Wednesday, August 5, 2020

Pregnancy Journey: Tips Bersalin Tenang - Barang Keperluan Ibu Ke Hospital

August 05, 2020 2 Comments
Bakal ibu mesti nak bersalin secara tenang dan betul-betul bersedia kan? Apa yang mama kongsikan kali ini adalah atas pengalaman mama sendiri yang pernah bersalin baby pramatang iaitu 34 minggu. Masa tu, barang yang ada hanyalah beg baby sahaja, sedangkan barang-barang keperluan mama satu pun tak kemas lagi. Ye lah, sebab baru 34 minggu, ingatkan ada masa lagi. Tak boleh macam tu sebenarnya, start kandungan berusia 7 bulan dah kena sediakan beg baby, beg mama dan keperluan lain.

Masa mengandungkan Aleesya dulu...disebabkan air ketuban pecah awal, berbekalkan buku pink sahaja mama dan ayah pegi hospital. Lastly, kena tahan wad. Sape sangka rupanya baby yang ditunggu-tunggu dah nak keluar awal. Kelam kabut lah si ayah balik rumah packing barang mama. Ada yang tak cukup dia sendiri pegi tanya nurse dan beli kat pasaraya berdekatan hospital. Bila ibu-ibu dah nak bersalin, barang-barang tu semua suami yang uruskan. Jadi semasa kemas beg, eloklah bagitau pada suami kat mana kita simpan barang-barang tu supaya senang suami nak cari.

Jadi, walaupun kita rasa beg mama dan baby tu bukanlah perkara terpenting, tapi barang-barang tersebut menjadikan kita lebih tenang bila nak bersalin kalau dah disiapkan awal-awal. Ibu pun boleh fokus untuk melahirkan sahaja dan tak rasa kelam kabut sehingga waktu melahirkan tiba.

Apa yang mama bawa ke hospital?

Haritu mama dah share barang keperluan baby untuk digunakan di hospital di sini. Entri kali ni mama nak kongsikan pula barang apa yang ibu perlu bawa untuk kegunaan ibu di hospital.

1. Tuala mandi dan tuala lap muka
2. Maternity pad (Mama guna Pureen)
3. Kain batik
4. Selipar
5. Toiletries
6. Minyak angin
7. Minyak urut
8. Surah Yassin
9. Stoking
10. Baju sejuk
11. Disposable panties (Lunavie)
12. Disposable breast pad
13. Sepasang baju untuk pakai masa balik
14. Tudung lycra 2 helai
15. Flask air
16. Cawan, mangkuk, sudu, tupperware
17. Biskut, milo 3 in 1, roti
18. Buku pink dan kad pengenalan (Paling penting!)


Lain-lain kalau terlupa tulis, korang boleh tambah ikut keperluan korang ye :)



3 beg semuanya termasuk bag baby. Gambar ni masa tunggu bilik, punya la lama dari siang membawa ke malam



Dalam perjalanan nak bawa ke wad, masing-masing dah penat

Okay semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang tengah sarat dan tengah buat persediaan bersalin tu ye. Jangan risau, chill2 je. InsyaAllah selamat ibu dan anak.



P/S: Entry ni dah ditulis sebelum bersalin lagi, tapi terlupa publish. Sampai Hayder dah keluar baru teringat nak publish hehehe