Tuesday, December 29, 2020

Ambil Tahu Cara Pengiraan Bayaran Zakat Emas Dan Perak

December 29, 2020 2 Comments

Assalamualaikum

 

Sejak zaman nenek moyang kita lagi, kita sedia maklum yang memang emas adalah salah satu pelaburan berpanjangan yang bukan saja merupakan simpanan di saat memerlukan, tetapi juga aset di masa akan datang. Dulu nak menyimpan di bank agak susah jadi mak-mak kita akan beli barang perhiasan emas atau perak sebagai simpanan wang mereka.

 


Emas Dan Perak Perhiasan Wanita


Barang perhiasan emas bukan saja cantik dipakai tetapi juga mempunyai nilai yang tinggi apabila dijual semula. Sebab tu, mak selalu cakap "tak rugi beli emas, sebab harganya lama-lama akan naik dan bila susah/terdesak boleh digunakan". Ye la, zaman dulu kan mana ada kad kredit semua tu, jadi barang kemas la penyelamat di saat memerlukan.

 

Biasanya, dulu-dulu orang berniaga pun gunakan barang emas tau untuk rolling modal mereka. Contoh; pagi diorang cagarkan barang kemas untuk dijadikan modal, petang bila dah dapat semula duit jualan bersama keuntungan, mereka akan ambil semula barang kemas tersebut.



Sumber gambar: Google


Sehingga kini ramai yang mempraktikkan simpanan emas di rumah masing-masing. Selain itu barang perhiasan emas dan perak juga digunakan untuk dihadiahkan atau diturunkan kepada anak cucu sebagai perhiasan emas turun temurun dan telah pun menjadi tradisi sehingga kini. Tidak mustahil, kedai perhiasan emas dan perak tumbuh seperti cendawan tumbuh dan pelbagai design yang cantik dihasilkan oleh pereka barang kemas. Rambang mata dibuatnya kalau pergi ke kedai emas kan para isteri semua? Kalaulah ada duit berjuta-juta dalam bank, satu kedai nak dibeli kan? hehe ^___^

 


Zakat Emas Dan Perak


Tapi perlu diingat, barang perhiasan emas dan perak yang disimpan, dicagarkan atau dipakai wajib dibayar zakat. Terdapat cara pengiraan dan berat/haul tertentu yang wajib dibayar zakat.

 


Terdapat dalil tentang kewajiban membayar zakat emas dan perak iaitu:



Dalil Al-Quran:

              

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤

                                                                                           

Maksudnya:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(Surah At-Taubah : Ayat 34)


Sabda Rasulullah s.a.w:

Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun
(Hadis riwayat Abu Daud)


Sabda Rasulullah s.a.w:

Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka
(Hadis Riwayat Muslim)




Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak

Emas Perhiasan Wanita

Sumber gambar: Google

Emas yang digunakan sebagai perhiasan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan selalu, berkali-kali, sekali sekala atau berterusan wajib dizakat yakni apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf (adat kebiasaan)’. Untuk pengetahuan, mama share ni adalah kadar uruf emas di Selangor iaitu sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa). Contoh pengiraannya boleh rujuk di bawah ini.

Contoh:
[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95




Emas Bukan Perhiasan

Sumber gambar: Google

Emas bukan perhiasan adalah emas yang dimiliki tetapi bukan bertujuan untuk perhiasan. Jongkong emas, matawang, tempa, barang kemas dan seumpamanya adalah contoh emas bukan perhiasan kerana kita gunakannya hanya untuk simpanan atau aset sahaja.

 

Emas bukan perhiasan ini dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ianya tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai adalah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

 



Emas Bercagar

Untuk pengetahuan bersama, emas yang digadai atau dicagarkan adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan. Jadi jika ada emas yang dicagarkan, maka wajiblah dibayar zakat mengikut pengiraan seperti berikut:-

Contoh:
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470

 


Perak

Sumber gambar: Google


Untuk logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan atau tidak iaitu disimpan sebagai perhiasan di rumah, maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih. Boleh rujuk cara pengiraan bayaran zakat perak seperti di bawah:

Contoh:
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75




 


Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

Untuk makluman semua, pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan). Pelaburan sebegini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

Hukum

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Pelaburan emas tanpa fizikal adalah termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan. Ambil maklum ye semua, jangan sampai kita terjebak dengan pelaburan emas sebegini.

Pelaburan emas seperti ini sekiranya terdapat keuntungan, maka keuntungannya adalah haram. Jadi, ianya tidak wajib dizakatkan. Tetapi, modal atau pokok pelaburan tersebut adalah harta yang halal. Jika ianya melebihi nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Dalam lain keadaan, Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua-dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.



Maklumat Lanjut

Maklumat selanjutnya boleh rujuk cara pengiraan di website Lembaga Zakat Selangor seperti berikut:

 


Website: 

https://www.zakatselangor.com.my/

 


Alamat:

Bangunan Zakat Selangor

3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,

Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

 


Waktu Operasi Cawangan:

1 Disember - 28 Disember 2020

9:00 pagi - 4:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9:00 pagi - 3:00 petang

29 Disember - 31 Disember 2020

8:30 pagi - 8:00 malam


Tuesday, December 8, 2020

Uniform Sekolah ThomX School pilihan mama untuk Tahun 2021

December 08, 2020 1 Comments
Bersiaran lagi di blog, kali ni mama nak share tentang uniform sekolah anak-anak pula. Hujung tahun biasanya mama akan belikan baju sekolah anak-anak di mall. Tapi berlainan pula tahun ni sebab PKPB, jadi mama lebih senang online shopping je. Agak susah beli baju di online? Bagi mama tak, sebab ada ukuran diberikan. Ukur je kat badan anak-anak, lepas tu order. Mama sendiri pun selalu beli baju online untuk mama sendiri. Alhamdulillah, setakat ni semua yang mama terima ok. Sebab sebelum beli mama akan baca review2 dari pembeli. Kalau diorang puas hati, maksudnya ok la tu kan.


Kali ni mama pulak nak review tentang uniform sekolah yang mama order untuk budak tiga ketul tu. Kalau mama papa kat luar sana tengah survey uniform sekolah untuk anak-anak, boleh la refer post mama ni. Pheww pejam celik dah nak masuk 2021 dah kan? Sekejapnya tahun 2020 ni abes disebabkan Covid-19 ni. Apa-apa pun bersyukur sebab Allah masih bagi kita peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi ini dan diberi kesihatan yang baik, alhamdulillah.



Beli Uniform Sekolah di ThomX School Online


ThomX School Uniform


Mama kali pertama beli uniform sekolah online, jadi mama tak pasti sangat dengan ukuran dan jenis kain. Tapi sebab dah baca review di website ThomX School dan disebabkan sekarang susah nak keluar bersama anak-anak, makanya mama try je la beli dulu. Tak cuba tak tahu kan?


Paling senang ukur baju Rizqy dan Nafis sebab size badan diorang sama besar, cuma untuk seluar Rizqy tinggi sikit. Jadi mama pilih size baju dan seluar sama je. Labuh sikit takpe sebab nak sekolah pun lagi sebulan, mana tau cepat tinggi pula budak-budak ni nanti. Untuk Aleesya pula, mama agak was-was dengan ukuran dia, tapi mama pilih berdasarkan size baju dia tahun lepas.


Lepas ukur mama order:-
a) 6 helai primary school uniform white shirt short sleeve
b) 6 helai primary school boy long pants navy blue
c) 3 helai primary school girl uniform prefect baju kurung - blue
d) 3 helai primary school girl uniform kain maxi navy blue


Order di website ThomX School agak mudah dan cepat. Lepas pilih baju boleh terus isi details alamat dan terus buat pembayaran online. Jadi menjimatkan masa dan memudahkan ibu bapa yang baru pertama kali menggunakan website ThomX School ni. Dalam masa beberapa hari sahaja, uniform sekolah diorang sampai. Nafis la agak teruja nak pakai uniform sekolah dia sebab tahun depan dia baru masuk darjah 1. 


Kualiti Uniform Sekolah ThomX School


Mama sangat berpuas hati dengan kualiti kain uniform baju sekolah yang mama order di ThomX School ni. Material kain baju sekolah ni tebal dan kain jenis sejuk. Anak-anak pakai selesa sebab jahitan bahagian dalam kemas dan menggunakan benang yang tidak menyebabkan badan anak-anak gatal.


Wrinkle free short sleeve untuk Iqy dan Nafis



Seluar Rizqy dan Nafis mempunyai potongan yang kemas dan selesa


Kain dan baju pengawas Aleesya


Fabrik Anti-Kedut (Wrinkle Free)


Bagi mama pemilihan fabrik baju sekolah memang agak penting. Anak-anak tiga orang bersekolah, jadi mama kena iron setiap seorang 3 pasang baju. Jadi semuanya jadi 9 pasang. Kalau guna fabrik yang susah iron, jenuh juga kan berejam nak siap. Makanya, mama love sangat dengan material uniform ThomX School ni sebab ianya anti-kedut dan mudah iron. 


Iron uniform sekolah guna steam iron je, mudah dan cepat


Sebelum ni kalau mama iron baju sekolah budak-budak ni, mama akan gunakan iron biasa dan iron board. Sebab kalau guna stand steam iron untuk fabrik biasa, memang takkan siap-siap la sebab side baju susah nak bentuk. Tapi bila mama iron baju sekolah ThomX School ni, memang mudah sangat, mama guna stand steam iron je. Tak sampai 10 minit pun untuk iron sehelai baju sekolah ni. Hasilnya memang kemas, terletak, nampak smart bila anak pakai.




Uniform sekolah wrinkle free



Jenis fabrik sejuk, lembut dan menyerap peluh


Selain tu, jenis fabrik pun sejuk, lembut dan menyerap peluh. Bila anak-anak pakai sejuk je kain dia. Takde la mendatangkan bau yang kurang menyenangkan kalau berpeluh. Material baju sekolah ni tidak menguning dan warnanya juga putih kebiruan nampak smart bila anak-anak pakai. Kain pun jenis senang dicuci dan cepat kering. Kalau musim hujan tak perlu risau baju anak lambat kering lagi. Mak happy, anak-anak gembira :)


Happy sangat dapat melaram baju sekolah baru



Potongan dan jahitan uniform sekolah yang kemas


Uniform sekolah ThomX School ni mempunyai potongan dan jahitan yang agak kemas. Bila anak-anak pakai baju ni memang terletak elok. Jahitan bahagian dalam baju juga kemas. 


Jahitan kemas


Jahitan bahagian dalam baju sekolah


Getah keliling untuk bahagian kain. 
Jahitan kemas, selesa dan tidak terlalu ketat


Tak sabar nak back to school la tuu


Warna biru baju pengawas bright dan tidak mudah pudar


Promosi 2020 Back To School di ThomX School Online


Sekarang kalau korang beli baju sekolah anak untuk order RM150 dan ke atas, korang akan dapat shipping free. Jadi kalau beli banyak memang untung, jimat pos di situ. Kalau pegi mall nak cari parking dan bayar parking lagi, minyak kereta lagi, dah kos di situ. Bila order online, jimat tenaga, jimat masa, tunggu je parcel sampai depan pintu rumah. 

Kalau korang tak berpuas hati dengan baju tu, contohnya size tak sesuai, korang boleh pulangkan atau tukar. Caranya, korang pos semula pada ThomX School dan team mereka akan uruskan pertukaran size tu. 




Korang boleh refer Terms and Condition di website ThomX School untuk proses pemulangan dan refund di https://thomxschool.com/return-policy/


Sekarang ada 2020 Back To School Promotion di www.thomxschool.com. Untuk promosi bulan December, korang akan dapat diskaun sehingga 15% dan juga FREE delivery. Selain tu korang juga akan dapat FREE jahit logo sekolah dan tag nama pelajar. Lagi senang kan, beli baju sekolah dah lengkap sekali dengan name tag, tak payah susah-susah nak hantar jahit lagi. Tapi kena cepat tau, promosi ni berakhir pada 13 Disember 2020, kalau nak free jahit logo sekolah dan name tag kena beli minggu ni jugak :)



Maklumat lanjut


Korang boleh refer:










Friday, November 20, 2020

Sokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) melalui pembelian atas talian di PG Mall Malaysia

November 20, 2020 1 Comments
Santai-santai je harini makanya sambil-sambil tu boleh tengok barang keperluan online. Semenjak Covid-19 muncul di kalangan kita, mama rasa lagi mudah dan selamat kalau membeli-belah kat atas talian je. Selain senang, mama boleh dapatkan barang yang mama nak dengan ‘search’ sahaja tak payah lagi susah-susah pergi dari satu rak ke rak yang lain di pasaraya. Penat pun tak, tenaga pun jimat…nak beli apa masukkan je dalam cart. Lepas tu buat bayaran online, settle!
 



Mama lebih suka beli barangan buatan Malaysia. Selain dapat menjana ekonomi negara, dapat juga membantu usahawan tempatan. Barangan buatan Malaysia ni banyak yang berkualiti dan harga pun berpatutan. Zaman pandemik ni ramai yang terkesan sebenarnya. Jadi cara untuk kita bantu golongan yang terkesan ni dengan cara membeli barangan buatan Malaysia dan sokong bisnes mereka. Siapa lagi nak support barangan buatan Malaysia melainkan kita sendiri rakyat Malaysia kan? From Malaysian to Malaysian orang kata hehe. 


PG Mall - Platform Membeli Belah No. 1 Malaysia

 


Mungkin sebelum ni mama pernah buat post tentang PG Mall Malaysia ni, tapi mama share lagi sekali tentang PG Mall ni. PG Mall Malaysia merupakan platform membeli belah lokal yang pertama bertapak di Malaysia. Bangga tak bangga tu, Malaysia pun dah ada platform membeli-belah sendiri. Malaysia pun mampu bersaing dengan platform membeli belah antarabangsa. Dah lama dah sebenarnya platform PG Mall ni tau, sejak tahun 2017 lagi dah bertapak di Malaysia dan tersenarai antara yang ke-3 ngetop di IPrice insight report. Korang boleh rujuk link ni https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/



 
Korang boleh membeli belah kat PG Mall Malaysia ni dengan senang hatinya sebab PG Mall terima pembayaran menggunakan semua platform e-wallet dan online seperti kad debit, kredit dan perbankan internet. Korang boleh pilih je mana satu online banking yang korang rasa mudah untuk korang buat pembayaran samada guna Maybank QRpay, GrabPay, BoostPay, CIMBclicks, Maybank2u dan lain-lain. Kalau korang dah top up c-wallet PG Mall, lagi senang untuk buat pembayaran. Terus klik bayar dan tunggu je barang korang order sampai depan pintu rumah dengan selamatnya.






Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) 


PG Mall Malaysia sedang mengadakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) mulai bulan Julai hingga Disember 2020 ni. Jadi korang boleh grab apa korang nak sementara kempen ni sedang berlangsung. Sempat lagi ni sebab kempen berakhir Disember, jadi korang boleh plan nak beli apa yang korang nak. Jom kita support lokal bisnes dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sekarang kalau korang nak beli, korang boleh guna Coupon Code: KBBM20 RM20 OFF, untuk perbelanjaan minima RM50 dan Coupon Code : KBBM30 RM 30 OFF, Min Spend RM100. Jadi korang jangan lepaskan peluang ni, sebab dah la dapat support kempen beli barangan buatan Malaysia, pastu dapat lagi diskaun…kan dah untung tu. 

 


Korang boleh shopping barang keperluan bayi dan kanak-kanak, groceries, barang keperluan rumah, barangan kecantikan dan kesihatan, barang kereta, barang sports, barang elektronik, fesyen dan banyak lagi. Kalau nak cerita semua memang takkan abes sebab banyak dan best-best barang dalam PG Mall Malaysia ni. Marilah kita rakyat Malaysia support barang buatan Malaysia. Siapa lagi nak support kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri kan? Jom kita sokong dengan war-warkan hashtag #BarangBaikBarangKita. Korang boleh rujuk link ni ye untuk maklumat lanjut https://pgmall.my/proudly-local-campaign.


Korang boleh pilih online shop seperti di bawah:




Koperasi Usahawan Groom Big Kedah Berhad 



Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad 



Hoga 






Fresh Food Week 




Fresh Food Week bermula dari 19 Nov sehingga 25 Nov 2020 di mana korang akan dapat RM5 OFF min spend RM50. Masukkan code : GROCERWEEK dan ianya tertakluk kepada 2000 orang pertama sahaja. Ada Contactless Delivery juga ye untuk pembelian fresh food.



Aeon Members dapat diskaun 25%





Ada lagi ni berita baik untuk Aeon Members Card, korang akan dapat diskaun lagi 25%. Diskaun ni bermula dari 1 November 2020 hingga 31 Disember 2020. Jadi korang kena cepat-cepat lah membeli sementara ada diskaun ni sebab memang lagi jimattt. Sape taknak beli barang lagi murah daripada harga biasa kan? Diskaun 25% tu akan dapat bila korang beli barangan dengan pembelian minima RM30 pun tau. Kalau korang New Users PG Mall Malaysia, korang akan dapat diskaun RM20 pulak. Fuhh untung lagi hehe. Tapiii…ada tapi tau, untuk 1000 orang pembeli pada setiap bulan. Makanya kena cepatlah, kalau tak melepasss.

 
Cara nak redeem diskaun tu, korang pegi kat link https://www.aeoncredit.com.my/ atau guna Aeon Apps, then dapatkan promo code di situ. Lepas tu korang shopping lah seperti biasa di https://pgmall.my/ dan checkout macam biasa. Di akhir step korang masukkanlah promo code tu untuk korang claim diskaun tersebut. Senang je kan? Apa lagi, visit https://pgmall.my/ cepat-cepat dan checkout dengan gembiranya sebab dapat beli barang korang suka dengan diskaun 25%, berbaloi-baloi I tell u.


Huawei




Huawei pun ada promo juga dari 5th Oct - 31st December 2020 dan ekslusif untuk new shopper sahaja. Korang kena dapatkan promo code kat Huawei App dan akan dapat RM3 OFF dengan pembelian minima RM15 dan ke atas. Promo ni ada di Huawei member app.


Oppo




Promo Oppo pun ada jugak, valid dari 5th Oct - 31st December 2020. Korang kena dapatkan promo code kat OPPO App dan tertakluk untuk new shopper sahaja. New shopper akan dapat RM3 OFF dengan pembelian minima RM15. Promo ni terhad kepada 1000 yang pertama redeem sahaja ye, kalau lambat bye bye! Promo tersebut ada dalam Oppo apps juga.


Apa tunggu lagi korang, lai lai jom beli sekarang kat https://pgmall.my/home 



Hashtags:
#PGMall #Huawei #Oppo #KBBM #Aeon #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u 



About PGMall:
Website: www.pgmall.my 
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram: https://t.me/pgmallofficial001




Friday, September 4, 2020

Pengalaman Work From Home dengan anak kecil

September 04, 2020 3 Comments
Assalamualaikum semua...


Zaman pandemik yang agak mencabar ni memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Beberapa bulan lepas semasa awal-awal PKP dijalankan semua orang bersorak gembira sebab boleh bekerja dari rumah. Awalnya memang agak seronok sebab boleh meluangkan masa dengan anak-anak, tetapi bila PKP disambung sehingga sebulan maka bermulalah episod emosi para ibu-ibu di rumah. Bukan saja terpaksa bekerja dari rumah, bahkan sekaligus terpaksa menguruskan anak-anak dalam masa yang sama. 


Cabaran Work From Home adalah anak-anak kecil akan meragam inginkan perhatian, sedangkan para ibu perlu menyelesaikan tugasan on time seperti yang diminta oleh majikan. Selain tu, environment pun memainkan peranan juga. Tugas susah nak disiapkan secara teratur sebab di rumah tak ada meja untuk bekerja, internet pun slow. Jadi produktiviti kerja tu agak lambat dan kadangkala kita terpaksa stay up di malam hari untuk menyiapkan kerja-kerja office selepas anak-anak tidur.


Makanya, macamana nak buat anak-anak entertained sementara mama boleh buat keje-keje office tu? Marilah kita tengok aktiviti anak-anak semasa PKP while mama work from home.


.


.

.


 Ajak anak-anak yang besar bermain dengan baby. Bila dia leka, mama cepat-cepat siapkan apa yang patut. Selain menghiburkan, anak-anak dapat develop skills diorang jaga adik



Hayder paling suka kena agah dengan patung Minions ni, mengekek dia gelak.





 Tok-tok-tok...ada orang tak? Shaye nak tolong mama buat koje. Pleaseee buka pintu ;P




Future Engineer mama tengah kira apa tuu? Ish, ish, ish...abes calculator mama dia buat main



Walaupun agak leceh Work From Home tapi mama enjoy je dapat bekerja sambil layan anak-anak. Bila lagi kan nak jadi suri rumah sepenuh masa? Masa PKP 2 bulan tu je la boleh. Sekarang dah kena bekerja full day dan dah tak boleh Work From Home, tiba-tiba rasa rindu pulak momen-momen ni.


Apa-apa pun mama bersyukur kerana diberikan masa untuk bersama anak-anak walaupun dalam tempoh PKP yang singkat itu. Syukur, syukur, syukur Allah beri nikmat.



Thursday, September 3, 2020

Review 5 barang baby yang menarik untuk rujukan para ibu

September 03, 2020 1 Comments
Assalamualaikum,

Bersiaran lagi kita harini. Kali ni mama nak share tentang barang-barang baby pula. Kebanyakan barang yang mama senaraikan adalah digunakan oleh baby Hayder dari umur sebulan dan ke atas. Apa dia produk-produk baby tu, jom kita tengok.

.


.



.



Okay kat atas ni ada rompers baby, barut baby, diapers, baby wipes dan diapers cream. Meh mama review satu persatu ye untuk kemudahan mommy-mommy di luar sana yang tengah mencari produk baby. Review mama ni adalah dari pengalaman mama gunakan ke atas baby Hayder. Sebenarnya banyak lagi barang baby yang menarik yang Hayder gunakan, cuma takde pulak gambar dalam memory handphone mama. Makanya mama review yang mana ada gambar je ye :)

1. Rompers

Rompers ni mama beli kat Toy's R Us. Jangan tak tau korang, kat Toy's R Us tu bukan jual toys je, barang baby pun ada tapi korang kena tengok la cawangan mana. Rompers ni mama beli masa Toy's R US buat Member's Sale, so dapat beli murah juga. Harga tak ingat dah, tapi satu set ada 3 helai rompers comel. Kain best dan tebal sesuai dengan cuaca Malaysia. 


2. Barut baby

Barut baby ni mama beli di Instagram shop. Sekarang kan senang, taip je hashtag barang apa yang kita nak beli tu, maka keluarlah semua kedai-kedai online sekalian alam. Barut baby ni mama suka sangat sebab size dia lagi besar dan panjang. Kain tak panas dan banyak pilihan corak comel. Masa mama beli IG shop ni ada buat clearance sale 1 set (ada 5 helai)  RM25, jadi mama grab 2 set terus. Kalau mommy nak try untuk baby atau bakal baby, boleh search IG @bebiesf. Memang rambang mata tengok corak-corak barut kat IG shop ni. Kalau yang dapat baby girl lagi la banyak pilihan, kusss semangat nasib baik Allah bagi mama baby boy, dapat la berjimat. Berjimat la sangat :), ingat barang baby boy tak comel ke? Comel jugakk uiii hehehe.


3. Applecrumby diapers

Diapers ni memang antara yang terbest mama pernah guna untuk baby. Tak bocor, lembut, takde chlorine, pendek kata memang best lah. Yang tak best nya cuma mahal sikit harga dia. Mama beli diapers ni masa ada sale di website Applecrumby dan guna voucher lagi murah. Mama tau pasal diapers ni masa mama melawat pusat rawatan dan penjagaan ibu berpantang (confinement centre). Kat situ ada disediakan sekali diapers untuk baby, dan diorang gunakan jenama diapers ni. Jadi mama terus beli untuk stock baby Hayder. Tapi sekarang Hayder dah tak pakai dah diapers jenama ni, sebabnya mahal, tukar jenama lain pulak.


4. Baby Suzuran wet cleaning cotton

Wet cotton ni sesuai untuk cuci mulut, lidah, telinga dan muka. Korang nak bawak travel pun boleh, senang nak cuci mulut baby lepas makan. Takde sabun dan guna air suling je, jadi selamat untuk cuci lidah bayi dari kerak susu.


5. Mustela Vitamins Barrier Cream

Krim ni sesuai untuk mengelakkan diapers rashes. Memang sesuai sangat dengan kulit Hayder dan sejak beli Mustela ni mama memang tak pernah tukar diapers cream jenama lain. Sesuai digunakan dari bayi newborn lagi sebab dibuat dari bahan natural je.


Okay bersambung di next post. Nanti mama akan buat post tentang kompilasi resepi baby pulak. Tungguuu



Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

September 02, 2020 0 Comments
Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.