Tema Baju Raya Apa Tahun 2022? Jom Cari Di Pusat Pakaian Hari-Hari
ayeesha anna
April 25, 2022
0 Comments
Assalamualaikum semua,
Colour mustard ni lawa gak. Tapi size baju si abang pulak nan hado. Laku keras betul colour ni, awal-awal pegi shopping pun dah sold out. Bukan senang ye nak decide warna apa nak pakai untuk hari raya sedondon ni. Sebab bila dah ada kata sepakat nak colour apa, size pulak ada salah sorang yang takde, makanya kena tukar colour lain. Jom tengok colour lain pulak.
Lawa gak kan purple ni. Tapi sabar dulu, ada lagi colour lain yang nak try test.
Diam tak diam tinggal 7 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Biasanya kalau nak dekat raya, soalan femes amos adalah "Baju raya colour apa?", "tema apa tahun ni?", "baju raya dah beli ke belum?".
Mengimbau zaman kanak-kanak mama dulu, bila raya persiapan akan dibuat awal, sebab kebanyakan baju kurung atau kebaya mesti ditempah. Dulu murah je kalau tempah baju raya, tapi kalau sekarang ni mama rasa better beli baju ready-made dari tempah. Harga tempah sekarang kadang2 tak sesuai dengan harga kain, lagi mahal jadinya.
Mama lagi suka beli baju ready-made untuk anak-anak dan family. Boleh terus pakai, kalau terlonggar ke ape boleh je alter kan. Harga pun berpatutan, sesuai la dengan pemakaian baju tu yang tak sampai beberapa jam di hari raya. Maklumlah, budak-budak cepat rimas. Lepas ambil gambar raya diorang dah start cranky nak tukar baju t-shirt.
Pusat Pakaian Hari-Hari Gedung Pakaian Pilihan Ramai
Korang dah beli baju raya anak-anak ke belum tu? Minggu lepas mama dah pegi shopping baju anak, lamberttt hapdate sebab kebizian sangat lately. Mama pilih Pusat Pakaian Hari-Hari sebagai gedung pakaian pilihan ramai untuk beli baju raya. Mama suka beli kat Hari-Hari sebab banyak pilihan, harga berpatutan dan kain pun selesa pakai.
Kalau dulu beli pakaian seragam sekolah, kali ni beli baju raya pulak. Memang banyak pilihan di Hari-Hari, bukan setakat baju raya perempuan dan lelaki je, songkok, samping, dan baju kanak-kanak pun ada. Hari-Hari ni macam One Stop Centre la, sefamily boleh cari baju di sini. Tapayah pening-pening nak pegi banyak kedai. Sebab tu ramai yang shopping kat sini, selain tu harga berpatutan dan berbaloi-baloi kalau beli. Kalau yang ramai kiddos tu lagi berbaloi beli baju raya kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Dapatlah anak-anak semua berbaju baru di pagi raya, mesti diorang happy sangat. Ye la, zaman kita kanak-kanak dulu pun happy sangat kalau dapat pakai baju raya baru, inikan pula anak-anak kita kan? Biar diorang enjoy zaman kanak-kanak diorang berhari raya.
Baju sefamily ada di Hari-Hari |
Selain tu, kalau korang nak berinfaq di bulan Ramadan dan menghulurkan bantuan pakaian kepada yang memerlukan juga boleh cari kat Hari-Hari. Manalah tau ada saudara mara atau jiran yang memerlukan, boleh lah sama-sama kita bantu. Maklumlah, di zaman pandemik yang serba mencabar ni, harga barang naik mendadak, ada yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan secara tiba-tiba. Sedikit bantuan kita tentu buat mereka rasa gembira di hari raya. Beli di Hari-Hari banyak pilihan dan harga berpatutan, boleh beli banyak kalau nak derma di rumah anak yatim dan sebagainya.
Harga berpatutan, kurta kanak-kanak RM44.90 Kain cantik, selesa dan tak panas |
Shopping Baju Raya Anak Di Hari-Hari
Korang macamana? Dah buat persiapan raya ke untuk family? Kalau family ramai kiddos memang kena prepare awal-awal kan? Bukan apa, takut size abes lepas tu susah nak matchy-matchy sefamily. Nanti ada pulak sorang menangis tepi bucu katil sebab dia sorang je baju colour lain...haihh pening jugekk mak nak memujuk nanti hehehe.
Mama, Hayder dan Aleesya sempat ke Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Taman Permata cari baju raya. Letopsss baju raya Hari-Hari kali ni, memacam colour meriahh. Maklumlah 2 tahun tak beraya, haa sebut je nak kaler apa? Hijau emerald, merah ang-ang, kuning buat i pening, pepel violet, biru mendamaikan...semua adee di Hari-Hari, cuns kain pun berkualiti dan yang paling penting selesa.
Tema Baju Raya Tahun 2022
Sebelum ni mama pernah tanya anak-anak nak tema colour apa tahun ni? Aleesya nak BROWN, Iqy nak BLUE, Nafis macam biasa YELLOW, Hayder nak RED. Ok, apa tema pilihan kami untuk tahun 2022 ni? Jom kita tengok aktiviti kami bershopping raya di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Pilihan Pertama
Hayder nak red colour laa kakakk |
Warna emerald green ni cantik tapi labuh sangat seluarnya. Hayder taknak try, dia bizi nak ukur kedai huhu jenuh kakak dia main kejar-kejar. Aleesya pun minat jugak emerald green ni tapi mama nak cari colour lain sebab rambang mata tengok semua warna cantik-cantik.
Ingat senang nak shopping dengan budak kecik ni Kecoh Hari-Hari dibuatnya haha |
Pilihan Kedua
Pilihan kedua, mustard |
Colour mustard ni lawa gak. Tapi size baju si abang pulak nan hado. Laku keras betul colour ni, awal-awal pegi shopping pun dah sold out. Bukan senang ye nak decide warna apa nak pakai untuk hari raya sedondon ni. Sebab bila dah ada kata sepakat nak colour apa, size pulak ada salah sorang yang takde, makanya kena tukar colour lain. Jom tengok colour lain pulak.
Pilihan Ketiga
Pilihan ketiga Dusty Blue |
Warna ni cantik juga, tapi mama nak cari design lain sikit.
Pilihan Ke-empat
Pilihan ke-empat Purple Violet |
Lawa gak kan purple ni. Tapi sabar dulu, ada lagi colour lain yang nak try test.
Pilihan Ke-lima
Pilihan ke-lima Jade Blue |
Matchy-matchy ibu dan anak |
Ni pun matchy gak, baby boy dengan ibu |
Korang jangan risau, banyak pilihan warna kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Boleh je pilih colour tema lain kalau colour yang korang nak tu dah sold out. Sebab semua colour menarik, tertarik dan tetap vavavoom kalau korang pandai gayakan di hari raya nanti. Tak semestinya kena pakai baju mahal je korang akan nampak cantik, comel, segak bergaya...baju kat Hari-Hari ni pun boleh. Yang penting kena pandai mix and match dengan tudung, samping dan aksesori lain. Asalkan dapat berhari raya bersama family, senyuman korang tu pun dah buat baju tu jadi berseri-seri kan?
Ni pulak untuk peminat colour merah ang-ang |
Kurta untuk Papa pun ada |
Dark purple ni pun syantikkkk Design simple sesuai untuk anak gadis |
Nahh pilihan warna untuk kurta budak Memang confused nak pilih, semua colour menawan hati |
Ni pulak baju kurta sedondon untuk Papa |
Warna Tema Pilihan Kami?
Aleesya pun confused nak pilih, nah tengok sini.
Okay, apa pilihan warna baju raya yang kami pilih untuk hari raya nanti?
Kuning ke, biru ke, purple ke, hijau?
Tungguuu...
Korang boleh tengok bila dah raya nanti hehehe (jangan marah, puasa kena sabar hehe)
Ni masuk je dalam bakul dulu, tapi belum decide lagi colour apa |
Staf Hari-Hari yang tak jemu-jemu layan kami yang asyik tukar colour tema |
PROMOSI Hari Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari
Tiap kali musim perayaan, Pusat Pakaian Hari-Hari tak terlepas mengadakan Promosi untuk pelanggannya. Untuk raya kali ni, Hari-Hari ada bagi discount 10% untuk pemegang kad Watsons! Kalau korang ada kad Watsons, korang tunjuk kad masa nak buat pembayaran dan akan dapat less 10%. Lagi jimat kan :)
Selain tu ada jugak FREE GIFT dari Hari-Hari untuk korang yang membuat pembelian RM100 ke atas. Korang akan dapat PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 ke atas korang akan dapat PERCUMA beg woven Hari-Hari. Promosi ni bermula pada 9 April 2022 ini dan sementara stok masih ada tau!
Ada lagi!
Belum abess lagii hehe. Kalau korang beli secara online, korang pun akan dapat juga rebat 10%. Ni link Hari-Hari Online Store Hari-Hari kalau korang yang jauh di sana nak membeli: www.hari.com.my
Hari-Hari ada 90 cawangan tau di seluruh Malaysia. Korang boleh refer lokasi berdekatan dengan korang di www.hari.com.my/locator
Marilah Pergi Hari-Hari!
Okay korang, sampai jumpa lagi di next post. Raya, raya jugak, keselamatan anak-anak dan keluarga yang paling utama tau. Jaga SOP semasa hari raya nanti, salam kemaafan di Ramadan 23 dari mama dan keluarga.