Assalamualaikum semua...
Okay throwback balik post mama haritu tentang beli barang raya online menggunakan Apps F&N Life, boleh baca kat sini.
Jadi harini mama nak share resepi raya menggunakan bahan-bahan yang di order di aplikasi F&N Life tu. Minggu depan kan dah nak raya, walaupun tak boleh balik kampung sebab PKP tapi kita tetap sambut raya bersama keluarga di rumah. Kalau macam mama ni kan, ada anak kecik, asyikkk nak berkepit je keje dia. Makanya, mama pilih resepi raya yang paling simple, cepat tapi yang penting sedap dimakan. Budak-budak pun suka makan, papa budak pun suka jugak :)
Inilah rupa dia resepi simple mama, namanya Nasi Impit Goreng Shosedap F&N. Haa nama resepi je panjang, tapi nak buat senang banget. Jom tengok resepi kat bawah ni.
Resepi Nasi Impit Goreng Shosedap F&N
Bahan-bahannya simple je |
Bahan-bahan:
2 packet ketupat Nona
Seulas bawang putih (dicincang)
Bawang besar separuh (dicincang)
3 sudu besar cili kisar / cili boh
Isi ayam (dicincang)
Segenggam udang (dibuang kulit)
2 biji telur
2 sudu besar Susu Isian Sejat F&N
Sedikit serbuk Cukup Rasa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cara membuatnya:
- Rebus nasi impit, tos dan sejukkan. Potong bentuk kiub atau ikut suka
- Panaskan sedikit minyak
- Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
- Masukkan cili kisar, kacau sampai naik minyak pastu masukkan air sikit
- Masukkan sos cili, sos tiram, Cukup Rasa, garam dan gula
- Masukkan Susu Isian Sejat F&N
- Masukkan isi ayam yang dah dicincang
- Dah masak ayam tu masuk la air sikit lagi, kacau lagi
- Masukkan udang yang telah dibuang kulit
- Pukul telur dalam mangkuk, lepas tu masukkan dan kacau perlahan
- Bila dah sebati semua, masukkan nasi impit, kacau sampai mesra semuanya
- Dah siappp, hidangkan dalam bekas
- Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Tabur bawang goreng, daun sup, daun bawang. Doneee |
Resepi ni simple dan senang sangat, jadi kalau korang tengah cari resepi raya boleh la try resepi ni. Resepi ni tak berkuah, so senang korang letak je dalam mangkuk tingkat untuk bertukar juadah raya dengan jiran-jiran. Korang boleh juga tukar bahan-bahan dalam resepi ni ikut kreativiti sendiri, contoh kalau korang suka letak sayur boleh la letak ikut suka korang. Nak letak tauge ke, carrot ke, bunga kobis ke, kacang panjang ke boleh je. Nak letak tempe atau tauhu pun boleh. Kalau korang tak makan ayam ke udang, korang tukar la sendiri ikut kehendak korang. Mana tau korang nak letak ikan salmon ke, ikan kembung ke, daging ke, asalkan korang suka makan bubuh je la. Kompom sedap je sebab korang yang masak sendiri dengan penuh kasih sayang kan. Pastu selawat banyak-banyak masa masak tu, haa kompom bertambah-tambah family korang makan nanti.
Shosedapppp |
Disebabkan budak-budak ni ada yang makan sayur, ada yang tak makan sayur, makanya mama decide tak bubuh sayur dalam resepi ni. Senang dan aman nanti nak makan, takde la sorang merengek nak suruh buang sayur la, buang kulit udang la, buang tauhu la. Mau mama jadi raksasa di hari raya nanti ekekeke. Lagi satu, udang pun mama beli yang dah dibuang kulit siap-siap. Jadi dah jimat masa tapayah mama nak perisi sekor-sekor lagi udang tu. Buat je cara yang paling simple, asalkan bila dah makan anak-anak cakap "shosedap" hehe.
Parcel F&N Untuk Mak: Order Melalui Aplikasi F&N Life
Entry sebelum ni mama dah cerita tentang Parcel Raya F&N Pengganti Diri Di Hari Raya. Di entry tu, korang boleh refer cara nak install aplikasi F&N Life dan cara nak order bundle Ramadan dan Raya F&N. Mama dah order untuk mak di kampung guna aplikasi F&N Life ni. Maklumlah tak dapat balik raya, kalau balik pun risau juga takut-takut kita pulak bawa balik virus ke kampung. Jadi bila ada aplikasi F&N Life ni mama ambil kesempatan untuk hantar barang-barang F&N untuk mak. Senang sangat, pilih je package mana dan selebihnya F&N yang uruskan. Mama takpayah susah-susah pegi supermarket, wrapping lagi, pegi post office dan sebagainya. Yang penting parcel sampai dengan selamatnya pada mak di kampung.
Mama order Pek Kasih Ramadan & F&N Sparkling Gift Pack |
Siap boleh tulis Gift Message, FOC je |
Dah siap order |
Mama order haritu lebih kurang 5 hari bekerja juga sampai ke tangan mak. Delivery ni bergantung pada kawasan, kalau kawasan bandar cepat sikit tapi kalau di luar bandar lambat sikit penghantarannya. Asalkan sampai mama okey je lambat ke cepat. Yang penting parcel raya F&N mak sampai dengan selamat.
Maklumat lanjut:
Website: https://fnlife.com.my/
Facebook: F&N Life
Instagram: fnlife
3 comments:
wowwwww menu raya dah,bleh tiru ni hehehhe
Memang idea bernas kalau xhabis dimakan buat lontong goreng. Hehe
Terima kasih kerana berkongsi resepi ni.. Bolehla cuba masak lepas raya hari ketiga
Post a Comment