Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.
Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.
“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.
“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.
Berita di atas adalah dirujuk dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Harini kita cerita sket pasal tajuk yang agak serius pula la ye...asyik cite pasal aktiviti harian je boring jugak kan? Berbalik kepada berubah hati ni, perkara ni memang boleh terjadi kepada semua golongan pun...tak kira tua, muda, bujang dan berkahwin.
Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi sekadar memberi pendapat tentang perkara yang berlaku sekeliling kita sahaja...*
Sebenarnya semua yang berlaku di atas bukan salah sesiapa...Bukan salah lelaki mahupun perempuan itu. Sebagai manusia biasa yang percaya kepada Qada' dan Qadar serta hukum alam...kita harus tahu bahawa TAKDIR datang dulu baru SEBAB...tidak ada seorang pun di dunia ini inginkan perpisahan, sekiranya dia bahagia.
Berbalik kepada 'berubah hati'...ye tidak dinafikan...sekali air bah sekali pasir berubah...Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, begitu juga CINTA...kalau takut putus cinta...JANGAN BERCINTA. Perkara melibatkan soal hati dan perasaan ini cukup rumit...hari ini ku cinta kamu, tapi esok dan akan datang belum tahu lagi...Hari ini aku sayang kamu, tapi jika tidak dijaga sayang pun melayang...Tepuk dada tanya selera.
Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yakinlah CINTA ALLAH juga yang kekal abadi...kerana satu hari nanti juga kita, suami kita, anak-anak kita, keluarga kita juga akan kembali kepada-Nya. Putus cinta tiada apa sangat bagi ku...tapi kehilangan kakak, abah, ibu mertua pada masa yang berturut-turut menjadikan hati ini tidak berfungsi seketika...mati seketika...letih seketika...Namun ku hanya perlukan MASA untuk mengubati kelukaan kerana kehilangan orang-orang tersayang itu...
.
.
.
Oklah cukuplah cite siyes-siyes...skg kita cite pasal buah hati kita pulak....layanzzzzzzz
Aleesya...Aleesya...itulah kejenya setiap kali dengar lagu OST Cinta Kirana...mesti menari2 sampai jatuh-jatuh...TV dah xboleh letak kat kabinet TV dah...die suka tengok dekat-dekat...Rosak la mata cayang oiii...
Lastly TV letak kat meja komputer, kabinet TV pulak terpaksa tutup dengan comforter...Mana taknya, ada sekali tu mata Aleesya berdarah terhiris bucu kaca kabinet tu...tak tau nak buang mana dah kabinet ni sbb maklumlah rumah kitorang kan ala-ala mini (kecik and syomell je gituu kan hehe).
Calculator x tinggal...mama dan ayah die keje pun guna calculator...anak pun feminat calculator No.1.
Okie dokie...dah banyak berceloteh...Adiossss
Futnot: kenyang sangat makan banyak pagi ni...dah lama xmakan sambal udang...itu la jadinye hikhikhiks
No comments:
Post a Comment