Friday, April 16, 2021

Buih Mandian Darce Mewah Dan Menenangkan

Balik rumah penat-penat mesti nak merehatkan badan dan memanjakan diri kan? Biasanya 'me time' selepas balik kerja mama adalah membersihkan diri, pakai pakaian bersih dan sembur wangian kegemaran. Ye lah, dah 8 jam di office, rasa tak selesa kan. Bau pun dah macam-macam sebab dah pegi merata-rata seharian tu. 


Mandian mewah dari Darce ni bukan saja menenangkan, tetapi bauannya dan buih mewah menjadikan diri terasa dibelai di Spa mewah. Tak perlu ke Spa dah lepas ni kalau rasa nak memanjakan diri, guna je Darce memang terus rasa bahagia je mandi hehe. Krim dan buih mewah dan bauan juga segar menjadikan kita bagaikan dibelai. Mandian romantis dari Darce ni memang menarik sangat, jom mama share sikit krim mandian yang mama dah 'in love' sangat ni dengan korang. Mana tau korang rasa nak try boleh baca review mama ni.




Darce Healing Shower Cream

Darce Healing Shower Cream ni berasaskan bahan semulajadi dan ianya juga Paraben Free. Selain tu Darce Healing Shower Cream ni juga merupakan krim mandian anti-bakteria yang melindungi kita dari kuman berbahaya. Memang enjoy sangat memanjakan diri guna shower cream Darce ni sebab buihnya yang mewah, wangiannya tahan lama dan aroma yang menarik sangat. Bauan juga lain dari yang lain dan bakal pilihan korang juga nanti bila dah mula terjebak beli.


Darce Healing Shower Cream



3 Variasi Darce Healing Shower Cream

Mama suka sangat shower cream Darce ni, makanya mama pilih ke tiga-tiga variasi shower cream ni. Mama tengok packaging shower cream ni cantik dan menarik sangat, jadi mama beli semua sekali buat koleksi hehe. Mama ikut mood mama nak guna yang mana, sebab terasa tenang sangat bila gunakan mandian mewah ni. 

Suka sangat sebab packaging cantik, collect semua 


Okay, jom mama cerita sikit satu persatu tentang shower cream ni. Korang boleh tengok-tengok mana tau ada yang menepati citarasa korang kan.


1. Soothing: Healing Sea Salt

Darce Healing Sea Salt


Terasa tenang bila memanjakan diri dengan buih mandian Darce Healing Sea Salt. Rasa macam mandi kat pantai dengan belaian buih mewah dan bauan laut yang segar. Terasa bersih dan segar sepanjang hari bila mandi dengan shower cream Darce ni. Setelah penat dengan tugas seharian, memang rasa relaks dengan aroma Healing Sea Salt yang menenangkan. Kulit terasa bersih dengan bantuan sea salt dan kesannya kulit terasa lembut dan ianya juga membantu meremajakan kulit. Aromanya tidak terlalu kuat tetapi memang amat mendamaikan dan menyebabkan korang terbuai sangat. Memang best la, tak tau nak cerita macamna entah, nanti korang try la sendiri. 




2. Anti-Aging: Pomegranate Smoothie

Darce Pomegranate Smoothie


Kalau korang try Pomegranate Smoothie ni serius korang pasti akan suka sebab bau shower cream ni sangat-sangat wangi. Berbau seluruh bilik air macam bau gula-gula tau, wangiii. Mama suka pakai Pomegranate ni bila rasa nak cheer up kan diri sebab wangi dia memang membuatkan mama rasa bertenaga, fresh sepanjang hari dan terasa bersih. Bau yang sweet dan aroma buah-buahan ni memang lain dari shower cream yang mama guna sebelum ni tau. Memang best, sampai Aleesya pun suka pakai Pomegranate Smoothie ni walaupun ianya untuk anti-aging. Boleh je korang, kalau sefamily nak pakai pun boleh je. Selain tu, Vitamin C dalam buah delima ni dapat menenangkan dan menyegarkan skin yang letih dan lesu. Variasi ni pun recommended sangat kalau korang nak cuba.




3. Hydrate: Coconut Dreams

Darce Coconut Dreams


Ni lagi satu shower cream Darce yang best jugak tau. Bau dia seakan- akan bau aiskrim kelapa, sedap sangat baunya. Rasa nak makan je haha. Bau Coconut Dreams ni boleh dikategorikan dalam varian sweet, dreamy & fruity. Mama memang suka kalau bau-bau sweet ni, sebab bau dia tak jemu, dah bau nak bau lagi. Ehh korang sama tak perangai macam tu? :D. Bila mandi guna Coconut Dreams ni, buih dia buat rasa bersih, relaks dan segar sepanjang hari. Minyak semulajadi dari kelapa tu pula memberikan kesan hidrat dan melindungi kulit serta menjadikan kulit lembut dan lembap.




Mana Satu Favourite Mama?


Mama paling suka Darce Healing Sea Salt sebab terasa tenang sangat bila mandi guna shower cream ni. Bayangkan kalau anak-anak kat rumah tengah bising-bising pun tak perasan. Aromanya pun tak terlalu kuat tapi memang sedap je nak bau selalu. Kalau rasa nak feeling-feeling mandi kat tepi laut memang mama pilih Darce Healing Sea Salt ni. 





Where To Buy?

Korang boleh dapatkan semua variasi Darce ni di Redtick Supermarket dan juga online di Shopee / Lazada.


Korang suka yang mana satu?





For more info:


Facebook: darceworld

Instagram: darceworld




No comments: