Friday, May 11, 2018

Say NO to Cyber Bullies

Media sosial adalah tempat kita berkongsi pendapat, gambar, aktiviti, ilmu, idea dan sebagainya. Malangnya, di zaman serba moden ini, media sosial telah disalahgunakan. Masing-masing berlumba-lumba menjadi 'keyboard warrior' hingga tanpa kita sedari, tindakan itu telah melukakan hati seseorang malah ramai orang.




Tindakan yang kita rasakan tiada kesan, sebenarnya membuatkan individu yang terbabit tertekan, hilang semangat, rasa dibenci, malu dan sedih.





Apa yang kita dapat? Adakah dengan 'cyber bully' ini, kepuasan bermedia sosial diperolehi? Pernahkah kita terfikir, jika kita sendiri di tempat mangsa yang dicemuh, dihina, difitnah, diejek, diugut dan sebagainya?





Kita tidak berhak menghukum apatah lagi mencemuh tanpa mengetahui kebenarannya. Walau ianya benar sekali pun, tidak ada moralnya bagi kita untuk mempersoalkan. Kadangkala, tak semua persoalan perlu ada jawapan. Kita hormati orang, maka sebaliknya juga yang kita dapat.

Ingat pesanan orang tua-tua: "Ingat baik orang pada kita, jangan ingat baik kita pada orang. Ingat jahat kita pada orang, jangan ingat jahat orang pada kita".




Sikap segelintir cyber bully, yang gembira melihat orang bersedih, ketawa di saat orang lain jatuh dan menangis ini tidak patut diikuti.




Golongan artis biasanya menerima tempias yang paling banyak. Terdapat golongan 'haters' yang bertindak menghentam tidak kira apa jenis gambar atau status yang dimuatnaik oleh artis tersebut. Semua yang dilakukan serba tak kena, buat baik pun salah...buat jahat apatah lagi. Tempiasnya bukan hanya artis sahaja, tapi kaum keluarga juga.



Kita...telah dewasa untuk menilai. Kita...telah matang untuk bersikap rasional.


SEBAR FAKTA, BUKAN DUSTA.
Tak pasti jangan kongsi.





Utk video penuh 'Joe Flizzow - Bersamamu feat. Ila Damiaa', sila ke http:/v/lnk.to/Bersamamu




Katakan TIDAK pada Cyber Bullies!

2 comments:

YB Shehan said...

ramai sgt bawang2 tak bertauliah ni.. haish..

Mamaleesya said...

itu la tuuu...tapi kesian bawang la, terus viral Heheh