Dunia sekarang semakin mencabar, kena berusaha lebih, tetapi bagi jejaka masa itu adalah emas. Mereka perlukan produk yang memudahkan dan menjimatkan masa. Lelaki memang tidak suka produk yang merumitkan, kalau boleh mereka mahukan semua formula di dalam 1 botol. Terdapat pelbagai produk pilihan di pasaran sekarang, menambah lagi kekeliruan dan kesukaran si jejaka untuk memilih. Tapi jangan risau! Dashing kini mengeluarkan produk Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan baru. Sesuai untuk lelaki yang sentiasa sibuk dan mementingkan masa tetapi tidak melupakan penjagaan harian muka dan badan. Mandian ini memang diformulasikan khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! Lebih memudahkan rutin dan urusan harian si jejaka.
Para jejaka tentu mahu mengekalkan kebersihan, kerapian supaya tampil berkeyakinan dan berbau harum. Amalan penjagaan rutin kebersihan muka dan badan kini lebih mudah. Produk terbaru dari Dashing ini memang terbaik kerana ianya dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Selain daripada itu, Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini memberikan kebersihan menyeluruh serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Jadi jangan risau untuk mencubanya.
Lelaki zaman moden memang mementingkan penjagaan diri. Lebih-lebih lagi faktor pekerjaan juga memerlukan mereka sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Untuk menghadapi hari yang mencabar, membersihkan muka dan badan akan dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak berlebihan di wajah. Akibat daripada pencemaran kelembapan dan habuk, pembersihan wajah dan badan dapat dilakukan untuk menyingkirkan semua kotoran yang melekat di wajah dan badan.
Dashing kini melancarkan produk yang paling sesuai untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih berkesan iaitu buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini hadir dalam pek pam bersaiz 700 gram. Ianya Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active,
Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran
serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.
COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang
berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi
kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan
daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan
wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai
nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool
dan maskulin.
ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini
adalah gabungan nuansa Fougére dengan
Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk
memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin
yang luar biasa.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara.
Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan
modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan
dengan kesegaran Cardamom serta
disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
Variasi Cool
dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali
ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta
memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi
penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar
lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan
segar.
Suami telah mencuba Variasi Cool buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan dan menggemari bauan segar dan bersih. Kulit muka terasa lembap, lembut, bersih dan tidak mengalami sebarang iritasi terhadap wajah. Formulasi 2 dalam 1 di dalam 1 botol memudahkan dan tidak memerlukan banyak masa untuk memastikan wajah dan badan dirapi.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan
minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak
berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu
kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan
kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan
menyegarkan.
Suami menggemari variasi Ultimate Kick ini kerana bauan lemon yang menyegarkan. Suami memang menyukai bauan segar dan bersih. Pengalaman menggunakan buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini menjadikan suami ingin mencuba 2 lagi variasi baru iaitu variasi Active dan Hattrick.
Buih mandian DASHING 2
in 1 Muka & Badan
boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai
harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2
dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.