Setia hujung nyawa time
Grrrr... Zain ni nak kena sekolahkan lagi ni. Sian El.
Grrrr... Zain ni nak kena sekolahkan lagi ni. Sian El.
Tahukah anda, secara ringkas method penghasilan susu dalam badan ibu adalah darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah akan bercampur dengan zat-zat makanan daripada usus, kemudian campuran ini diproses dalam kilang kecil berupa kelenjar-kelenjar payudara ibu. Kerana itu sehingga kini TIADA kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi memproses darah merah dan zat makanan menjadi susu putih. Dan sampai bila-bila pun tidak akan ada jenama susu formula yang akan menghampiri kehebatan susu ibu walau separuh (50%) kejayaan pun. Sumber: FB Baby Language
Fuh! Dapat rehat jap Rizq dah tido. Tapi sifu dia blom tido lagi, tengah main Lego. Semenjak Aleesya ada adik ni dia jadi lebih bertanggungjawab *ecewah bahasa buku tuuu*. Tapi kalau dah namanya kiddos mestila ada perasaan jeles jugak, walaupun kat adik sendiri. Bila mama tak layan dia je mula la touching. Tetiba je mata berair. Aleesya...Aleesya...apa-apa pun mama tetap akan lebihkan kamu jugak, sebab Aleesya kan buah hati mama dan ayah yang pertama. Aleesya tetap memberi kenangan dan pengalaman jadi parents buat kali pertama. Merasakan perasaan yang paling indah, ajaib dengan ciptaan Allah sejak kamu berada dalam rahim mama lagi. Mama akui, sejak ada adik baby mama selalu marah Aleesya bila Aleesya nakal. Mama bukan marah sebab tak sayang Aleesya, tapi kalau Aleesya buat bising nanti adik baby bangun, mama tak dapat nak layan Aleesya. Quality time kita masa adik baby tido aje la. So, Aleesya jangan cembeng-cembeng lagi k, Aleesya kan kakak.
Sambil hapdate belog, sambil dukung Rizq. Aleesya pulak kusyuk tak toleh kiri kanan dah bila dapat tengok Tom & Jerry kartun peberet dia. Dah bape kali mama pesan kat dia, kids bole tengok TV sehari 2 jam je. But as usual, dia buat dono je. Hmmm, bebudak camtulah memang suke hiburan. Rizq pulak dari tadi taknak tido-tido. Memang susah btol dia nak tido *nak jadi burung hantu agaknya* kuikui. Mak dia pun sama la, mata dah jadi macam Zorro dah ni. Macam-macam pesen nak tidokan dia. Memang dah lenguh dah tulang belakang mama ni, kalau tak minum susu mau osteoporosis *betul ke ejaan eh?* jadinya.
Tadi pegi CIDB coz mama ada meeting. Pegi sana sampai awal pulak, mama pun melepak jap kat PWTC tu sementara nak tunggu pukul 3 petang. Dulu selalu pegi CIDB masa opis derang kat Hotel Grand Seasons tu, jadi pandai la budget masa. Ni 2nd time mama pegi CIDB sejak derang pindah kat bangunan UMNO tu. Ingat kalau sampai awal sangat nak gak pegi The Mall jap tapi mengenangkan kena panjat jejantas terus kehensel. Masuk meeting ada la 1/2 jam, menunggu yang dekat sejam. Takpe-takpe, next time keluar dari opis lambat sket.
Lepas tengok Setia Hujung Nyawa je mesti termenung jap. Cedey laa. Nape la Zain buat El camtu, takde perasaan ke apa? Tssskkk, emo jap. Tadi mama pegi kedai buku kat Carrefour, dah belek-belek tapi last-last letak balik. Nanti tak besh pulak kalau dah tau ending.
Layan citer Cinta Qaseh pulak kat TV3. Comeynyer Qaseh, secomey namanya. Nape laaa ayah Aleesya tak approved mama nak letak nama tu dulu. Rizq ooo Rizq, bila la kamu ni nak tido. Dia pun layan Cinta Qaseh jugak. Aleesya tak abes-abes menyanyi.
Sedihnya citer ni, naper la Zain tu ego sangat eh? Isyh geram pulak tengok watak dia. Sian El...Sempat lagi mama tengok citer ni sambil tidokan Rizq.