Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mama doakan semua sihat-sihat je ye. Hari-hari kita dengar berita sedih yang bertebaran di laman sosial dan media massa. Semoga Allah lindungi kita dan seluruh keluarga serta sahabat handai kita dari wabak yang telah meragut beribu nyawa di seluruh dunia.
Okay, taknak cerita sedih-sedih dah, jom tengok apa mama nak share ni untuk korang yang ada anak-anak, adik, anak buah yang masih bersekolah dan selalu gunakan gadget atau smartphones untuk belajar. Semenjak pandemik melanda negara kita, semua anak-anak terpaksa menggunakan smartphones, PC atau laptop untuk meneruskan sesi pembelajaran secara online. Jadi, agak merisaukan sekiranya terlalu lama menghadap gadget tersebut akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan mata.
Ciri-ciri istimewa cermin mata kanak-kanak dari OPTOM EYECARE
Baru-baru ni mama belikan anak-anak cermin mata untuk kegunaan semasa PDPR. Jom kita tengok apa ciri-ciri istimewa yang terdapat pada cermin mata kanak-kanak ni:
1. Material khas mudah lentur dan tahan
Memang cermin mata ni sesuai sangat untuk kanak-kanak sebab direka khas menggunakan material mudah lentur. Kanak-kanak kan lasak sikit, kalau guna cermin mata dari OPTOM EYECARE ni mommy semua jangan risau sebab memang tahan lasak dan tak mudah patah. Materialnya macam silicone mudah lentur kalau terkepak pun tak rosak. Jadi kalau buat PDPR tu sambil terbaring pun takpe.
2. Lebih ringan dan sesuai untuk aktiviti kanak-kanak
Cermin mata kanak-kanak OPTOM EYECARE direka untuk rasa lebih ringan dan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak. Faham-faham sajalah, kalau dah nama kanak-kanak memang lasak cara pemakaian diorang. Kadang-kadang bergurau senda sesama diorang pun boleh terkena frame cermin mata tu. Tapi bila guna cermin mata OPTOM EYECARE ni, korang tak perlu risau sebab memang ringan, tak menyakitkan bahagian hidung dan selesa sangat anak-anak pakai sampai taknak tanggalkan walaupun dah tak menghadap gadget dah.
3. Frame tidak mudah tertanggal
4. Mengurangkan keletihan mata semasa penggunaan gadget
Mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata dari cahaya biru
Nafis is wearing Code: TRD03 - Grey/Yellow
Rizqy is wearing Code: TRD02 - Blue/Green
Selain tu, ciri-ciri istimewa cermin mata OPTOM EYECARE adalah mengurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gadget atau komputer yang berpanjangan. Cermin mata ini menggunakan kanta perlindungan UV khas tanpa power yang sesuai untuk penggunaan PDPR. Cermin mata yang mampu sekat cahaya biru yang dihasilkan dari gadget dan komputer ini amatlah diperlukan untuk melindungi mata anak-anak kita sepanjang pembelajaran.
Nak dapat kat mana cermin mata ni?
Korang boleh hubungi OPTOM EYECARE di: