Mama mempunyai kulit kombinasi,
kalau lama sangat berada di luar rumah muka akan cepat berminyak. Bila kulit wajah
mula berminyak, foundation akan cepat bercapuk dan mengelupas. Jadi bila sapu
compact powder kesannya bedak akan nampak tak sekata. Kalau nak touch-up semula
kena cuci dulu muka then sapu foundation semula baru ok. Agak leceh kalau
berada di luar, if duduk di rumah atau office ok je.
Ok mama nak share produk best ni,
mama dah try sendiri pun. Makanya mama rasa ianya best hehe. Kalau tak best
mama takkan tulis review. Produk ni memudahkan mama di mana-mana saja, tak kira
di rumah, tempat keje, dalam kereta atau di luar rumah. Senang sangat nak apply
kat muka dan kulit juga tidak berminyak dan bercapuk.
Hansaegee Gold Nano CC Cream
Hansaegee Gold Nano
CC Cream ni merupakan All-In-One day cream. Ianya mengandungi fungsi Color
Control + Brightening iaitu secara fizikal dilihat berwarna putih tetapi
apabila disapu pada kulit akan bertukar warna mengikut skin tone masing-masing.
Kesannya, kulit akan kelihatan cerah, smooth & glowing dan juga bertindak
mengekalkan kelembapan secara natural sepanjang hari.
Hansaegee Gold
Nano CC Cream ini juga berfungsi sebagai krim anti penuaan dan mengandungi
SPF50+ PA+++ yang berfungsi sebagai pelindung matahari. Fungsinya yang
mengekalkan kelembapan kulit makanya bila kita pakai terasa ringan dan tidak
melekit, tidak berminyak dan kulit glowing secara natural. Tiga bahan utama
Hansaegee Gold Nano CC Cream ini ialah:
- “Mineral Water” – Keep skin PH balance, Reinforces skin penetrating depth, Involved in active vitamin, increase skin elasticity.
- “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” - Relieves skin irritation, Anti-bacterial effect, Relieves skin trouble.
- “Nano Gold” – Prevents aging skin, Block far-infrared radiation, High antimicrobial activity. High antioxidative activity.
Fungsi utama Gold Nano CC Cream
ini ialah ianya bertindak sebagai balance untuk mengimbangi dan menjadikan skin
tone terlihat natural. Selain tu, ianya memberikan perlindungan kepada cahaya
matahari dengan adanya SPF50+ PA+++. Warna tona kulit akan menjadi lebih sekata,
cerah dan glowing.
Cara Penggunaan Hansaegee Gold Nano CC Cream
Senang sangat
nak guna CC Cream ni, hanya apply gunakan tangan dan tidak memerlukan brush
atau span muka. Pada mulanya ia merupakan krim berwarna putih, tetapi setelah
di blend ke seluruh wajah ianya akan bertukar mengikut warna tona kulit natural
wajah kita. Ia berfungsi mengimbangi skin tone dan kesannya kulit wajah akan
kelihatan glowing dan bersinar secara semulajadi. Makanya, bila beli Hansaegee
cream ni, korang tapayah sesusah nak cari colour code yang sesuai dengan kulit
korang. Semua kulit boleh guna CC Cream yang sama. Kalau korang sejenis yang
tak suka makeup, CC Cream ni memang sesuai sangatlah sebab korang akan nampak
natural dan CC Cream akan membantu penampilan korang lebih menarik. Memang simple
dan senang step untuk rutin harian korang sehari-hari. Sesuai sangat
terutamanya untuk Malaysian ladies yang sentiasa busy dengan tugas seharian. Campak
je dalam handbag sebab packaging CC Cream ni tak mudah tumpah dan penutupnya senang
hanya “twist-lock” sahaja.
Cara
nak pakai senang sangat, dap dap je CC Cream ikut kesukaan korang
Tak
mudah kering CC Cream ni, I loikeee
Ratakan
CC Cream gunakan tangan (tidak perlu brush atau span muka)
Testing keberkesanan pemakaian Hansaegee Gold Nano CC Cream
Mama suka buat
testing dulu untuk uji kesan pemakaian CC Cream ni. Nak tengok sesuai dan elok
ke tidak untuk kulit sendiri. Jom mama share apa yang mama dah buat dengan CC
Cream ni. Hansaegee Gold Nano CC Cream ni sebenarnya krim yang berwarna putih, tetapi
bila mama apply di kulit dan blend ianya berubah mengikut warna skin tone sendiri dan kelihatan natural. Takde la nampak macam kita pakai bedak tebal sangat,
sebab CC Cream ni nipis dan tidak berminyak. Kulit wajah pun kelihatan glowing,
tona sekata dan lembut serta liang pori tidak kelihatan. Meh mama share cara
mama buat testing CC Cream ni:
.
.
.
Manakala
sebelah kiri tanpa CC Cream kelihatan liang pori terbuka dan parut jerawat
Korang boleh
guna CC Cream ni tanpa makeup juga tau. Tapi kalau nak guna makeup, cuba tengok
gambar kat atas ni, mama test kat tangan. Tangan yang sebelah atas tanpa CC
Cream, sebelah bawah dengan CC Cream. Makeup kelihatan lebih sekata, mudah
disapu, lebih terang dan tak lebam. Warna nampak lebih vibrant/menyerlah dan
makeup lebih tahan lama dan tidak bercapuk.
Kebiasaannya CC Cream ni sangat sesuai untuk wanita yang tidak suka bermakeup atau tak suka heavy makeup. Kalau korang jenis nak simple-simple je, sapu CC Cream lepas tu pakai lipstick dah siap untuk keluar jalan-jalan. Senang, sebab CC Cream ni dah ada SPF50+ PA+++ pelindung matahari. Sangat mudah dan kelihatan menarik dan glowing terus muka korang.
Tapi kalau korang nak lebih
coverage pada kulit, korang boleh tambah foundation pula lepas sapu CC Cream ni
sebagai makeup tambahan. Sebab, CC Cream ni boleh jadi Makeup Base atau Premier
untuk balance kan tona kulit dan menjadikan makeup lebih tahan lama. Bila
korang berpeluh atau kulit korang berminyak pada waktu tengahari pun, kulit
korang tetap nice dan lawa je hehe. Tak percaya jom tengok test kat bawah ni
pulak :)
Kalau korang buat keje rumah atau bertugas di luar rumah, kulit akan berminyak kan? Tapi kalau korang apply Hansaegee CC Cream ni, kulit berminyak takkan bercapuk. Kulit berminyak akan menyebabkan muka berkilat, kesannya korang akan kurang yakin nak jumpa orang.
Lepas beberapa jam korang guna CC Cream ni, kalau korang re-apply lagi CC Cream semula, kulit korang akan lagi nampak glowing nanti. Confirm korang lagi nampak berkeyakinan. Cubalah :)
Maklumat Lanjut:
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Best cc cream ni pakai seharian muka tak bercapuk langsung
ReplyDelete