Monday, January 26, 2026

Berbuka Rasa Balik Kampung di Klana Beach Resort – Senja Seri Warisan 2026


Berpeluang hadir ke previu Bufet Ramadan 2026 di Klana Beach Resort Port Dickson, honestly rasa macam balik kampung versi mewah sikit 😄 Bertemakan “Senja Seri Warisan”, konsep dia memang kena dengan jiwa ~ tenang, nostalgik dan penuh rasa warisan.




Sejak melangkah masuk, vibe dia terus lain macam. Bau rempah, suasana mesra, dan susunan gerai yang kemas buatkan pengalaman berbuka rasa lebih istimewa. Fokus utama bufet tahun ni jelas pada keaslian resipi klasik, dan itu memang dapat dirasai dalam setiap hidangan.


✨ Menu yang paling mencuri tumpuan (dan wajib ulang!)

Sudah semestinya Kibas Golek ~ signature tahunan yang memang popular di Port Dickson. Daging dia lembut, perapan meresap, dan bila makan panas-panas… memang padu.








Sup kibas pun ada, memang 2 menu ni jadi kegemaran kami sekeluarga.








Selain tu, saya sangat teruja dengan stall “Warisan Tanah Beradat” yang mengetengahkan masakan Negeri Sembilan. Antara yang sempat saya cuba:





  • Rendang Minang Ayam Tua & Maman – rasa lemak dan pedas seimbang



  • Rendang Kepayo (Rendang Betik) – unik dan jarang jumpa


  • Sambal Daun Kayu Tempoyak – untuk yang berani & suka rasa asli


  • Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam & Ikan Bilis – simple tapi sedap


Menariknya, ada juga 4 menu putaran harian seperti Rendang Tok, Daging Kerutup, Ayam Opor dan Ayam Ungkep. Maksudnya, datang hari lain pun tetap ada benda baru untuk dicuba.





🍽️ Stall live & pencuci mulut klasik

Antara stall kegemaran:


  • Somtam
  • Roti Jala Serawa
  • Pulut Mangga
  • Popia Basah
  • Keropok Lekor Picit (ni memang cepat licin!)




Pencuci mulut pula memang throwback zaman dulu ~ Nekbat, Puding Diraja, Butir Nangka semua ada. Manis dia tak keterlaluan, ngam untuk lepas berbuka.




👧🧒 Mesra keluarga

Satu benda yang saya suka, Kids Stall disediakan khas. Anak-anak boleh fokus dengan menu kegemaran mereka seperti Makaroni Bakar, Nugget Ayam dan aneka jajan, jadi parents boleh makan dengan lebih tenang. Aiskrim pun tak dilupakan.












📅 Info Ringkas Bufet Ramadan 2026

🗓 3–28 Ramadan 1447H

📆 21 Februari – 18 Mac 2026

📍 Klana Beach Resort Port Dickson

💰 Harga Early Bird: RM60 (Dewasa sahaja – tersedia sekarang!)

(Harga normal bermula 21 Februari 2026 – akan diumumkan)






Secara keseluruhan, “Senja Seri Warisan” bukan sekadar bufet Ramadan biasa. Ia satu pengalaman ~ tentang rasa, kenangan dan kebersamaan. Sangat sesuai untuk berbuka bersama keluarga besar, rakan-rakan atau majlis korporat yang mahukan suasana hangat dan klasik.










Kalau anda rindu masakan warisan yang dimasak dengan jiwa, bufet ni memang patut masuk dalam senarai.




Saya Cuba Pakej Istimewa Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson 🌙



Ramadan tahun ini saya nak cari suasana yang lebih tenang ~ bukan sekadar berbuka, tapi betul-betul rasa rehat dan damai. Jadi bila nampak Pakej Istimewa Ramadan 2026 di Klana Beach Resort Port Dickson, terus rasa macam eh ini menarik.


Pakej ni ditawarkan dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026, dan ada beberapa pilihan ikut keperluan kita.




🏨 Check-in, Rehat & Terus Berbuka












Saya pilih pakej Penginapan, Berbuka Puasa & Sahur (RM168+ per pax). Masuk bilik je terus rasa selesa ~ ringkas tapi kemas, sesuai untuk betul-betul berehat lepas seharian berpuasa.







Bila waktu berbuka, bufet Ramadan dia memang memudahkan. Tak perlu keluar cari makan, semuanya dah tersedia. Lepas berbuka, boleh solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah sebab surau memang disediakan. Ini antara part yang saya paling suka ~ rasa Ramadan tu betul-betul “hidup”.





🌅 Sahur Tanpa Kelam-Kabut


Sahur pun senang. Tak perlu bangun awal nak keluar rumah atau cari kedai. Makanan dah siap, jadi boleh sahur dengan tenang sebelum sambung rehat. Pagi esoknya, bangun dengan suasana resort yang tenang memang lain macam.





















Kalau yang nak lebih ringkas, sebenarnya ada juga Pakej Penginapan & Sahur (RM120+ per pax) ~ sesuai untuk yang nak jimat tapi tetap selesa.




🧑‍💼 Sesuai Juga Untuk Program Berkumpulan


Saya perasan Klana Beach Resort ni bukan setakat sesuai untuk keluarga atau pasangan, tapi juga untuk program syarikat atau organisasi. Mereka ada Pakej Seminar Ramadan lengkap dengan bilik mesyuarat, dewan seminar, bufet Ramadan, kudapan malam dan sahur.


Harga pun berpatutan:


  • RM178+ per pax (bilik individu)
  • RM148+ per pax (bilik berkongsi 2 orang)


Memang praktikal kalau nak buat team bonding atau program Ramadan tanpa perlu pening uruskan banyak benda.







🤍 Kesimpulan Saya



Kalau anda nak Ramadan yang lebih tersusun, tenang dan selesa, pakej ni memang patut dipertimbangkan. Semua dah disediakan ~ penginapan, makan, dan kemudahan ibadah. Kita cuma datang, rehat dan fokus pada Ramadan.


📞 Tempahan bilik: 06-648 7888

📞 Pakej seminar:

Alin – 016-661 9030

Mike – 016-661 9050



No comments: