Tuesday, February 26, 2019

Perjalanan dengan Scoot Airlines


Hai, korang! Buat apa tu? Korang ada keinginan nak pergi travel tak? Best jugak kalau boleh travel ke tempat lain, tak kisahlah dalam atau luar negara. Somehow, travel ni boleh buat kita rasa bebas daripada tekanan, bagi kita banyak ketenangan dan kita juga dapat enjoy pemandangan dari tempat yang berbeza. Sudah tentu, tempat itu mestilah bergantung kepada minat seseorang. Korang boleh pilih untuk melakukan perjalanan seperti percutian pantai atau mungkin kalau korang nak melancong dalam bandar, korang ada banyak pilihan untuk dipilih. Terdapat banyak cara untuk menghargai diri sendiri dan salah satunya adalah dengan pergi bercuti sebagai satu ganjaran kepada diri sendiri.


Sumber gambar: Google


Satu perkara yang saya ingin highlight di sini adalah syarikat penerbangan yang satu ini, Scoot Airlines nama dia. Syarikat penerbangan Scoot pada dasarnya adalah syarikat penerbangan Singapura. Mereka menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk perjalanan dari Singapura ke seluruh dunia. Salah satu lapangan terbang penting ialah Lapangan Terbang Changi. Lapangan Terbang Changi terletak di Changi, timur Singapura. Ia juga merupakan lapangan terbang tersibuk sejak Singapura menjadi tempat tarikan utama pelancong datang. Untuk menempah tiket, korang boleh beli secara online atau di kaunter tiket di lapangan terbang. Tetapi pada masa kini biasanya orang cenderung beli online je berbanding kena pergi ke kaunter tiket di apangan terbang. Ia dapat menjimatkan masa untuk mereka yang tinggal jauh dari lapangan terbang.


Korang boleh mendapatkan harga terendah dari syarikat penerbangan Scoot. Bagaimana untuk mendapatkan harga tiket terendah dari syarikat penerbangan Scoot? Easy, my friend, korang boleh pergi ke laman web mereka. Cuma buka Google dan taipkan saja Scoot dalam kotak pencarian dia, nanti Mak Cik Google akan proses dan dapatkan korang link yang korang perlukan. Once dah masuk dalam web mereka, koran boleh terus masukkan maklumat yang diperlukan. Normally, korang just perlu letak tarikh penerbangan untuk pergi dan pulang, lepas tu korang pilih jugak lapangan terbang untuk pelepasan dan pulang. Korang kena pastikan maklumat yang korang masuk tu betul, nanti tak pasal-pasal silap tarikh. Ia sangat mesra pengguna dan mudah dikendalikan untuk semua orang yang masuk ke laman web mereka.

Katakan korang nak pergi melancong ke Singapura, anda boleh mencari flights to Singapore dari laman web dalam kotak carian. Kalau korang dari Malaysia, biasanya route penerbangan tu akan start dari KLIA dan akan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura. Tak lupa jugak, Scoot Airlines pon menawarkan promosi yang mana korang boleh dapatkan harga terendah, tawaran bagasi tambahan dan promosi lain. Dalam tempahan anda, ia juga akan termasuk dengan makanan bila korang ada dalam plane. Makanan yang berbeza akan dihidupkan bergantung pada pakej yang korang pilih.Oh btw, kalau korang awa banyak bagasi yang melebihi berat tetap (dalam kilogram), korang perlu bayar lebih sikit. So, korang kena pastikan yang korang tak bawak melebihi berat yang telah ditetapkan. Di samping itu, seperti syarikat penerbangan biasa, korang boleh memilih kelas penerbangan untuk keselesaan korang sendiri.











Chiang Mai trip

Apa yang korang tunggu lagi? Cepat weh, pergi plan perjalanan korang dengan Scoot Airlines di mana korang boleh merasai saat yang tidak dapat dilupakan dan mencipta kenangan indah along the way. Grab it now before it all sold out!

No comments: