Thursday, March 10, 2022

Shopping Keperluan Sekolah Anak di Pusat Pakaian Hari-Hari

March 10, 2022 0 Comments

Diam tak diam tinggal 11 hari je lagi nak buka sekolah. Mama dan ayah buat persiapan last minute juga untuk sesi persekolahan 2022 ni. Bukan ape, takut dah beli awal-awal sekolah tak buka lagi.


Dua minggu lepas kami sempat shopping kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Tahun sebelum ni pun sama, suka shopping sini sebab One Stop Centre semuanya ada. 


Aleesya tahun 2022 ni dah masuk Tingkatan 1. Fuhh kejap je dia dah besar, mama rasa macam baru je dia masuk darjah 5 tengok2 dah Form 1, OMG. Cepat betul masa berlalu semenjak ada Covid ni, tup-tup dah masuk 2022.



One Stop Centre Kelengkapan Sekolah Di Hari-Hari


Okay, jadi kali ni mama highlight lebih sikit kelengkapan Aleesya la. Sebab baju dia pun bertukar dah. Tiber, jadi touching plak tengok anak dah meningkat remaja ni. Mak-mak biasa la, pasal anak cepat touching :) 



Lai lai, Mari shopping kat Pusat Pakaian Hari-hari
Jom tengok ape yang ada sini



.

.

.



Masuk je Hari-hari di sambut mesra dengan staf yang peramah. Terus bagitau staf tu nak cari baju sekolah Menengah. Excited jugak nak tengok Aleesya mencuba seragam sekolah baru










Budak ni jangan di suruh try baju baru, memang dia posing macam nak photoshoot raya gayanya. Mama layankan je la ;) 






Aleesya pilih Brand Jony & Jeny, brand favourite dia. Dia suka jenis kain licin, senang gosok. Disebabkan tugas dia menggosok baju sekolah adik2 dia sekali, jadi Aleesya pilih kain jenis anti kedut dan mudah iron. Cepat, pastu bila pakai terletak herlokkk je kat badan. Nampak kemas dan selesa. 






Susun atur baju sekolah kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni sangatlah kemas. Walaupun staf Hari-Hari sangatlah friendly dan rajin carikan size baju, tapi sempat jugak Aleesya belek-belek baju untuk adik-adiknya.


Ni kalau anak korang pakai baju selain baju warna putih, ada je pilihan baju warna lain



Vest pengawas pun ada dijual di sini



Kemas dan teratur



Staf ambilkan baju kurung sekolah Aleesya




Aleesya nak 2 pasang baju kurung je dulu buat permulaan sekolah menengah nanti. Maklumlah, di zaman covid ni apa-apa boleh jadi. Baik beli secara berhemah. Lagipun harga baju di sini agak berpatutan. Bukan saja berkualiti tapi memang berbaloi.




Cari size yang sesuai pun senang sebab tersusun




Baju sukan pun ada. Malas nak try dah la tu, ukur depan cermin je





Anak tudung kena beli lebih sikit sebab boleh tukar hari-hari







Innerwear pun ada. Senang kalau anak berpeluh, baju tak basah




Tracksuit pun beli jugak sorang sehelai untuk aktiviti sukan





Pilihan kasut sekolah







Baju sekolah Iqy dan Nafis mama belikan sorang sepasang je sebab tahun lepas banyak PDPR, jadi baju diorang masih baru lagi sebab jarang pakai. Sayang pula kan. Pilihan pakaian sekolah rendah pun tak kurang banyaknya. Pilihan mama mestilah jenama Jony & Jeny. Mudah gosok dan kemas.









Baju Melayu dan kain sampin sekolah agama pun ada. Size yang sesuai memang banyak stock masa mama pegi haritu.




Songkok anak sekolah agama









Ni pulak bahagian stationery







Ada juga botol air 
Senang bawa bekal air, tak perlu share





Beg sekolah pun boleh tahan cantik semua design, Iqy dah rambang mata nak pilih






Cawangan Hari-Hari


Hari-Hari total ada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Banyak kan? Senarai cawangan korang boleh rujuk di: www.hari.com.my/locator.


Kalau size baju tak sesuai korang boleh membuat penukaran jika size terlalu besar/kecil dalam masa 7 hari. (Make sure the items belum cabut price & resit masih ada tau)



Ada Promosi di online store dan Shopee


Sekarang ada promosi tau!

Korang log in online store (www.ehari.com) ada BTS campaign: 10% discount for all school items which price RM10 & above.
*Tempoh BTS campaign : from now until 31 March 2022.
*Discount 10% only for ONLINE.


Shopee (name: harihari_)
- BTS campaign: 10% discount for all school items which price RM10 & above.
- 5% discount to NEW FOLLOWER (min purchase RM50)
- shocking sales (some items will have extra discount for limited time, please follow our Shopee and always check out our home pages!)
- FREE DELIVERY (purchasing RM15 & above)
*Free delivery voucher ni dari Shopee tau, jadi korang kena claim sendiri masa checkout kat Shopee nanti.
*Tempoh BTS campaign : from now until 31 March 2022.
*Discount 10% only for ONLINE.





Memang berbaloi beli kelengkapan sekolah anak-anak di Hari-Hari ni. Bukan saja mudah sebab semua ada di bawah satu bumbung, tapi harga berbaloi dan berkualiti.









 "Marilah pergi Hari-Hari!"