci dan kalo terhantuk ke takdela sakit
Pastu ringan, senang nak buka kalo nak pindah rumah
Bole guna dari umur 2y hingga 5y
Sesuai nak latih Aleesya tido kat bilik sendiri
Kalo tak, diye nak nyelit kat mama je
So, dengan cara membeli barang-barang preloved ni. Dapat menjimatkan perbelanjaan di samping dapat beli barang anak yang berkualiti dan tahan lasak. Lepas kita taknak guna nanti bole jual balik kat mudah, sure berebut orang nak beli sebab tau kualiti barang-barang tu sume macamana kan. Banyak belog preloved item kat luar sana, mama-mama sume bole google. Memang menarik tertarik dan affordable price semenye *cewahhh macam mama pulak yang jual barang preloved gayanya hehe*.