Friday, December 6, 2019

Pregnancy Journey : Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

Kebanyakan tips yang mama share dalam blog ini adalah dari pengalaman mama sendiri. Makanya kalau ada yang terkurang tu maksudnya mama lupa la tu, maybe korang boleh refer kat blog2 lain  untuk info tambahan atau ikut keperluan dan kreativiti korang sendiri. 


Bila masa yang sesuai untuk kemas beg baby untuk dibawa ke hospital?

Mengikut pengalaman mama, masuk je 6 bulan mengandung elok dah la korang cuci pakaian baby siap-siap. Dalam minggu ke 28 (7 bulan) dah boleh start packing sikit-sikit, kalau ada yang tertinggal sempat lagi kalau nak beli. Dah siap beg tak payah nak risau lagi, letak je dalam kereta siap-siap.

Sediakan beg baby awal-awal bukan sebab kita terlampau excited nak menimang cahaya mata tetapi sebagai persediaan. Baby anytime kalau dia nak lahir, dia akan lahir. Due date tu hanya anggaran sahaja, tapi kalau dah 'kun fa ya kun' memang tak cukup bulan lagi pun akan keluar menjenguk dunia juga. Jadi kalau dah prepare awal-awal, kita takkan kelam kabut menghadapi sebarang kemungkinan nanti.


Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

Ok jom tengok apa yang ada dalam beg hospital baby yang mama dah siapkan.




Mama asingkan baju dalam seal plastic bag supaya senang untuk husband ambil nanti. Masa dah sakit contraction mana sempat nak fikir, kat mana pampers, kat mana baju semua tu. Jadi mama buatkan 5 set baju mengikut hari, in case kalau kena tahan wad lama nanti. Sebelum ni, masa lahirkan Aleesya mama dan baby kena tahan di NICU selama seminggu lebih sebab baby premature kena ambil antibiotik, dan ada kuning juga. Rizqi dan Nafis tak kena tahan wad, bersalin pukul 1 pagi, pukul 9 pagi doktor dah bagi discharge.




Plastik Beg dengan label

Mama sediakan 5 seal plastic bag asing-asing dan mama dah labelkan siap-siap :


1) Labour Room - Plastik yang berlabel Labour Room ni untuk husband bagi kat nurse nanti. Dalam ni ada baju sahaja, pampers, mitten & booties, topi dan kain bedung. Tapi dari pengalaman mama yang lepas, nurse hanya mintak baju, pampers, topi dan bedung je. Lain-lain aksesori baby tu kita pakaikan sendiri je nanti.

Mama pilih green colour sebab senang unisex boleh pakai



2) Day 1, Day 2, Day 3 - Semua set  ni mama sediakan untuk kegunaan sepanjang baby di hospital. Kalau lagi cepat dia balik, tak la semua digunakan. Kita standby je. Dalam seal plastic bag ni mama masukkan baju, seluar, mitten & booties, barut, topi, pampers dan bedung. Kalau korang rajin korang pakaikan je la barut tu, tapi kat hospital doktor asyik nak check baby. Jadi tak payah pakaikan barut pun takpe. Mama letak je dalam set tu, ikut kerajinan nak pakaikan.



Set ni takde mitten booties sebab baju dan seluar tu dah ada sarung kaki & tangan siap2 dah



3) Going Home Outfit - Baju ni mama pilih yang comel-comel sikit untuk si baby, sebabnya nak balik rumah dah kan? Kena la pakai handsome2 atau cantik2 :). Dalam ni barang dia sama je macam item No. 2 cuma bezanya mama guna hooded swaddle. Tapayah pakai topi dah.

Kebanyakan design baju dan bedung dipilih oleh kakak dan abang dia



Cara ni lebih organized dan menyenangkan bakal mama dan papa nanti. Plastik tu korang boleh variasikan, kalau nak guna vacuum bag pun boleh, nak guna seal bag Ikea pun boleh, nak guna yang jual kat Daiso atau DIY pun boleh. Ikutlah kreativiti masing-masing. Macam mama, plastik yang mama guna tu mama beli kat IG je, sekali dengan label tu. Label boleh pilih ikut design kesukaan masing-masing. Kalau takde pelekat label tu, korang boleh tulis sendiri je guna marker pen, tak pun buat kat komputer then print dan tampal je.


Set plastik ni ada 10 pcs: size S, M dan L. Mama guna semua size plastik tu.
Label tu saja mama pilih warna pink sebab mama suka pink colour :)


Picture credited to IG @momnkidzclozet.my


Diapers yang mama gunakan untuk baby dalam plastik beg tu adalah dari Offspring (Newborn). Ni mama dapat sample kat Baby Expo. Dan selebihnya mama guna chlorine free diapers Applecrumby.


Mama beli diapers ni masa Sale 11.11, beli 6 packs dapat free 3 packs. 



Barang-barang tambahan lain yang perlu ada

Kalau kena tahan wad lama, mama bawa barang2 ni extra untuk kegunaan baby nanti. Takdela menyusahkan husband nak ulang alik balik rumah ambil nanti.


Extra barut


Extra mitten, booties dan topi


Towel dan sapu tangan baby


Bantal baby dan blanket.
Kat hospital sejuk, jadi mama bawa selimut lebih


Pencuci botol susu dan botol susu tu kalau taknak bawa pun takpe sebab tak guna pun kat hospital nanti. Mama saja bawa untuk special case :).
Minyak telon, baby wipes dengan baby oil pun mama bawa.

Baby oil tu masa Aleesya memang berguna sangat sebab Aleesya baby premature 34weeks, jadi nurse ajar mama urut badan baby untuk naikkan berat badan dia cepat. Alhamdulillah Aleesya dapat keluar wad cepat sebab berat lebih 2.1kg.



Dah siap semua susun elok2 dalam beg baby.
Senang, teratur dan kemas



Extra diapers pun bawa jugak. 
Awal2 baby banyak poo poo



Harap perkongsian ni berguna untuk ibu-ibu di luar sana. Yang kurang itu dari saya, yang baik itu datangnya dari Allah. 

Salam Jumaat




2 comments:

Aishah said...

Terima kasih kerana berkongsi.. First time jadi mama memang kelam-kabut.. Nasib baik ada list ni

acatta said...

ceritanya menarik dan pantas mendapat banyak kunjungan blognya, terima kasih sudah berbagi. Sukses selalu