Friday, August 26, 2011

Syioknye persiapan raya

August 26, 2011 2 Comments
Ramadhan semakin meninggalkan kita, Syawal makin hampir. Apa lagi topik terhangat time-time ni kan kalo bukan persiapan raye. Memang sangat besh kalo ada si budak kecik dalam family ni, semuanya nak dibeli untuk tuan puteri tunggal kami tu *sekarang je tunggal, tahun depan blom tau lagi*. Dari sebelum raya memang mama dah sopeng online sket-sket untuk diye. Sebenarnye beli untuk pakai pegi kenduri kawen, tapi sebabkan Aleesya badan kecik baju yang mama beli mama kena simpan sampai diye muat. Alhamdulillah raya ni dah muat dah baju tu. Semalam mama pegi lagi sesopeng kat Wangsa Walk, ape lagi yang dirembat selain baju-baju syomel. Hmmm...bila la mama nak tutup mata dari melihat baju syomel. Tunggu Aleesya dah besar la agaknye. Makanya, jumlah baju raya Aleesya sumenye 10 pasang. Sepasang baju kurung, sepasang kebaya, 5 dress, 2 spegeti + short pants, 1 top. Cukup untuk 2 minggu beraya sakan kat kampung. Maklumlah bebudak ni suke makan sampai comot-comot, sehari 3-4 baju mesti kena tukar.


Baju ayah diye mama belikan sehelai t-shirt dan sepasang baju melayu. Ayah Aleesya kata tak payah beli baju melayu sebab bukan pakai sangat, tapi disebabkan mama dah terbiasa belikan baju melayu untuk arwah abah tetiap tahun jadi memang akan pegi juga kat kedai baju melayu tu. Tengok kaler memang lawa-lawa, hijau pucuk pisang, biru muda, lilac, fink...suke sangat. Apa lagi ending cuci-cuci mata, dah tentulah terbeli jugak kan. Kebiasaan dah tu :)


Pastu belikan mak baju kurung, nak cari fink kaler sama macam mama takde size dan design tak berkenan. Last-last belikan pepel tapi ader munge-munge fink. Okey jugak tu kan, nanti pakai tudung fink. Tak tau la mak nak pakai ke tak kaler camtu *hehe asalkan baju dibelikan anak mesti mak suke kot*. Bila dah ada anak sendiri ni baru mama faham, kenapa laa mak mama dulu suke sangat beli baju raya kat mama banyak-banyak sedangkan mama taknak. Rupa-rupanya mama pun sama...suke tengok anak sendiri pakai baju syomel, suke dress up kan diye, suke pakaikan diye reben, cekak ngan segala macam aksesori gegel yang berenda-renda sakan tu. Memang ada anak gegel ni banyak sangat pilihan. Macamana tak terbeli walaupun kat rumah punye baju dah banyak belum campur lagi yang mama jual kat fesbuk tu. Haii anak oh anak, penangan kamu memang membuatkan mama eksaited nak raye. Terubat juga kesedihan tak dapat beraya dengan keluarga lengkap seperti beberapa tahun lalu. Ye benar, redha itu ubat terbaik untuk menangis. Semoga tahun ni mama tak menangis lagi mengingatkan arwah abah dan kakak.



Owh no! Pukul 12.30p.m oredi? Mama nak sambung sesopeng part ke berapa tak tau ngan BFF mama Linda. Just short hapdate without pixca. Tak sempat dah nak hapload, lambat ngat loading. Okeylah papai.


Photobucket

Wednesday, August 24, 2011

Rindu Yang Telah Pergi...

August 24, 2011 0 Comments
Rindu Yang Telah Pergi – Akim, Black & AG

Sekali lagi ku terdengar
Suara takbir
Rasa menyelubungi
Bila ku sendiri

Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya

Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang maha esa
Di pagi raya

Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu

Andai ku meniti sebuah
Cinta sejati
Aidilfitri jadi saksi
Tulus hati ini

Rindu yang telah pergi
Membawa satu memori
Menjadi satu coretan cinta

Di pagi syawal ini
Tertitis airmataku
Memandang potret wajah dirimu

Di pagi raya
Di pagi raya



Picture credited to Google

Al-Fatihah buat semua arwah dalam keluargaku





Mood raya, makanya skip kejap buat keje opis...bole?

August 24, 2011 4 Comments
Diam tak diam dah 24 hari kita berpuasa. Tinggal 5 hari je nak countdown ni. Macam biasalah, mood beraya melebihi bekerja ujung-ujung ni kan.


Okeh, entri kali ni walaupon masih dalam mood rayer, tapi tetap bercirikan keje juga. Mama hapdate sket pixcas sekitar AGM Koperasi Kontraktor Berhad dan Makan Malam Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia. Pertandingan golf, bowling berlangsung sesi pagi dan AGM PKMM berlangsung keesokan paginya *gambar takde dalam simpanan*. Mama masukkan sket je gambor kat sini, banyak nau gambor tak larat nak resize. Cerita-ceriti sekitar majlis pon mama dah lupa...



Fienas, Linda & mama
Urusetia bertugas

22|06|2011
Grand Mahkota Ballroom
Hotel Istana, Kuala Lumpur







Ketibaan Menteri Pertanian dan Asas Tani
Y.B Dato' Seri Noh Hj. Omar




Y.B Dato' Seri Noh Hj. Omar menandatangani Guest Book





Mesyuarat Agung Tahunan KKMMB bermula
Di bahagian depan sekali dari kiri Dato' Wira & sebelah kanan Dato' Mokhtar Samad
Di barisan belakang AJK Agung KKMMB





Bos-bos tengah meeting, urusetianya buat ape?



Let's the picture tell the story
^__^
So sweet fienas & Linda
Luv this picture very much *sori eh ai belogkan yu olz*




Yang tengah-tengah tu Wana *hot momma berlesung pipit dua belah, so cute*




Okeh selesai AGM KKMMB di petang hari


Malam pula ada dinner yang dianjurkan oleh
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia *PKMM*



Ketibaan tetamu kehormat
YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia




Ucapan aluan oleh Presiden PKMM
Dato' Mokhtar Samad




YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin memberikan ucapan




Fienas, Kak Ima & Kak Ida




Linda & mama






Si cantik manis





Barisan urusetia bertugas
Dari kiri Ita, Kak Ani, Fienas, Kak Ima & Kak Ida




Lagi barisan urusetia PKMM bertugas



Wif boss




Barisan AJK Agung PKMM bersama TPM





Cukuplah setakat ini dahulu. Jenuh buat entri ni sampai 2 hari baru siap hehe. Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari je lagi ni.




Photobucket

Monday, August 22, 2011

Familia moment always cherrish my day

August 22, 2011 8 Comments
Weekend haritu mama sebagai wifey dan mama menjalankan rutin seharian di siang hari sambil layan hindustan kat TV2. Perghh sebeban kain nak dilipat seminggu punye stok. Melipat CD pun buat slow motion je, hehe macam mama sorang je pose gayanye. Nasib baek Aleesya titon lama, free sket mama melipat kain.



Baru separuh je siap lipat
Ada satu setengah bakul lagi nak lipat CD + kain baju




Petang tu mama coti masak, we olz zas ke Nasi Ayam Gemas di Gombak lepas maghrib. Malas nak rushing berebut meja sume, pegi lepas maghrib banyak tempat kosong. Feeling macam balik kampung, teringat arwah abah suke sangat diye makan nasik ayam Gemas. First time we olz makan, arwah abah juga yang ajak...time tu baru je 3 hari berumahtangga. Sumenye tinggal kenangan...Tapi bila kat KL ni bukak dah cawangannye, teruja juga nak rasa. Mengingatkan kembali kenangan lalu.



Gambar stesen ketapi Gemas
Flashback balik time kecik-kecik dulu naik ketapi balik kampung




Nom shushu dulu sambil tunggu menu sampai





Baca menu





Nasi ayam Gemas


Mama bagi markah 7/10
Tak bole challenge lagi nasi ayam kat tempat asal dan cawangan Senawang
Cawangan Senawang memang sama bangat rasa dan presentationnya dengan yang kat Gemas


Siap mamam nasik ayam, we olz pegi Danau Kota
Yaa ammmpunnnn...raaaamaaainye umat
Jem okeh
We olz tak masuk pun Uptown, pegi MyMydin jez
Tak sanggup tengok ramai sangat orang, naik fenin




Buat sup kaki ayam pon besh ni




Keluar dari MyMydin sebab barang yang dicari nan ado.
We olz terus ke Taman Tasik Titiwangsa


Layan car racing malam-malam
Merempit jap
Remote car ajee




Zzzzzzz


Ni keesokan harinya
Time sahur


Hidangan sahur
Sup ayam + kentang, budu, sambal belacan goreng + ikan bilis, air tembikai
Seawal 3.30 pagi bangun masak untuk yang terchenta
Makan bersila aje, ala-ala kampung




Lunch hour dengan selambernye we olz masuk kepci
Sume chinese je ada dalam tu




Dapnyeee kepci
Mama dan ayah sila bersabar yea, maghrib ada 7 jam lagi




Sekian, laporan hujung minggu dari:
Photobucket

Saturday, August 20, 2011

Samsung Galaxy Tab vs Ipad2 vs BB Playbook

August 20, 2011 0 Comments
Sebelum ni kan mama pernah buat entri tentang ipad2 di sini. Tapi dalam tempoh yang agak lama mama buat research dulu. Mama search comparison antara :



Samsung Galaxy Tab vs Ipad2 refer sini.





Samsung Galaxy Tab vs Blackberry Playbook refer sini.





Mama nak gadget untuk apa?

Mama nak gadget yang AIO *all in one*, bole berbelog + fesbuk *internet connection*, SMS, MMS, videocall, calling-calling *kebetulan henpon mama rosak, orang call diye cakap sensorang*. Bukan sekadar tablet sahaja *tak larat nak usung banyak-banyak gadget* Aleesya je dah berat seguni beras *letih woo*.




Jawapan:

1. Kalo beli Ipad2: tak bole call, SMS sume, cuma bole online tenet je.


2. Kalo beli Blackberry Playbook: mama kena beli henpon Blackberry baru bole online sebab kene tethering ngan henpon. Lagi banyak kos di situ.


3. If mama beli Samsung Galaxy Tab 10.1 *new model*: besar sangat la pulak. Pastu tak bole buat call.





Dan...inilah hasilnya...




.

.

.

.

.




Samsung Galaxy Tab P1000 (Wifi + 3G)

Lain yang di skodeng, lain yang dirembat
^__^







Model ni dah setahun pun keluar baru mama dapat
Mama memang suka tunggu model tu lama sket di pasaran baru mama beli


Luv it!





Thursday, August 18, 2011

My future project: Owhh they are just about the cutest things I’ve ever seen

August 18, 2011 8 Comments
Future project mama ni akan berjalan after raya. Material dah order tunggu sampai dan masa terluang *kalo Aleesya tak berkepit dengan mama* untuk move on the project. Apa yang kevavom sangat projek baru tu?


Tengok ni, syomel kan?


Picture credited to sunshinesushee craft

Kiut kan HP casing ni, fink kaler lagi
I loikeee



Mama dah order dah kain felt, button syomel untuk memulakan projek baru ni. Mama nak belajar buat crafting ni dari blog juga. Senang je sekarang, ada lappy + tenet sume mende bole stadi situ. Dah ta payah pegi kelas-kelas lagi. Nak craft tentang jahit manik, jahit tudung, jahit baju sumenye ada. Mama tengah stadi lagi cara-cara nak jahit dan decorate kain felt tu. Mula-mula nak buat yang simple-simple je dulu. Lepas tu baru bole mengembangkan idea lagi. Macam-macam bole dibuat dari kain felt tu, keychain, brooch, pouch, pillow, bunga mini, teddy bear mini, toys, klip rambut....isyyhhh macam-macamlah. Sangat syomel. Heee geram tengok.




Picture credited to sunshinesushee craft

Sweet kan flower ni
Kalo buat sepit rambut Aleesya pun kiut ni



Abes stadi nanti mama akan publish hasil kerja mama yang pertama yea. Tungguu ;)



Photobucket

Wednesday, August 17, 2011

Saya seorang pendiam...tapi dengan blog saya banyak bercakap

August 17, 2011 13 Comments
Awal kejadian mama terjun ke dunia belog ni pun daripada saja suke-suke je. Suke baca belog kawan-kawan maya mama. Jatuh chenta pulak tengok tulisan-tulisan derang. Sangat kreatip. Letak gambar-gambar sume. Sememangnya sangat terhibur. Di saat-saat buhsan, cedey, stress...beloglah terapi. Zaman dah berubah, dulu time sekolah tulis diari. Sekarang dah zaman IT tulis diari lagi cuma bezanya boleh dikongsikan dengan ramai orang. Tapi taklah semua aktiviti mama dan familia mama tulis di sini. Kadang-kadang tu dah lama dah aktiviti tu, tapi time tu bizi tahap gaban makanya mama tulis kemudian. Atau cuma share pixcas menarik je.


Siyes, belog ni merupakan satu cabang seni yang mama minati. Time remaja suke baca dan tulis cerpen, sekarang ni tulisan mama berkisar dengan kisah sehari-hari je. Ini adalah realiti kehidupan kami, asam garam kehidupan kami. Tapi kisah-kisah tertentu yang tak sepatutnya di share, tidaklah ditulis di sini. Aktiviti juga tidaklah di hapdate masa tu juga sebab belum ada tablet pc lagi. InsyaAllah, next time di mana mama bersiaran di situlah mama berbelog. Semua itu kenangan dan rujukan sendiri di masa depan nanti.


Real mama adalah seorang yang pendiam...tapi dengan adanya belog mama memang banyak bercakap. Mama berkomunikasi dengan dunia maya mama melalui tulisan. Sekarang pun zaman dah berubah kan. Orang dah jarang nak call-call dah, abes kredit cepat. Sume main SMS ngan BBM je. Cepat dan tepat. Lepas tu main fesbuk, sume pun pakai taip juga. See, komunikasi lebih mudah kan sekarang. Ta payah telegram bagai lagi macam zaman dulukala. Tapi in case nak jugak cakap, bole videocall. Bole tengok masa tu jugak muka orang yang tershayang.


Teknologi sekarang ni terlalu canggih dan cepat pula tu. Harini beli netbook, esok lusa dah keluar tablet pc, smartphones dan sebagainya. Kad raya pun dah hampir pupus digantikan dengan kad digital di fesbuk. Macam-macam design ada siap bole letak gambar sendiri. Surat pun dicantas oleh emel dan belog. Tiada alasan lagi untuk sering keep in touch.


Dengan belog juga mama dapat raaamaaai kawan. Memang mama suke sangat berbual dengan derang ni. Malahan derang ni lebih memahami dan sporting. InsyaAllah kita akan jumpa nanti kalau ada gathering blogger pasti akan join. Dengan belog juga mama jumpa ex-opismate mama bila tengok header belog dia *eh macam kenal*. Dia pun dah jadi blogger otai dan selalu tersenarai di bahagian exchange link Ben Ashaari. Mama ni belogger baru je. Banyak lagi kena belajar.


Dari belog My Cutie Pie Story inilah banyak harapan dan impian untuk anak mama Aleesya. Takde seorang ibu pun di dunia ini inginkan anaknya tidak berjaya kan? Sudah pastinya inginkan yang terbaik untuk anaknya. Mama abadikan perkembangan tumbesaran Aleesya di sini. Bukan untuk show off yang mama sorang je ada anak, tetapi untuk tatapan mama, Aleesya, ayah Aleesya dan familia kami. Tapi dengan adanya belog ini mama dapat ramai kawan dari geng mama-mama...banyak tips dan parenting info dari derang.


Berbelog itu adalah untuk mereka yang suka pada art, kreativiti, kesabaran dan tak silap kalau mama cakap untuk orang yang suka membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Bila kawan blogger tulis entri, sure kita akan baca. Selain tu, jadi blogger ni bukanlah seindah yang disangka. Tak sume orang suke tulisan kita. Ada yang kata kita poyo, show off, benda simple pun nak cerita di belog, giler glemer dan macam-macam lagi lah. Tapi sume kerja yang kita lakukan pun ada cabaran kan. Mama suka sume cabaran tu. Berbelog merupakan kehidupan mama. Walaupun pernah privatekan belog atas sebab-sebab keselamatan, tapi kejap je. Sabtu Ahad privatekan belog, Isnin bukak balik. Tanpa belog hidup rasa sunyi.



Entri mama kalo takde pixcas buah hati pengarang jantung mama, mana nak complete kan? Layanzz.


Mama sayang kamu berdua sampai sorga
InsyaAllah bersamalah kita mencari kebahagian di dunia dan akhirat




Tuesday, August 16, 2011

Lelaki kesayangan Aleesya

August 16, 2011 0 Comments
Kita Bersaudara - KRU


Biar adakalanya
Dia buat kau kecewa
Biar adakalanya
Dia buat kau gundah


Tetapi tak mengapa
Kerna dialah juga
Yang mengambil hati mu
Hingga keadaan reda


Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga


Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan putus


Kala kau dalam susah
Semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa
Yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik
Yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri
Selalu yang tak berlima


Oh kita bersaudara

Oh kita bersaudara
Kena selalu mengalah
Tak guna marah-marah
Nanti berbaik juga


Oh kita bersaudara
Tak guna gaduh-gaduh
Kerna air dicincang
Tidak akan akan akan putus



P/S: Uncle Hayat, jangan lupa buat kek harijadi Aleesya tau :)