Pemeriksaan Mata Professional di Optom Eyecare Bangi
ayeesha anna
November 01, 2021
0 Comments
Harini mama nak share kisah mama dengan papa pegi check mata di Optom Eyecare di Bangi tempohari. Baru sempat nak menulis sebab kebizian dengan kerja dan menguruskan 4 kiddos yang super duper lasak. Biasa la, anak boboy ramai memang adventure sikit dan supermom sentiasa bertukar jadi tarzan, ekeke itu perkara biasa :)
Okay, berbalik kepada topik asal iaitu pegi check mata papa. Seawal pukul 10 pagi kitorang dah keluar rumah. Firstly, mesti pegi sarapan dulu kat mamak, nanti perut dah berdendang semua serba tak kena. Lepas sarapan baru kami bertolak ke destinasi yang dituju.
Lokasi Optom Eyecare
Optom Eyecare ni kat Bangi je, tak jauh mana pun. Korang waze je Optom Eyecare Bangi nanti sampai la. Memang senang je jalan ke sana. Korang tau kan dulu ada Butik Fareeda? Haa area situ la. Ada cawangan di Kedah juga tau, jadi orang-orang Kedah boleh la pegi check mata kat sini. Tapi jangan risau kalau korang jauh boleh je beli spec kat Optom ni, guna online je kat sini.
Sementara menunggu sempat melihat sekitar Optom Eyecare yang tersusun dan kemas |
Santai nampak :) |
Sampai di Optom, kami disambut mesra oleh Puan Amirah yang merupakan pakar mata juga di Optom Eyecare. Dia menjemput kami duduk dan minta cermin mata yang dipakai oleh papa untuk diperiksa sambil bertanyakan power kanta yang digunakan sekarang.
Suasana di Optom Eyecare amat mendamaikan dan dihiasi dengan banyak lukisan yang menarik dan mempunyai maksud tersendiri. Mama juga sempat melihat lukisan dan sijil yang digantung di dinding kedai ini sementara menunggu papa dipanggil masuk untuk permeriksaan mata oleh pakar optometry mereka.
Sijil-sijil optometry |
Drawing berbentuk bebola mata yang menjadi minat owner Optom Bangi (En. Farid) |
Owner Optom Eyecare ini bukan sahaja pakar mata, tetapi juga meminati art. Jadi kebanyakan lukisan ini adalah hasil idea owner sendiri iaitu En. Farid.
Pemeriksaan Mata Menyeluruh di Optom Eyecare : Pakar Cermin Mata
Optom Eyecare ni bukan kedai cermin mata biasa yang selalu kita pergi tu tau. Kalau di kedai cermin mata biasa, hanya power kanta cermin mata dan silau sahaja yang mereka beritahu sebelum menempah cermin mata. Tapi di Optom Eyecare pemeriksaan klinikal secara menyeluruh dibuat oleh optometry professional yang mempunyai kepakaran dalam kesihatan mata. Ianya bukan sekadar memeriksa power cermin mata sahaja. Kita akan mengetahui lebih mendalam mengenai tahap kesihatan mata kita, samada dapat mengesan penglihatan binokular dan sebagainya.
Biasanya kedai cermin mata biasa tidak perlu ada optometris pun tetapi mereka hanya menggunakan optician sahaja. Optician hanya boleh check rabun dan silau sahaja. Berbeza dengan optometris, mereka akan mencadangkan power cermin mata mengikut kesesuaian kesihatan mata dan juga keperluan kita. Sekiranya mata dikhuatiri mempunyai masalah, optometris boleh keluarkan 'Refer Letter' ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Jadi sangat penting untuk kita buat pemeriksaan mata setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan mata supaya dapat mengelakkan kerosakan mata lebih teruk.
Tugas optometris adalah:
- Membuat pemeriksaan klinikal secara details pada mata
- Memeriksa sekiranya terdapat masalah pada mata
- Merawat dengan memilih cermin mata mengikut keperluan mata
Step by Step : Pemeriksaan Mata
Di Optom Eyecare terdapat beberapa mesin/professional serta canggih yang digunakan untuk pemeriksaan mata. Ianya digunakan untuk memeriksa mata sehingga ke bahagian saraf mata. Jom kita tengok step by step cara pakar optometris mereka buat pemeriksaan mata:
Step 1 - Mesin Autorefractor
Step kedua menggunakan mesin Autorefractor. Mesin ini digunakan untuk memeriksa power dan silau pada mata. Setelah pemeriksaan dibuat power mata husband masih sama seperti sebelum ini dan tidak mempunyai masalah silau pada mata.
Mesin Autorefractor |
Step 2 - kanta
Sebelum tu husband kena pegang alat ni |
Mesin ni mama lupa pulak apa namanya |
Sessi ni sangat cepat |
Masa ni husband kena baca Alphabet di screen |
Ada huruf yang dapat dibaca dan ada yang kabur |
Mesin yang digunakan memang tak pernah jumpa di kedai cermin mata biasa |
Kanta-kanta yang mempunyai power tertentu |
Step 3 - Mesin Diagnostik
Mesin Diagnostik ini digunakan untuk periksa saraf mata bahagian hadapan. Kita akan dapat tau jika mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma yang mengakibatkan mata kita jadi buta.
Dari pemeriksaan ini optometris mendapati tidak ada kerosakan yang disebabkan oleh penyakit merbahaya tadi.
Pemeriksaan mata yang sangat teliti oleh optometris |
Mata hendaklah fokus kepada cahaya putih untuk mendapatkan result yang betul |
Optometris sangat pakar menggunakan mesin tersebut |
Tiada tanda-tanda ada penyakit merbahaya |
Step 4 - Mesin Slit Lamp
Mesin Slit Lamp digunakan untuk memeriksa saraf mata kita bahagian belakang pula. Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata. Mesin ini juga dapat memeriksa samaada kita mempunyai masalah katarak atau tidak. Biasanya keadaan mata yang sihat mempunyai salur darah yang cantik dan sebaliknya jika ada kerosakan mata, salur darah pecah.
Hasil dari pemeriksaan, husband tidak mempunyai masalah katarak dan hanya terdapat sedikit sahaja salur darah yang pecah.
Pemeriksaan terperinci |
Kusyuk dengar penerangan optometris |
|
Selesai sudah pemeriksaan klinikal secara menyeluruh.
Optom juga ada menjelaskan mereka akan mengeluarkan 'Refer Letter' sekiranya keadaan mata pelanggan menunjukkan sesuatu yang serius dan boleh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jadi kalau korang adalah masalah mata, dapat surat tu lebih mudah kan?
Speciality at Optom Eyecare (Bespoked Optom)
Di Optom Eyecare, korang boleh customised your own spectacles mengikut kehendak korang. Spec boleh direka dan diukur mengikut bentuk wajah. Selain tu, korang boleh letak jenama korang sendiri samada nak letak nama korang ke, nama pasangan korang ke atau nama sesiapa sahaja untuk korang jadikan hadiah. Boleh je customised bentuk, warna bingkai dan size mengikut pilihan korang. Biasanya wanita bertudung tak suka tudung jadi kembang bila pakai spec, jadi boleh customised supaya ikut bentuk muka korang.
Contoh frame bespoked Optom Boleh customised ikut pilihan sendiri |
Bingkai Frameless Pilihan Husband
Husband telah memilih bingkai frameles sebab dia memang penggemar rekaan yang simple. Lagipun bingkai frameless ni lebih ringan dan selesa.
En. Farid yang merupakan owner Optom Eyecare juga merupakan pakar dalam bidang optomery. Penjelasan menyeluruh mengenai jenis lense dan pilihan frame yang ada di Optom |
Tengah fikir nak frame yang mana satu |
Test kanta |
Pilihan bingkai frameless |
Try sat |
Akhirnya tetap pilihan dia bingkai frameless |
Puan Amirah yang juga merupakan optometris di Optom sedang mengambil details |
Kotak ekslusif dan kemas |
Cantik sangat |
Memang puas hati dengan hasilnya |
Optom Eyecare memang terbaik |
Maklumat Lanjut
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
BUKA SETIAP HARI
9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, korang boleh juga hubungi mereka melalui
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi
Selain kat Bangi, korang yang duduk kat Kedah boleh juga berkunjung ke cawangan Optom Eyecare Kedah.
No 17-GF,
Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel: 011-10641167