Tuesday, February 25, 2025

Buffet Ramadan 2025 “Merentasi Tradisi” Di Klana Beach Resort PD



Assalamualaikum korang. Ramadan dah tak lama lagi. Macamana persediaan Ramadan korang? I biasanya masa Ramadan ni buat persediaan sederhana je, asalkan anak-anak, suami dan keluarga ada sama-sama dah cukup dah walaupun berbuka simple2 je. 

Okay sebut pasal berbuka puasa sekeluarga, jom harini i nak share Buffet Ramadan yang menarik untuk korang cuba. Kali ni memang menu lain daripada yang lain tau. Kami sekeluarga memang suka sangat berbuka kat sini sebab menu memang ya ampunn, banyakkk. Lepas tu semua peringkat umur boleh makan. Kalau ada yang suka pedas ada, untuk kanak-kanak pun ada, suka menu simple ada, menu berat pun ada. Jadi tak perlu risau sebab boleh bawa sefamily atau kawan-kawan berbuka di Klana Beach Resort ni.



Buffet Ramadan 2025 "Merentasi Tradisi"




Buffet Ramadan 2025 “Merentasi Tradisi” menampilkan kepelbagaian menu dari setiap negeri di Malaysia. Korang boleh tengok menu apa menarik kat bawah ni. Confirm rasa nak geget screen handphone ;D


Merentasi Tradisi 2025 menampilkan menu dari seluruh negeri di Malaysia


Selera Sabah



Ambuyat dan ikan singgang. 
First time i makan, sedap. 
Cara makan campur semua bahan-bahan seperti kangkung, sambal dan ikan singgang dengan ambuyat tu




Selera Sarawak


Mee kolok ni kalau tambah sambal kicap lagi paduu




Selera Johor


Laksa Johor ni pun favourite juga ni, biasa orang Johor makan laksa dengan tangan



Selera Melaka


Satay celup ni makan dengan kuah atau sup



Selera Negeri Sembilan


Ikan keli masak lemak cili api



Rendang pucuk maman


Kepayo masak lemak


Ayam tua masak lemak cili api


Masakan warisan Negeri Sembilan antaranya Rendang Pucuk Maman, Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Kepayo Masak Lemak.





Selera Wilayah Persekutuan


Roti John


Murtabak dan apam balik



Selera Pahang



Gulai patin tempoyak favourite i jugak ni



Selera Selangor


Pecal dan wadai kiping (pengat tepung)



Selera Perak




Nasi lemuni ni dikawankan dengan ayam berempah, sambal bilis, timun dan kekacang. Lebih kurang macam nasi lemak




Selera Pulau Pinang




Pasembor dan mee rojak dia memang mantopp





Selera Kedah



Peknga kelapa + sambal bilis dan
Peknga kelapa + kelapa parut




Selera Perlis



Urap jagung dan emping beras



Selera Kelantan




Laksa Kelantan kegemaran Nafis




Selera Terengganu


Kepok lekor digoreng live jadi boleh makan panas-panas




Hidangan Pembuka Selera


Pelbagai pilihan hidangan pembuka selera, termasuk aneka kerabu, ulam-ulaman dan kurma diikuti dengan pelbagai hidangan utama, 14 gerai-gerai pilihan, dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat. 







Appertizer




Kids corner




Dessert counter



Pelbagai jenis kurma




Signature Menu “Kibas Golek”





Kalau tak ulang 3, 4 kali kat counter kibas golek memang tak sah
Memang menu yang ngetop tiap tahun ni





Sup kibas rasa sekali mesti nak lagi



Gulai kawah




4 Putaran Menu













Minuman







Minuman panas





Bufet Ramadan (3-28 Ramadan 1446H / 3-29 Mac 2025)


Pakej penginapan, sahur dan berbuka pun ada tau














Harga berbaloi sangat sebab semua menu memang sedap




Staycation kali ni di Klana Beach Resort memang best sangat sebab cuaca elok. Jadi boleh jalan-jalan tengok laut dari pagi sampai ke malam. 









Hubungi:

Klana Beach Resort Port Dickson

06-648 7888 / 016-661 9030 / 016-661 9050 / 016-661 6089



1 comment:

Amie said...

Nampak menyelerakan semua menunya.
Selamat menyambut Ramadan Kareem.