Wednesday, March 17, 2021

Tutorial Cara Set Up Aplikasi Google Family Link Dalam Smartphone Anak

Kali ni mama nak buat tutorial cara set up Aplikasi Google Family Link di tablet/smartphone anak-anak. Mama buat tutorial ni untuk rujukan parents di luar sana, mana tau ada yang nak monitor aktiviti anak masing-masing. Jadi mama share tutorial ni dengan ayat yang simple, supaya memudahkan parents faham dan boleh set up sendiri smartphone/tablet anak-anak nanti. 



Apakah Google Family Link? 



Sumber gambar: Google


Google Family Link merupakan Aplikasi untuk membenarkan parents access ke dalam tablet atau smartphone untuk melihat aktiviti anak masing-masing apabila menggunakan internet. Selain tu, parents boleh urus atau hadkan Apps yang anak-anak download dan guna, set screen limits, lock gadget diorang dan kesan lokasi kat mana anak-anak berada.


Sekarang ni kan kebanyakan anak-anak memang mempunyai smartphone masing-masing disebabkan pandemik yang melanda dunia, anak-anak kena belajar dari rumah. Walaupun sekarang sekolah telah dibuka, tetapi untuk sekolah agama, anak-anak dibenarkan hadir ke sekolah secara bergilir. Jadi apabila turn anak-anak PDPR, makanya smartphone harus digunakan. Jadi sejauh mana kita tau yang anak-anak memang belajar dari rumah semasa kita keluar bekerja? Atau sebaliknya diorang gunakan smartphone tu untuk main game sepanjang masa. Jadi, untuk control aktiviti diorang ni, mama gunakan Google Family Link supaya mama dapat control aktiviti anak-anak semasa diorang menggunakan internet.



Kelebihan dan Kekurangan Aplikasi Google Family Link


Tapi parents harus tahu bahawa tak semua site boleh di block oleh Google Family Link ini. Terdapat juga content yang tidak sepatutnya yang masih boleh di access oleh anak-anak. Tetapi dengan adanya Google Family Link ni, parents boleh terus lock gadget anak-anak sekiranya dapat tau anak-anak buka website yang tidak sepatutnya.

Google apps seperti Search dan Chrome mempunyai filtering options yang terdapat di dalam Google Family Link. Sekiranya parents mempunyai anak remaja yang berumur 13 tahun ke atas, Restricted Mode di dalam Youtube merupakan optional setting yang boleh digunakan untuk filter mature content di dalam Youtube. Jadi video yang tak sepatutnya tidak akan dapat di access oleh anak-anak remaja ni. Walaubagaimanapun, setiap apps pasti ada kekurangan. Google mendapati bahawa apps ini juga tidak perfect, kadangkala ada content yang tidak patut masih keluar di dalam Youtube sekali-sekala.

Kalau parents mempunyai anak bawah 13 tahun, maka Youtube Kids akan di install ke dalam gadget anak-anak. Bila anak-anak search video tertentu, akan keluar video mengikut kesesuaian umur anak-anak tersebut. 




Device yang sesuai untuk install Google Family Link


Parents boleh gunakan Family Link di semua Android devices Version 4.4 atau lebih dan boleh juga running di Iphone yang menggunakan iOS 9 and higher.




Cara Set Up Google Family Link Dalam Smartphone


  1. Muat turun Family Link apps di dalam smartphone parents (Android / Iphone)
  2. Muat turun Family Link apps di dalam smartphone / tablet anak-anak
  3. Sekiranya anak-anak tidak mempunyai google account (Gmail), parents kena create account Gmail mereka
  4. Bila dah complete, anak-anak boleh sign in menggunakan tablet / smartphone masing-masing menggunakan akaun Gmail baru tersebut
  5. Apabila semua gadget telah link, set up mengikut pemantauan masing-masing

Set up Family Link ni tak susah pun, sekejap dah siap. Mama buat untuk 3 tablet anak-anak di link ke phone mama. Kalau dari tablet baru, lagi senang sebab follow je instruction kat Android tu.




Cara Block dan Unblock Apps 


  1. Buka Family Link apps di dalam smartphone parents
  2. Pilih smartphone anak yang mana satu yang nak di block tu
  3. Cari Apps installed card
  4. Tekan more
  5. Tekan nama app yang korang nak block tu (contoh: Among Us)
  6. Tekan Allow app on / off

Mama suka sangat Google Family Link ni sebab kalau mama nampak Iqy main game lebih-lebih mama akan block terus game tu. Mama akan set limit 3 jam je untuk diorang main game, kalau lebih smartphone akan auto-lock.





Pengalaman Guna Google Family Link Apps


Sangat memudahkan untuk pantau aktiviti anak-anak. Kalau rasa nak bertukar hijau sebab anak-anak asyik mengadap smartphone, terus lock je hehe. Jadi anak-anak dah tau dah, kalau lebih had mesti kena lock. Diorang akan siapkan keje sekolah cepat-cepat, kemas buku masuk dalam beg awal-awal (sebab kalau lambat, jadual semua ada dalam tablet). Jadi apps ni sangatlah recomended untuk parents semua control penggunaan internet dan smartphone anak-anak. 




No comments: