Thursday, April 4, 2019

Menulis itu mudah, tapi menulis dari hati itu bukan mudah...(Part 2)

Sambungan dari Part 1 boleh baca di sini. Pernah satu masa, saya menghadap pc. Lama...taip kemudian delete, taip lagi delete lagi. Kosong. Tak ada idea langsung nak tulis apa. Walaupun hanya tulis aktiviti sendiri setiap hari pun saya tak boleh.


Sebab apa? Menulis itu sendiri perlukan jiwa, nyawa, ilham...Tanpa elemen-elemen itu, takkan wujud cerita. Tak mudah untuk menulis dari hati. Sampai atau tidak ke jiwa orang yang membacanya?


Hati boleh mati, ilham boleh hilang sekelip mata. Sepertimana penyanyi hilang suaranya, pelukis hilang tangannya begitu juga penulis. Jika hati, jiwa tak mampu menghasilkan idea...takkan mungkin dapat terhasil sebuah cerita yang nyata menyentuh hati pembaca.


Kita membaca sebuah novel, kita dapat merasa bahawa kita adalah orang yang diceritakan dalam novel tersebut. Kita rasa seolah-olah apa yang berlaku pada watak utama cerita itu, adalah kita. Begitulah hidupnya penulisan seorang penulis itu.






Hari ini, dengan izin-Nya...saya mampu menulis sepenuh hati saya. Tanpa perlu termenung berjam-jam memikirkan tajuk apa yang perlu saya tulis. Jiwa perlu hidup untuk terus menulis. Inspirasi perlu ada untuk terus menulis. Menulis bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi di dalamnya ada mesej, pengharapan, pesanan, pengajaran kepada pembacanya.


Semoga satu hari nanti, anak-anak dan orang yang saya sayang membacanya dengan bahagia. Bahawa mereka yang memberi ilham untuk saya teruskan penulisan yang tidak seberapa ini. Sekurang-kurangnya minat saya untuk menulis tidak terkubur.




2 comments:

Sue Izza said...

ye menulis perlu minat dan jiwa,kalau kosong fikiran dan jiwa memang kosong la jawabnya.selain tu menulis pun boleh di rancang,bila2 terpikir sesuatu yg menarik,catat dulu point2 penting nanti baru kembangkan jadi penulisan.

Duan Deris said...

Betul. Susah menulis ni...perlukan latihan dan pengalaman. Saya nak menulis satu artikel makan masa seminggu hingga dua minggu.