Saturday, December 23, 2017

Design bangunan unik dan misteri di Menara Mustapha Kamal

December 23, 2017 3 Comments
Pertama kali masuk ke dalam bangunan Menara Mustapha Kamal ni rasa macam seram2 gitu. Bila tengok ada pokok dalam parking lot tumbuh tinggi, bertingkek-tingkek terbayang cerita Jumanji.

Bila masuk lif pun sama juga, dengan pencahayaan yang agak suram, kemasan lantai bercorak batu bata memang nampak unik. Seolah-olah masuk ke dalam bangunan yang belum siap, terbengkalai dan usang. Tema yang ingin diketengahkan oleh Arkitek bangunan ini memang berjaya menggamit rasa ingin tahu kepada pengunjungnya.

Macam filem seram Korea kan?


Bila menjejakkan kaki ke dalam bangunan, nampak kehijauan pokok-pokok, amat menenangkan. Kiranya tema menghijaukan bumi 'green our earth' ada dalam ciri-ciri rekabentuk bangunan ni. Tak hairanlah kenapa Lisa Surihani dan Yusry memilih tempat ini dalam video perkahwinan mereka.


Ketenangan




Kemasan siling sengaja direka seolah-olah diplaster secara tidak sempurna


Saya sempat masuk ke dalam tandas wanita, tapi tak pula ambil gambar. Pencahayaan yang suram sekali lagi menyebabkan saya seram bercampur kagum. Rekaan sinki seolah kolam mandi kecil, mengimbas kembali nostalgia tandas di kampung. Ditambah pula apabila berpaling ke belakang...ada cermin besar, memang masa tu nak berpaling ke belakang pun fikir 2-3 kali jugak la :O 


Bahagian ni pun menarik juga. Meja dari kayu, sofa dawai dan buaian, unik! 



Berseni kan gambar ni?
Siap berlumut lagi. 


Arkitek sangat kreatif dan berani dalam menghasilkan rekaan bangunan yang hanya nampak seperti batu bata. Nampak tidak menarik pada awalnya tetapi berjaya membuat hati pengunjung ingin menerokai dan mengunjungi lagi tempat ini. Superb, mysterious and unique design! 

Wednesday, December 13, 2017

Kalau dapat ku undur masa...

December 13, 2017 3 Comments
Harini melayan karenah anak2, sambil tu tunjuk kat Aleesya blog dia ni. Mengekek gelak tengok gambar sendiri masa baby2. Siap pesan, "nanti dah besar, dah ada handphone sendiri boleh la baca blog mama".

Rasanya dekat 7 tahun dah usia blog, tapi momentum menghapdate blog merudum sejak sambung study. Time tu jugak mama preggy anak no. 3 a.k.a Nafis.

Seketul Nafis

Kalau dapat ku undur masa...memang mama akan update semua cerita anak2 mama dari baby sampai sekarang. Tapi nak buat macamana, masa tu keje banyakkk giler. Dengan part time study lagi memang boleh guna tagline 'the struggle is real' lah masa tu.

Besarkan anak memang bukan kerja mudah. Kalau full time duduk rumah mungkin agak teratur hidup tu. Tu yang salute dengan blogger Ben Ashaari yang berblog dan sambil tu asuh anak sendiri. Memang mencabar jaga anak kalau lebih dari seorang ni *sambil lap peluh kat dahi* fuhh...tabik spring.

Tapi mak selalu pesan, anak2 ni kecik2 memang menyusahkan kita. Mana tau bila besar nanti dia menyenangkan kita. InsyaAllah, doa ibu tu makbul.

Pagi yang indah belum tentu tenang

December 13, 2017 1 Comments
Morninggg...

Pagi-pagi ni masih fresh lagi elok la update blog dulu. Maklumlah, petang-petang nanti dah lemau dengan segala macam costing nak kena buat. Kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja, mana lah tau kot-kot lagi tenang. Tapi...apakan daya.


Monday, December 11, 2017

Comeback setelah sekian lama

December 11, 2017 1 Comments
Good morninggg...

Harini tiba-tiba tergerak hati nak aktif balik dalam dunia blogging. Setelah sekian lama busy dengan part time study dan kerja yang tak pernah nak abes.

Maklumlah...dulu anak sorang, sekarang bertiga. Dulu Aleesya je, memang kisah dia since baby sampai 3 tahun di abadikan dalam blog ni. Tapi masih belum terlambat untuk adik-adik dia juga kan.


Monday, March 20, 2017

Yong Tau Foo TOTD *Tapau of the day*

March 20, 2017 0 Comments
Yong tau foo best in town alkisahnya TOTD harini. Aleesya pun suka makan ni. Apa mama suka makan dia pun suka. Adik2 dia lain pulak, dorang suka kuih muih kampung, nasik2. Selera atok2 gitu la. Harini memang gantung kuali, dapur tak berasap. Time rajin jarang2 datang, ditambah kebizian sehari2 memang mood ke laut.



Tak tau kenapa mood berblog datang balik setelah 3 tahun blog bersawang. Rasanya blog tu sebaya umur Aleesya sebab dulu mama blogkan milestone tumbesaran dia dari baby. Sekarang dia dah ada 2 orang adik lelaki pun. Bukan saja2 berhenti berblog. Kerja, part time study ditambah preggykan Nafis waktu tu...memang 24 jam sehari tak cukup rasanya.

Memang susah nak mulakan semula apa yang kita telah lama tinggalkan. Tapi ianya lebih baik dari terus berkubur selamanya.

Instagram: @mamaleesyamiro

Saturday, March 18, 2017

The Last Lecture

March 18, 2017 0 Comments
Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Mendobi

March 18, 2017 0 Comments


Bila musim hujan, mendobi la citer dia. Memang laku keras kedai2 dobi seantero Kolumpo time2 ni.  Peh terlintas plak mama nak bukak kedai dobi bila memikirkan huntong banyakkk. Kehkeh sah mata $$$. Okay abaikan.

Budak2 sila diam dok setempat, mak nak relaks kejap sambil tunggu kain 2 bakul kering. Tetiba terberangan kalau lah ada mesin lipat kain.

Instagram: @mamaleesyamiro

Sotong telur masin, muslim chinese cuisine

March 18, 2017 0 Comments

Tengah melayan perasaan terbayang sotong telur masin ni tetiba budak melalak la pulekkk. Terus lupa kesedapan rasa sotong meletup2 dalam mulut dengan kerangupan tempura berperisa telur masin.

Dah jadi Mama gini laa nakkk. Mana boleh nak berinsta dengan aman damai ala2 dok tepi pantai. Tengah scroll2 tetiba kena cepuk dengan anak. Tapi kalau dorang takde mak pulak naik bosan.

Ehh dah lari topik. Haritu dah try buat sendiri salted sotong ni. Rasanya sama tapi tak rangup, kenyal2 je. Kesimpulannya tak kena citarasa lah. Last2 makan kat kedai jugak kekdahnya.

Nak try ni? Waze Mastercook Muslim Chinese Cuisine

Instagram: @mamaleesyamiro

Gulai ikan senangin campur bendi. Yummylicious

March 18, 2017 0 Comments
Sekarang ni semua meal bertema meraikan musim hujan. Ehhh apa kena mengena gulai ikan senangin dengan musim hujan? Hentam aje la labu.



Semalam baru berangan nak makan gulai, harini dah termakbul. Alhamdulillah...rezeki Allah bagi. Terlintas je nak makan itu makan ini, esok lusa dapat makan. Cuba dok kat Somalia tengok, dapat ke? Syukur.

Instagram: @mamaleesyamiro

Resepi legend

March 18, 2017 0 Comments
Sotong dalam tin ni memang nostalgia. Dulu arwah abah suka masak ni. Tapi dulu belum ada cap ayam ni, cap Rex je ada. Time hujan makan dengan nasik panas2...kompom baby cacing dalam perot terus ceria kehkeh.


Resepi senang banget main campak2 je. Tumis bawang, halia, cili kering, air asam jawa, tomato dan sotong dlm tin. Nak lagi pedas berasap letak cili padi banyak bagi kaw2. Barulah resepi omak den haa. Katanya masterchef at home kehkeh. Kombinasi kuah masam, masin, pedas memang sesuai sangat makan time demam.

Tapiiii...bila tengok harga setin sampai dekat doblas hengget, ermm kensel terus nak beli. Baik beli sotong kat chow kit jee. Oh Malaysia ku terchenta.

Instagram: @mamaleesyamiro

Sunday, March 5, 2017

Syurga yang tak dirindukan

March 05, 2017 0 Comments

Movie
Best jugak cerita ni. Kisah poligami. Mata taknak lelap pulak.

"Sedih dan bahagia hanya milik Allah yang dititipkan untuk kita...". Petikan dialog Syurga Yang Tak Dirindukan.

Kawan mama dah tengok yang Part 2. Dia cakap best. Nak tengok jugak bila ada masa nanti. Tak tau la bila nak free, bizi yang amat.




Monday, February 27, 2017

Belajar kecewa itu penting

February 27, 2017 0 Comments
Kita takkan pernah tahu apa yang berlaku hari esok. Kita takkan pernah mengerti kenapa hari ini kita terpaksa lalui dengan penuh ranjau onak berduri.

Kerana...Allah tau, kita mampu. Mampu melaluinya dengan cekal. Mampu berdiri semula sesudah jatuh tersungkur.

Kita...kita insan yang dipilih bukan terpilih. Untuk menjadi yang terbaik perlu ujian, untuk dapat yang terbaik perlu menempuh rintangan. Kerana...belajar kecewa itu penting.

Selamat malam