Azan bergema menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua Muslim yang berpuasa. Sangat gembira rasanya berbuka puasa, pelbagai juadah dihidangkan. Lebih indah lagi kalau keluarga tercinta ada bersama.
Harapan tinggal impian semata, yang tinggal hanya kenangan bersama mereka. Masih mama ingat juadah berbuka puasa kegemaran arwah abah, kuih tepung pelita, hari-hari pun takpe makan tu. Entah kenapa ye, bulan Ramadhan selalu meninggalkan kesan di hati kami. Agaknya inilah perasaan insan lain yang telah kehilangan yang tersayang buat selama-lamanya. Ramadhan ke 3 tahun tanpa arwah abah dan Ramadhan ke 4 tahun tanpa arwah kakak. Kehilangan yang cukup besar bagi kami.
Mungkinkah kita akan bertemu lagi. Adakah kesempatan itu lagi. Sekiranya tidak, cukup memadai kita hanya bertemu di ruangan rindu. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment