Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu...Belaian romantis mandianmu
ayeesha anna
January 22, 2019
6 Comments
Wangian
berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu
mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin
harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di
bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap
lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu
bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.
Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.
Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Saat mandian dengan belaian romantis

Demi memberi
wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan
Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian
Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini
meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman
yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat
yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil
membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.
3 Variasi Gel Mandian Enchanteur Paris
Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Manjakan diri
anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris -
Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan
kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan
Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan
kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon
Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya
tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh
Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia
memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk
temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris –
Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan
dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan
ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada
kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
Personal Review
Pilihan saya adalah gel mandian Mon Amie Fresh & Cool. Saya telah merasai sendiri ketenangan dan kesegaran melalui buih mandian mewah dan berbau harum. Wangian yang memberikan aromaterapi tenang, nyaman dan segar ini memberi keyakinan diri kepada saya. Saat mandian adalah masa untuk menghargai diri sendiri bagi menyejuk dan menyegarkan badan. Ianya juga didatangkan dengan wangian semburan dari wangian yang sama iaitu Mon Amie Parfum, bagi menambahkan lagi keharuman yang berpanjangan.
Tidak ada yang
lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti.
Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas
kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan
harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling
diraikan setiap hari.
Gel Mandian
Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75
(Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di
pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.