Ramai parents mengeluh sukar nak latih anak minat belajar online. Bukan mereka je, mama pun mengalami dilema yang sama. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua amatlah penting pada masa sekarang. Memupuk minat kanak-kanak bertutur dalam bahasa Inggeris sejak usia muda adalah agak sukar sekiranya anak-anak tidak memberi kerjasama yang baik. Kanak-kanak lebih cenderung mendengar daripada bertutur bahasa Inggeris sekiranya ibu bapa sendiri mengajar mereka.
Apakah Novakid?
Novakid
merupakan kelas bahasa Inggeris online yang boleh disertai dari rumah (home
learning). Ianya bukan seperti kelas bahasa Inggeris lain di sekolah biasa atau
pun kelas dengan tutor melalui aplikasi Skype. Kelas di Novakid melibatkan
anak-anak secara aktif dalam pembelajaran mereka sejak dari kelas pertama lagi.
Biasanya kanak-kanak sangat teruja dan akan meminta kelas lagi untuk mereka
belajar bahasa Inggeris lagi.
Umur yang
sesuai untuk join kelas di Novakid adalah bermula dari umur 4 hingga 12 tahun.
Pelajar di umur sebegini akan berasa selesa dengan guru di Novakid kerana
sistem pembelajaran di Novakid adalah melalui papan putih maya interaktif dan
sistem gerak isyarat yang sederhana yang menjelaskan maksud perkataan. Ianya
mudah difahami oleh kanak-kanak di usia sedemikian.
Nak tahu bagaimana
Novakid membantu English education kanak-kanak? Ianya menggunakan teknik Game-based Class iaitu belajar melalui
bermain. Khuwarizmi enjoy sangat online class dengan teacher yang dipilih
kerana teknik belajar melalui bermain ini. Bahan baru yang ditunjukkan oleh
teacher dengan cara yang menyeronokkan dan menarik perhatian kanak-kanak. Guru
atau narrative speaker sering berubah kepada watak-watak yang tidak asing bagi
kanak-kanak dari cerita kartun popular yang digemari oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak teruja sehingga menarik perhatian mereka menggunakan kostum dan
alat yang berwarna-warni.
Pembelajaran
online dilakukan hanya selama 25 minutes
per session menggunakan teknik TPR. Teknik ini memastikan kanak-kanak stay
engaged with their narrative speaker, excited, enjoy dan merupakan cara
penyampaian yang efektif dari narrative speaker kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
tak sempat bosan sebab pembelajaran yang hanya mengambil masa selama 25 minit. Guru tahu bagaimana nak buat kanak-kanak stay engaged with them during the class. Walaupun online class 25 minit sahaja, the lessons are
absorbed easily because the kids don’t feel stressed when learning. Belajar
online 1 to 1 melalui narrative speaker yang berpengalaman memudahkan anak
berinteraksi dengan lebih dekat.
Kelas di
Novakid juga berlangsung secara flexible di mana ianya amat memudahkan mom and
kid membina learning routine dan juga menyesuaikan dengan daily activity mereka.
Biasanya parents agak sibuk di siang hari kerana pergi bekerja, jadi kelas
boleh dipilih pada waktu malam atau pada hujung minggu mengikut kesesuaian
mereka.
Novakid memfokuskan pada ilmu pengetahuan dan hasil.
Tidak ada istilah gred atau ‘cramming’ di Novakid jadi kanak-kanak tidak stress
untuk join kelas mereka. Khuwarizmi paling seronok sebab perkara penting di
Novakid adalah keseronokan kanak-kanak dan memahami apa yang sedang diajar oleh
guru.
Apakah TPR?
TPR atau singkatan dari Total Physical Response merupakan satu teknik pembelajaran yang mengggunakan teknik language into action, di mana kanak-kanak belajar sesuatu perkataan atau ayat melalui gerak isyarat yang sederhana dan reaksi muka. Guru bukan hanya menunjukkan slide tetapi guru juga menjelaskan maksud perkataan baru menggunakan teknik TPR tersebut dengan lebih berkesan dan menarik perhatian kanak-kanak. Teknik ini amat berkesan dan kanak-kanak cepat dapat bertutur menggunakan bahasa Inggeris dengan sendirinya. Kanak-kanak boleh belajar dari zero tetapi cepat menyesuaikan diri dengan kelas yang fun dan excited sehingga boleh meningkatkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris mereka.
Kelebihan Novakid
Bagaimana ianya berhasil?
- Language immersion
Novakid menggunakan teknik language immersion iaitu pembelajaran melalui narrative speaker untuk mendapatkan hasil yang cepat. Ianya merupakan good practice kepada kanak-kanak kerana mempunyai banyak kebaikan positif.
- Guru Berpengalaman
Novakid
mempunyai ramai guru berpengalaman. Semua guru di Novakid is a certified ESL
specialist dengan pengalaman online teaching. Tidak semua guru boleh mengajar
online dan di Novakid mereka memang terbaik.
- From simple to complex
Novakid
memulakan kelas pertama dengan latihan simple dahulu dan akan meningkat ke
level yang lebih complex mengikut umur kanak-kanak. Dalam masa yang sama
Novakid akan memastikan proses pembelajaran lancar dan sentiasa revise dan
improve learning material.
- Classes from home
- Age-appropriate program
Program ini direka oleh English-speaking specialist dan memfokuskan educational and psychological karakter kanak-kanak.
- European Standard of Education
Program ini berasaskan kurikulum
standard Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) Eropah.
Cara Mendaftar Kelas di Novakid
Mudah sangat nak mendaftar online
class di Novakid. Korang follow step
seperti di bawah:
First step korang kena login di website https://www.novakidschool.com/. Masukkan nama, email dan phone number, then korang akan terima passcode di handphone korang. Masukkan code tersebut.
Untuk memilih narrative
speaker atau tenaga pengajar, korang boleh click akaun ibu bapa
Lepas tu parents boleh melanggan online class di Novakid. Parents boleh pilih sama ada nak guru Standard atau Premium. Mama pilih penutur asli bahasa Inggeris (Premium). Untuk kategori ini, guru adalah penutur asli dari UK, USA, Afrika Selatan dan Kanada.
Untuk kelas
Premium, pembelajaran dalam talian diadakan 2 kali setiap minggu dan terdapat
pembaharuan automatik. Selain itu, 50% daripada kos kelas yang tidak digunakan
akan dikreditkan ke baki bonus akaun kita. Mommy boleh batalkan sendiri
langganan pada bila-bila masa sahaja.
Mama pilih Teacher Mel
setelah menonton video pengenalannya yang agak menarik. Teacher Mel merupakan
penutur asli bahasa Inggeris yang mempunyai pengalaman mengajar English sejak
tahun 2014. Mama pilih tarikh yang sesuai untuk Khuwarizmi belajar. Kebanyakan
guru di Novakid menetap di luar negara, jadi masa mereka berbeza dari kita.
Mama pilih kelas malam untuk permulaan.
Lepas dah tempah
kelas, korang akan dapat jadual seperti di atas ni. Selain itu, reminder di
handphone dan email juga korang akan dapat supaya tak terlupa untuk hadir kelas
online pada hari yang ditempah.
Pengalaman Khuwarizmi Belajar Bahasa Inggeris di Novakid
Kelas Khuwarizmi bermula pukul 8.30 malam. Seawal pukul 8 malam lagi Khuwarizmi dah standby dan cuba buat educational games yang ada dalam website Novakid. Mula-mula Khuwarizmi agak gelisah sebab pada fikiran dia bila join online class mesti stress sebab akan banyak homework, selalu kena tanya soalan dan kena marah dengan cikgu kalau main-main semasa kelas online berlangsung.
Tapi, sangkaan Khuwarizmi jauh meleset. Jom kita tengok apa yang jadi.
Contoh soalan
simple dan menarik, siap ada gambar. Bukan Khuwarizmi je teruja menjawab soalan
tapi kakak dan adiknya pun sama. Siap cakap "kenapa mama tak langgan online
class untuk kami juga?"
Memang mama pun terkejut tengok tindakbalas Khuwarizmi. Dia sangat enjoy dan memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan semua task. Cara Teacher Mel yang mesra dan tidak mudah berputus asa mengajar sekiranya Khuwarizmi tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Khuwarizmi juga tak rasa stressed langsung semasa belajar kerana teknik TPR amatlah membantu dia menjawab soalan dan menyebut perkataan yang dipaparkan di skrin tablet. Interaksi 1 to 1 dengan Teacher Mel memang memudahkan Khuwarizmi memahami dan menumpukan perhatian kepada learning material yang dipaparkan di skrin. Tambahan pula kelas berlangsung hanya 25 minit sahaja jadi Khuwarizmi tak sempat bosan pun.
Teacher Mel merupakan pakar dalam bidang fonik, membaca dan mendengar. Sebelum ini beliau telah mengajar pelajar dari Thailand, Taiwan, China dan Malaysia.
Teacher Mel menggunakan teknik TPR iaitu melalui bahasa isyarat ringan yang mudah difahami untuk menterjemahkan sesuatu perkataan baru.
Kelas pertama
yang menarik minat Khuwarizmi. Belajar sambil bermain memang menarik perhatian
dan agak efektif kepada kanak-kanak sebaya Khuwarizmi yang ingin belajar bertutur
bahasa kedua. Korang boleh tengok video Khuwarizmi semasa kelas berlangsung di
Instagram link
Kusyuk Khuwarizmi jawab soalan sepanjang online class berlangsung, dia tak berniat langsung untuk meninggalkan kelas sebab teknik belajar melalui bermain sangat menyeronokkan.
Ada juga
library untuk kanak-kanak merujuk bahan sampingan pembelajaran mereka. Ianya
lagi memudahkan dan senang hati kanak-kanak nak siapkan homework.
Khuwarizmi tak mengelak untuk buat homework lagi bahkan minta lagi banyak
homework sebab teknik belajar melalui bermain sangat menyeronokkan. Biasanya
10-15 minit Khuwarizmi dapat siapkan homework dan mengulangkaji bahan yang
dipelajari secara bersenang-senang dan tidak meletihkan minda kanak-kanak.
Khuwarizmi
juga dapat melihat kemajuan pembelajarannya di papan pencapaian. Siap dapat
mata bonus juga untuk kejayaan dalam akaun permainan, menjadikan Khuwarizmi
semakin excited untuk menyiapkan homework dan join next classes.
Jom kita baca apa komen Teacher Mel tentang prestasi Khuwarizmi
Selamat datang ke Novakid, Amiro Khuwarizmi bin Mohammad Amiro Saiful! Senang mengajar anda! Anda mengambil bahagian dalam kelas dengan baik! Saya sangat kagum dengan ketepatan tatabahasa, kemahiran membaca, ingatan, perbendaharaan kata, sikap positif anda. Anda berjaya menyebut nama 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk', benar-benar belajar emosi 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk', mengucapkan 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk' dengan betul, meneka emosi 'marah', 'gembira', 'sedih', 'takut', 'mengantuk' dalam permainan, lengkapkan carian perkataan sangat pantas, lihat semua emosi dalam permainan carian perkataan. Tolong, praktikkan diri anda dengan latihan mencari kata yang lebih yakin. Kadang-kadang boleh jadi sukar tetapi saya pasti anda dapat menguasainya dengan pantas, menunjukkan emosi pada permainan carian kata. Kadang-kadang boleh jadi sukar tetapi saya pasti anda dapat menguasainya dengan cepat, menjawab soalan 'Bagaimana perasaan anda ketika ...' sedikit lebih penuh perhatian. Secara keseluruhan anda memahami bahan baru dengan mudah dan anda mencapai kemajuan yang baik! Saya sangat tidak sabar untuk melihat anda di kelas saya lagi!
Pada awalnya Khuwarizmi hanya belajar perbendaharaan kata dan tatabahasa, dan tak lama lagi dia akan mula membuat ayat mudah dan dapat membincangkan topik-topik mudah dalam bahasa Inggeris. Khuwarizmi dah tak sabar-sabar nak join kelas seterusnya dan mama harap dia dapat menggunakan peluang yang ada untuk belajar bahasa Inggeris dengan sebaiknya.
Maklumat Lanjut
Kalau korang
nak tempah kelas, korang boleh click website https://www.novakid.my/get_trial_subscription/. Korang
boleh guna my referral code kalau nak masukkan anak-anak korang. Register guna
my referral code MARIANA353573 dan
korang akan dapat credit bonus selepas berakhir trial subs!
Selanjutnya
korang boleh refer Instagram @novakid_my atau
Facebook Novakid
Malaysia untuk mengetahui lebih
lagi mengenai narrative speakers, yuran kelas, jadual kelas serta biodata
narrative speakers dan pengalaman kanak-kanak serta parents yang pernah
menyertai Novakid.
No comments:
Post a Comment