Grrrr... Zain ni nak kena sekolahkan lagi ni. Sian El.
Monday, January 21, 2013
Friday, January 18, 2013
Hebatnya susu ibu
Tahukah anda, secara ringkas method penghasilan susu dalam badan ibu adalah darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah akan bercampur dengan zat-zat makanan daripada usus, kemudian campuran ini diproses dalam kilang kecil berupa kelenjar-kelenjar payudara ibu. Kerana itu sehingga kini TIADA kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi memproses darah merah dan zat makanan menjadi susu putih. Dan sampai bila-bila pun tidak akan ada jenama susu formula yang akan menghampiri kehebatan susu ibu walau separuh (50%) kejayaan pun. Sumber: FB Baby Language
White Noise memudahkan baby tidur? Apakah???
Semalam mama google tips nak mudahkan baby tido. Mama jumpa article tentang White Noise. Apa benda alah tu ye? Mama pun baru kali pertama dengar. Meh mama share, info dapat dari sini.
Thursday, January 17, 2013
Ragam Aleesya bila dah ada adik
Fuh! Dapat rehat jap Rizq dah tido. Tapi sifu dia blom tido lagi, tengah main Lego. Semenjak Aleesya ada adik ni dia jadi lebih bertanggungjawab *ecewah bahasa buku tuuu*. Tapi kalau dah namanya kiddos mestila ada perasaan jeles jugak, walaupun kat adik sendiri. Bila mama tak layan dia je mula la touching. Tetiba je mata berair. Aleesya...Aleesya...apa-apa pun mama tetap akan lebihkan kamu jugak, sebab Aleesya kan buah hati mama dan ayah yang pertama. Aleesya tetap memberi kenangan dan pengalaman jadi parents buat kali pertama. Merasakan perasaan yang paling indah, ajaib dengan ciptaan Allah sejak kamu berada dalam rahim mama lagi. Mama akui, sejak ada adik baby mama selalu marah Aleesya bila Aleesya nakal. Mama bukan marah sebab tak sayang Aleesya, tapi kalau Aleesya buat bising nanti adik baby bangun, mama tak dapat nak layan Aleesya. Quality time kita masa adik baby tido aje la. So, Aleesya jangan cembeng-cembeng lagi k, Aleesya kan kakak.
Wednesday, January 16, 2013
Jadi momma ni kena belajar multitasking
Sambil hapdate belog, sambil dukung Rizq. Aleesya pulak kusyuk tak toleh kiri kanan dah bila dapat tengok Tom & Jerry kartun peberet dia. Dah bape kali mama pesan kat dia, kids bole tengok TV sehari 2 jam je. But as usual, dia buat dono je. Hmmm, bebudak camtulah memang suke hiburan. Rizq pulak dari tadi taknak tido-tido. Memang susah btol dia nak tido *nak jadi burung hantu agaknya* kuikui. Mak dia pun sama la, mata dah jadi macam Zorro dah ni. Macam-macam pesen nak tidokan dia. Memang dah lenguh dah tulang belakang mama ni, kalau tak minum susu mau osteoporosis *betul ke ejaan eh?* jadinya.
Aktiviti harini
Tadi pegi CIDB coz mama ada meeting. Pegi sana sampai awal pulak, mama pun melepak jap kat PWTC tu sementara nak tunggu pukul 3 petang. Dulu selalu pegi CIDB masa opis derang kat Hotel Grand Seasons tu, jadi pandai la budget masa. Ni 2nd time mama pegi CIDB sejak derang pindah kat bangunan UMNO tu. Ingat kalau sampai awal sangat nak gak pegi The Mall jap tapi mengenangkan kena panjat jejantas terus kehensel. Masuk meeting ada la 1/2 jam, menunggu yang dekat sejam. Takpe-takpe, next time keluar dari opis lambat sket.
Setia Hujung Nyawa, touchingnyaaa
Lepas tengok Setia Hujung Nyawa je mesti termenung jap. Cedey laa. Nape la Zain buat El camtu, takde perasaan ke apa? Tssskkk, emo jap. Tadi mama pegi kedai buku kat Carrefour, dah belek-belek tapi last-last letak balik. Nanti tak besh pulak kalau dah tau ending.
Barut gantung baby
Baru-baru ni mama ada order barut baby kat Little DJE . Size dia agak besar dan sesuailah dengan Rizq yang semakin bambam. Macam-macam corak ada, kain pun selesa, jahitan kemas.
1. Sesuai untuk bayi yang sudah meniarap atau merangkak. Sekiranya bayi baru lahir boleh dilipat di bahagian bawah.
2. Menggunakan 3 tali di kiri dan kanan barut supaya lebih kemas dan tetap di badan bayi.
3. Boleh dipakai barut ini sahaja ketika cuaca panas, tanpa perlu memakai baju.
4. Saiz lebih lebar dan besar, boleh dipakai sehingga baby berusia 2 tahun.
5. Menutup keseluruhan bahagian dada dan perut bayi bagi mengelakkan asma dan kembung perut.
Tuesday, January 15, 2013
Cinta Qaseh, sedapnya nama Qaseh
Layan citer Cinta Qaseh pulak kat TV3. Comeynyer Qaseh, secomey namanya. Nape laaa ayah Aleesya tak approved mama nak letak nama tu dulu. Rizq ooo Rizq, bila la kamu ni nak tido. Dia pun layan Cinta Qaseh jugak. Aleesya tak abes-abes menyanyi.
Setia Hujung Nyawa
Sedihnya citer ni, naper la Zain tu ego sangat eh? Isyh geram pulak tengok watak dia. Sian El...Sempat lagi mama tengok citer ni sambil tidokan Rizq.
Bantal busuk oh bantal busuk
Jemput Aleesya dari taska tadi, bila masuk je dalam kete dia tetiba nanges. Mama tanya dia kenapa nanges? Dia kata bantaiii...bantaii. Lor..bantal busuk tertinggal pun bole melalak macam kena cubit. Harini sehari je Aleesya duduk taska sebab BS Aleesya cuti hantar anak dia daftar MRSM.
Rocker jadi stroller
Dekat pukul 10 dia takmo tido2, last-last Aleesya yang layan adik dia. Dia tolak adik dia keliling hall guna rocker dia tulah. Rizq suka sangat la kakak dia entertained dia. Lepas dah penat tolak rocker, dia ambik botol susu adik dia sumbat dalam mulut adik. Aik? Pandai pulak tu, hehe dah ada bakat jaga adik. Lepas ni bole mama relax :-)
Ayah balik tengok peel dia layan adik pun tergelak. Anak kita dah besar, bole harap dah.
Nak beli ke tak Bumbo seat ni eik?
Mama ingat nak beli Bumbo seater tu tapi mahai gak mende alah tu, sampai RM199.00. Pakainya tak sampai berapa bulan pun. Mama ada jugak tengok yang preloved kat mudah, tapi setakat beza berapa puluh je bek mama beli baru je. Adoyai konpius-konpius.
Hobi shaye bila buhsan
Apa lagi kalau tak hisap jari. Haritu pakai mitten sampai bau masham mitten tu hehe. Yayang Rizq, cepat betul kamu membesar, dah 3 month pun.
Cara mengatasi masalah handphone Android yang boot loop
- Bila handphone Android tidak dapat start atau hanya berhenti di logo saja (biasa disebut boot loop Android). Hal ini boleh disebabkan oleh beberapa hal, misalnya akibat ada aplikasi yang error atau baru saja menginstall aplikasi yang tidak kompatibel dengan type handphone (dalam banyak kasus, setelah menginstall font changer).
- Bila handphone Android dapat dinyalakan, namun tidak mau merespon input dari pengguna, misalnya layar Android tidak mau disentuh atau tidak dapat masuk ke menu telepon / tablet.
- Bila anda lupa PIN, Password atau anda terlalu banyak melakukan percubaan menggambar pola (pattern) pengunci ponsel Android yang menyebabkan anda tidak dapat masuk ke menu.
- Kerosakan-kerosakan software Android lainnya.
Berikut caranya:
- Pastikan bateri masih cukup banyak (minimum 70%)
- Matikan handphone
- Tekan dan tahan tombol Volume Up + tombol HOME + tombol Power secara bersamaan selama beberapa detik > anda akan masuk ke recovery mode Android
- Dengan menggunakan tombol Volume, arahkan kursor hingga berada di tulisan “Factory reset / wipe data”
- Tekan tombol HOME untuk memulai proses > harap sabar saat proses berlangsung
- Reboot handphone
- Matikan handphone
- Tekan tombol Volume Up + Tombol HOME (tombol tengah) + Tombol Power secara bersamaan > tunggu sampai keluar logo “Samsung”, setelah itu segera lepas tombol ketiga tombol tersebut, dimulai dari tombol power terlebih dahulu.
- Bila muncul logo Android / gambar kotak dan anak panah > tekan tombol MENU (tombol sebelah kiri dari tombol HOME). Bila tidak berhasil masuk ke recovery mode, ulangi lagi tahap 1.
Monday, January 14, 2013
Our Momentos
Kali pertama adik baby pegi kenduri kawen
Dah ready sume turun, hujan renyai-renyai pulak. Ayah hantar Aleesya dulu kat car. Pastu baru amik mama dengan Rizq. Kami nak pegi kenduri kawen opismate ayah Aleesya kat Cheras. Pusing2 jugak masa cari tu nasib baik tak susah sangat tempat dia.
Mama memang ada bawak kamera, tapi semenjak dah berbaby ni memang tak sempat nak pegang kamera ke, henpon ke, melompat saje Rizq. We ols makan laju-laju, borak2 sket dengan kawan2 opis asben, pastu zas balik.
Balik umah Rizq rehat-rehat kejap, nak tido. Bagi dia tido memang sangat mencabar jugak. Kejap masuk buai dia taknak, nak BF. Dah mama terbaring dia nak bangun pulak. Bawa dia keluar tengok TV. Pastu meragam lagi, bagi botol susu pulak. Mama dah letih rasanya. Bedungkan dia, masukkan dia dalam buai...selamat zzzzz. Ayah dengan Aleesya tengok citer tamil kat TV2. Mama memula tengok jugak sket2, lepas tu citer tamil yang tengok mama. Mama dah Zzzzz. Ayah Aleesya yang tak suke citer tamil, boley pulak dia layan citer tu sampai abes.
Adehhh ni mama tak suke ni, time mama rajin berbelog nak hapload gambor tak bley pulak. Saje nak suruh mama stop blogging agaknye hehehe. Next time la mama hapload gambor adik baby.
Lamanya tak berbelog...
Maybe lepas ni aktif balik kot berbelog *cewah*. Sebab nak hapdate adik baby punya milestone. Sian jugak takkan sume citer tentang kakak dia je kan.
Harini macam biasa Monday Blues, termenung lama mengadap keje. Pastu pagi tadi temankan kawan opis pegi CIDB jap.
Dalam mata ni terbayang-bayang buah hati 2 orang kat rumah BS. Rindu amatttt...