Masih terngiang-ngiang di telinga mama suara comel yang pertama kali mama dengar sewaktu kelahiran dia. Masa tu hati mama terdetik, gurl agaknya anakku. Walaupun scan boy tapi naluri hati seorang ibu tu lebih kuat mengatakan gurl. Patut la masa preggy mama suka sangat melaram, mekap, beli baju mengandung macam-macam pesen.
Nah! sekarang dah terjangkit kat Aleesya, kuat melaram! Blusher, perfume, compact powder sume die nak pakai. Lepas pakai perfume, die suruh mama cium tangan die. Wangi sangat la yayang :). Tapi lagi wangi bau kamu masa baby. Bauan baby kan bauan dari syurga.
Dah big gurl anak mama & ayah
Makin banyak akalnya juga
Masa memang tak pernah menunggu kita yayang. Saat Aleesya membesar kalau boleh mama nak jaga Aleesya sendiri. Kalau boleh mama nak sentiasa kamu ada depan mata mama. Walau sepenat mana pun mama akan puas hati dapat menjaga kamu. Tapi tak sume kita nak kita dapat kan yayang.
Bila Aleesya dah besar nanti, Aleesya kena baca semua ni tau. Ada masa mama tulis ni dalam perasaan yang gembira, adakala sedih, adakala tensi. Macam-macam perasaan. Nanti Aleesya dah besar, Aleesya fahamlah apa ertinya kehidupan. Bukan sekadar dapat toys dan hepi je, dan bukan juga menangis kerana nak shushu atau ribena saje. Ada macam-macam sebab dan keadaan kenapa kita gembira dan sedih.
Yang penting kita kena redha. Ubat terbaik untuk hati ye nak yea.
Jangan berhenti melangkah walaupun jatuh tersungkur
Jangan pernah putus asa dengan dugaan hidup
Kenapa Allah bagi kita dugaan?
Sebab Allah sangat sayangkan kita
Allah mahu kita cepat menyedari kesilapan kita
Walaupun kita selalu lupakan DIA, tapi Allah tetap memaafkan kita
Buktinya Allah tetap bagi kita rezeki yang melimpah ruah
Anakku
Kamu perlu tahu bahawa
Mama dan ayah sayang kamu sangat-sangat
*Peluk kamu kuat-kuat*
10 comments:
sama lah mcma anak2 akak t'utamanya damya..bila nak pi outing je mula lah request nak pakai compact powder,blusher..lipstik.. :)
anak HARTA dunia n akhirat...
mamamya: budak2 suke tiru apa orang dewasa buat hehe. Melaram sakan damya yea. Cumil, pipi tembam :).
Btul tu kak, biar hilang harta dunia, jangan hilang anak.
ala comelnya..kecik2 dah pandai melaram..besar nanti mesti abis makeup mamanya..hehehehe
tarching la entry ni, mar.
kayrul: hehe tu laaa...belikan die yg mekap pasar malam aje utk dia main-main nanti :)
kak ella: touching yea kak...Menulis dari hati camtu la jadinye hehe
anak lelaki pun reti nak bermake-up gak...jenuhlah nak bagitahu yg dia tu boy...
mamaema: laaa ye ke...hehehe so suwitt :D
masa mengandung dua2 anak pompuan mmg tak suka solek, tak suka melaram. klau blh sempoi je. bila tgk anak2 ni mmg dia org cpt sgt besar. mcm2 yg dia org dh pandai. huhuhu...
Mama masa tak preggy tak suka melaram, makeup pun xpakai. Time aleesya tu pelik sket sbb kuat melaram. Hehe pembawakan budak. Tu la, cepat sgt kan dorang besar. Rindu pulak time baby.
Post a Comment