Monday, February 28, 2011

Surat untuk iela tercayanggg

February 28, 2011 4 Comments
Assalamualaikum Iela...


Hehe ma aceh sebab baca belog mama nih. Lama dah kan kita tak jupe. Selalu pun sembang-sembang kat chatroom je tak bole tengok Iela senyum. Mama ingat lagi, Iela kawan mama yang paling tenang. Walau ape yang terjadi Iela senyum je. Walau waktu sedih pun muka Iela tenang je. Suke sangat tengok muka Iela tu. Bila dah tengok nak tengok lagi. Tak payah mekap-mekap pun ada tarikan di hati mama ni untuk pandang manyak kali.



Kita selalu bersama je ke mana je pegi. Macam belangkas kan. Semuanya kita hadapi bersama-sama. Selalu meluahkan perasaan tak puas hati dan saling membantu dalam assignment yang kita buat. Tambah pula bila terpaksa berpisah masa tu, disebabkan Iela la mama tak jadi quit dari situ. Sebab persahabatan kita. Sebab mama cayang iela taw, cayang sesangat!



Sekarang walaupon kita telah membawa haluan masing-masing, tapi tak bererti terus putus kawan kan Iela. Teknologi kan ader. Tulis surat pon tak payah pos-pos lagi. Tulis je, tekan 'publish post' terus sampai untuk tatapan Iela yang jauh di sana.




Harini mama nak cite aktiviti mama ngan familia wiken haritu. We olz tak rancang pun nak pegi, tetiba ayah terus drive naek Genting. We olz jenjalan kat First World je tak pegi outdoor sebab sejuk, Alica pakai baju ceksi.





Jom tengok bahan bukti hiks ^___^





Hi antie Iela!
Mama selalu cite pasal antie kat ayah Alica tau








Tok dengan Akma









Akma kusyuk tengok kapel naek bot
Patung yang bawak bot ni, tu diye pelik kot








Rilex jap kat Effiel Tower









Kalo dah pegi berjalan mesti nak beli cenderahati kan
Penutup tinge strawberry pilihan Akma


Syomel tak?

Susah betol nak amek pixca Akma asek lari-lari je






Penutup tinge pilihan mama untuk Alica
I Love Minnie!


Kiut tak antie? Kalo antie pakai lagi kiut taw!


Hihi, mula-mula pilih strawberry pink tapi macam kusam je
Kalo pilih untuk budak-budak ni elok kaler terang baru shantekk







Dua orang gula-gula hati mama
Dulu, kini dan selamanya
Takkan ada yang laen ^___^
Kalo ader yang laen pon adek Alica je







Akma tungguuuu....mama nak amek pixca kite nih
Lajunya awak lariiiiii






Alaaa Kak Alica...
Mommy kan kuat lari
Mesti diye bole kejar kite punyeee
Tak caye tengok tu, dah dekat dah tu cuba pandang belakang


Hehe sorang panggil mama sorang panggil mommy
Mama sampai tertukar-tukar dah mana satu nak sebut







Ni pulak sweet present untuk tok Alica
Kucen tu Alica rasa nak tarik je misai diye







Merah untuk mama
Alica terai dulu yek!




Untuk ayah mana?!


-NIL-


Ayah jalan laju sangat sume booth tak kasi singgah
Kalo singgah sure siap booth mama beli
Hehe tak bagi mama sopeng








Tengok tu, Akma punye tutup tinge pon diye nak menerai
Siap feeling-feeling macam Winter Sonata pulak

Mama, mana lagi okey? Yang ni ke Minnie?
*Heee pangai sape la tu*






Cakk!!!

Antie Iela, walaupon kite tak pernah bertemu tapi, sambutlah salam Alica dari tangan ke hati
^___^








Mama doakan semoga Iela tabah menghadapi tiap dugaan. Sabar itu indah, InsyaAllah hari ini kita tak dapat bintang, sebab Allah menjanjikan bulan yang lebih bercahaya. Mama doakan Iela dipermudahkan dalam setiap urusan oleh Allah S.W.T. Biarlah masa mengubati dan menentukan segalanya. Ameen.





Friday, February 25, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!

February 25, 2011 34 Comments
APAKAH???!!! Sila rujuk sini.



.

.

.



Filem Terbaru Bakal Menemui Anda Di Pawagam Berhampiran.
Nantikan!!!


Picture by Google




Kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Sekiranya ada yang sama hanyalah kebetulan semata-mata.





Memperkenalkan barisan pelakon


Hero - Lutfi Syafiq

Heroin - Cinta

Bapa - Akhmad Arqom


Kekasih Lama Hero - Scha

Kekasih Lama Heroin - Ady Budika

Adik Heroin 1 - Farah Shahirah

Adik Heroin 2 - Ana Izzty

Adik Heroin 3 - Katek

Pelakon kanak-kanak - Aleesya

Sahabat Hero - Iqbal Hakimi

Sahabat Heroin - Hany





Angin bertiup lembut menyentuh pipi Cinta. Cinta menarik nafas dalam-dalam sambil merenung desiran ombak di tepi pantai. Kenangan demi kenangan menerjah kotak fikirannya. Perlahan-lahan dikeluarkannya komputer riba, dibukanya kotak emel. Ah! hati, kenapa Cinta semakin hari semakin berharap sesuatu yang tak pasti? Bisik hati Cinta. Tanpa berlengah Cinta melakukan rutin seperti biasa, membuka blognya lalu tangan mula menaip entri baru.



"Lutfi...kenapa semakin hari Cinta semakin lemah membilang hari? Kenapa doa demi doa mengharapkan kepulangan Lutfi tetapi harinya tak pernah kunjung tiba? Apakah tidak ada lagi sayang di hati Lutfi atau kita memang tidak ditakdirkan bertemu lagi? Lutfi...Lutfi tahu tak, anak kita...buah cinta kita Aleesya semakin keletah sekarang. Dia dah pandai panggil mama. Tapi anak sekecil itu tahukah erti kehilangan? Tahukah dia erti rindu kepada bapanya yang jauh di Capetown?"


Cinta mengeluh lagi, matanya semakin berkaca-kaca. Suami yang dikahwini 3 tahun yang lalu atas dasar cinta itu amat dirinduinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya jalan hidupnya akan jadi seperti ini. Cinta meneruskan lagi penulisan di blognya.


"Tahukah Lutfi...betapa rindunya Cinta pada Lutfi. Sudah lebih 2 tahun Lutfi menghilangkan diri tanpa secebis khabar pun. Entah hidup, entahkan mati. Cinta sendiri tak tahu. Benar...mommy dan daddy tidak merestui perkahwinan kita. Hanya kerana kita tidak setaraf bagaikan langit dengan bumi, tapi tidak adil bagi Cinta bila Lutfi pergi begitu saja. Alasannya, ke Capetown untuk mengubah hidup kita. Tapi, Lutfi tahu tak...waktu Lutfi pergi itu Cinta sedang mengandungkan zuriat kita. Kejamnya Lutfi meninggalkan Cinta sendirian menghadapi saat-saat yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri."

Air mata Cinta gugur lagi, Cinta membiarkannya saja. Telah banyak air mata yang mengalir kerana penantian yang tidak berpenghujung ini. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Hatinya berbisik lagi. Jejari runcing Cinta pantas menaip lagi...


"Atau...Lutfi sudah melupakan Cinta? Lutfi telah kembali kepada Scha, kekasih lama Lutfi yang sangat cantik dan berpesonaliti menarik itu? Adakah kerana itu Lutfi terus membisu tiada khabar berita? Katakan Lutfi...katakan! Jangan biarkan Cinta digantung tidak bertali seperti ini! Cinta juga punya hati dan perasaan. Cinta bukan anak patung yang bila suka dibelai bila benci dibuang ke tong sampah."


Pedih hati Cinta tak terkata. Melihat pasangan-pasangan muda berlari-larian bermain ombak di tepi pantai. Melihat pasangan suami isteri berpimpinan tangan bersama anak yang baru jalan-jalan jatuh. Indahnya kalau pasangan itu adalah Cinta dan Lutfi serta anak kami Aleesya. Cinta cuba lagi memadam segala ingatan terhadap Lutfi, tapi semuanya sia-sia.


"Lutfi ingat lagi tak detik perkenalan kita? Waktu tu di lapangan terbang, disebabkan beg kita sama lalu tertukar itulah kita boleh berkenalan. Sejak itulah bibit-bibit percintaan kita bermula. Tuhan itu banyak rahsia-Nya kan Lutfi. Beg yang tidak bernyawa itu pun boleh jadi punca perjodohan kita. Walaupun mommy, daddy, Farah Shahirah, Ana Izzty dan Katek tak pernah sukakan perkahwinan kita ini, tapi tiada siapa dapat menghalang jodoh. Cinta juga tidak minta jodoh Cinta setragis ini. Cinta juga tidak mahu melukakan hati mereka. Apalagi hati mommy dan daddy yang telah membesarkan Cinta dengan penuh kasih sayang dan kemewahan."


Tersenyum sebentar Cinta bila melihat Aleesya berlari terkedek-kedek di tepian ombak bersama sahabat baik Cinta, Hany. Selama ketiadaan Lutfi hanya Hany yang banyak memberi semangat kepadanya. Hany jugalah yang paling sayangkan Aleesya dan tak jemu-jemu melayan karenahnya.



"Agaknya, keadaan Lutfi di Capetown sama seperti di sini kan? Cuma bezanya di pantai ini tiada penguin. Sebab itulah Cinta suka menulis blog di tepian pantai. Sebab Cinta membayangkan Lutfi juga sama memikirkan Cinta di tepi pantai Capetown yang indah itu. Benar atau salah dugaan Cinta ini, hanya Tuhan pencipta sekalian alam ini saja yang tahu. Dan ketahuilah Lutfi sampai bila-bila pun Cinta tidak akan berhenti mencintai Lutfi. Dan Cinta tidak akan sesekali berputus asa berdoa agar kita diberi peluang bersama sekali lagi. Kalau Lutfi terbaca blog http://cintakutertinggaldicapetown.blogspot.com ini, Lutfi bacalah keseluruhan blog ini. Diari digital ini dibuka khas untuk Lutfi. Segala perkembangan tumbesaran anak kita ditulis di sini Lutfi. Kalau Lutfi tidak diberi kekuatan untuk kembali, sekurang-kurangnya Lutfi dapat melihat wajah Cinta bersama puteri kita Aleesya. Itu sudah cukup memadai bukan?"



Setahun kemudian...

.

.

.



Seperti biasa Cinta membelek-belek blognya. Cadangnya ingin menulis entri baru buat Lutfi. Tiba-tiba...


"Cinta..." Satu suara kedengaran. Suara itu memang amat dikenalinya. Tapi Cinta tidak berani menoleh. Adakah ini hanya perasaannya saja atau ini realiti. Perlahan-lahan Cinta berpaling.


"Lutfi!" Air matanya kegembiraan mengalir laju. Benar ini kenyataan, Lutfi telah kembali.


"Cinta, maafkan Lutfi...Lutfi telah lama membaca blog Cinta. Iqbal dan Ady Budika yang beritahu tentang blog Cinta. Tapi Lutfi belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan Cinta. Lutfi kembali ini kerana Lutfi telah berjaya sayang. Lutfi telah berjaya membuktikan pada mommy dan daddy bahawa anak seorang penoreh getah macam Lutfi boleh mencapai kejayaan tanpa bantuan mereka. Semuanya untuk kita Cinta...untuk Cinta, Lutfi dan Aleesya." Lutfi bersuara tenang.


Cinta sudah tidak mahu berkata-kata lagi. Sekarang keluarga ini telah lengkap. Terima kasih Tuhan!








Thursday, February 24, 2011

SAYA NAK ! SAYA NAK !

February 24, 2011 26 Comments

Ni festime Aleesya nak join segmen Ben Ashaari taw...sebelom ni sentiasa terlepas pandang je macam-macam segmen yang diye buat.


Okie kalo yu olz nak join sama sila refer sini.


Tajuk Segmen : Pelakon Diperlukan!
*Hehe bole ke Aleesya nak jadi pelakon kanak-kanak ni Uncle Ben?*


Selamat menjoinkan diri ^____^







Tuesday, February 22, 2011

5 sebab kenapa mama malas nak ber blogwalking

February 22, 2011 8 Comments
Assalamualaikum dan camat petang.



Berbelog memang super besh kan? Selaen dapat kawan yang raaamaaai dari pelbagai peringkat umur, pekerjaan, tempat, kita juga dapat share memacam lagi mende besh. Share hobi yang sama, resepi peberet, aktiviti peberet, perasaan *sedih ke marah ke, cintan cintun ke untuk yang single mingel je laa, yang da kawen untuk wifey or hubby masing-masing je k* dan segala macamlah. Teknologi ni kalo kita gunakan dengan elok, maka elok lah hasilnya. Macam jugak ilmu yang kita study tu, kalo kita belajar buat super impose gambar kat photoshop, jangan pulak kita pegi super imposekan gambar artis jadi muka laen, badan laen pulak tau!


Kalo dah namanye berbelog kan, mesti la kene blogwalking. Bukan sebab nak upkan trafik ni, tapi kalo ader orang datang umah kite kan...mesti kita berkunjung balas kan? Macam hari raya tuuu. Okie jom baca 5 sebab kenapa mama malas nak ber belogwalking :-



1) Tengah syiok-syiok mama layan lagu Rindu 1/2 Mati ni, tetiba kuar lagu laen. Aik? Bila masa mama tukar cenel nih. Hehe tu kalo berblogwalking kat umah. Kalo kat opis lak, tengah2 senyap je, tetiba terkejut beruk dengar lagu ^___^. Opocot! Seb baek time rehat, kalo time keje mau bos dengar...tak ke haru.





2) Ader mood pulak nak komen entri kat belog tuh. Besh entri diye. Dah siap taip ni, punya la panjang, last-last bila nak publish komen tu kuar pulak Word Verification. Alaaa yang kuar nombor ngan huruf tu, contoh cam kat bawah ni.






Kewujudan word ni menyusahkan dan melambatkan visitor nak komen entri. Author memang tak perasan yer kewujudan word ni, sebab belog mama pon penah gak ader word verification nih lepas mama tukar template baru, lupa nak buang word tuh. Seb baek Papakembar3 komen kat chatbox sebab diye nak komen entri susah. Ma aceh Papakembar3 for your opinion *now dah removed*.






3) Eh! kat chatbox mama ader visitor komen la, mama kene pegi menziarah tengok sape bagi komen syomel tuh. Skrol punye skrol punye skrol tak jumpe-jumpe chatbox kat belog tuh. Nak komen kat entri cam lambat pulak. Ni yang buat mood mama berbelogwalking ke laot nih.






4) Kekadang ada sesetengah belog yang mama visit tu mama nak komen sebagai Pn. Anon *Anonymous*. Tetiba kuar perkataan seperti di bawah ini;






Ni yang buat mama malas nak komen ni *komen membina je yea*. Baru je mama taknak kuarkan identiti kat situ, dah tak bole pulak Pn. Anon komen. Mama pon totop terus belog tuh.






5) Mama turun bawah diye ikut, mama skrol ke atas diye ikut jugak, pegi tepi kiri kanan pon....Alaaa cayang jangan la ikot mana mama pegi. Apekah? Salji-salji dalam belog tu la. Mama nak baca entri blogger tu. Memang besh taw! Tapi salji-salji tu kaco penglihatan mama nak baca entri super duper boom tuh.




Sesape yang terbaca ni dan belog derang ader perkara yang disebutkan di atas jangan mara yea. Ni personal opinion mama jek.






No heart feeling okeh
Ceria-ceria cam Alica taw!
^___^



Monday, February 21, 2011

Aleesya's Day Out

February 21, 2011 9 Comments
Kualiti time wif familia adalah yang terbaek dalam hidup. Bergumbira bersama familia tentulah terapi yang paling mujarab kan. Lupakan saje segala problemo yang ader bila bersama tershayang.  Walau sebizi mana perjalanan hidup sorang staf, mama, wifey...anak tetap No. 1. Agaknya macamni lah perasaan mak ngan ayah kita, masa kita kecik-kecik dulu kan? Syukur Tuhan berikan secebis kebahagiaan dalam setiap dugaan-Nya.





Saturday aritu we olz bertiga-tigaan ke Alamanda, Putrajaya. Selalunya mama pegi sensorang je lepas balik dari site visit...tu pun untuk lunch je. Tapi kali ni pegi bersama orang-orang terchenta. Wah! dalam hati ader taman kalo bersama mereka.





Cekidautttt!



Berpimpinan tangan macamni memang sweet momentos yang akan dikenang sampai bila-bila
Mama love yu so much Aleesya


Alamanda, Putrajaya 19|02|2011








Nak menggendong budak ni tak larat
Pastu bukan nak dok dendiam


Haih. Anak oh anak.
Kau buatkan kami tersenyum








Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap

Teringat jap zaman mama kecik-kecik selalu mak ngan abah timang camni
Syiok giler ^___^








Alaaa ayahhhh
Rase miang-miang buluh pulak leher Alica posing kat sini


Berusaha ayah nak amek pixca Alica kat sini
Letak je diye kat situ, diye lari. Dekat 3x jugak la
Last pixca baru dapat nice shot







Lepas tu we olz mamam-mamam kat food court Alamanda. Mama mamam nasik & tom yam campur, ayah pulak mamam nasik ayam. Alica pau nasik ayam ayah + mamam yogurt kiwi. Syomot abes baju.









Seronok lari-lari camni
Muka senyum walaupun panas terik


Putrajaya Wetland, Putrajaya 19|02|2011








Time ni pipi Aleesya sampai jadi pinky-pinky menahan terik matahari
Tapi seronok tak hengat tunjuk itu ini
Apa diye nak cakap agaknya tu







Merenung masa depan

Mama doakan Aleesya jadi anak yang baik, penyejuk hati ayah dan mama,
bakal jadi insan yang berguna pada bangsa, negara dan agama.

Amin
*doa seorang ibu itu yang paling makbul kan*








Mama dan ayah sayang kamu sampai syurga







Selesai melawat kawasan *site visit* kat Putrajaya Wetland, we olz ronda-ronda kat Taman Wetland pulak. Kali ni tak dapat amek pixca sebab bateri kamera kong. Takpe yayang yea, lenkali kita pegi lagi. Lagi pon time ni Aleesya dah fenat. Diye sempat tengok burung bangau dengan itik kat tasik je. Tergelak diye tengok itik 3 beradik berenang kat air macam buat tarian seiring je. Pastu dah fenat dah Aleesya cakap "Dah"...*tanda nak ajak balik*.




Alangkah indahnya kalau hari-hari, hari Sabtu ;)






Thursday, February 17, 2011

The making of home-made chocolate

February 17, 2011 6 Comments
Hai mama-mama sume.



Sebelum ni kan mama ader buat entri tentang cara membuat coklat tapi tergantung lama gak la tak hapdate alek. Sila refer sini. Entri tu cuma cite tentang bahan-bahannye saje. Mama ader buat sekali tapi tak ambik foto semasa proses membuat tu. Almaklum Aleesya masa tu tengah titon, jadi mama kene buat dengan secepatnye nanti diye mangun sure coklat tak sempat nak siap asek mengejar diye je.



Baru-baru ni we olz seopis *geng femfuan je; mama, Walin Linda, Kak Haryani, Kak Norlida dan Roshita* pegi course membuat Vanilla Sponge Cake, buat Sweet Bun *roti manis* dan Home-Made Chocolate kat Ezymix. Bos kitorang sponsor fee jadi we olz pon bersuka suki sangat lah masa pegi tu. Ma aceh bos len kali banje agi yek ^____^.



So, kali ni bukan mama yang buatkan tapi Chef May Chong yang tunjukkan cara-cara membuat coklat ye laling-laling sume. Entri ni agak panjang, sila buat air siap-siap ye nak study nih hiks +___+




Chef May Chong





Chocolate with Hazelnut Filling

Orait bahan-bahan untuk membuat cekelat :-

a) Compound  chocolate *camane rupa compound chocolate tu sila refer entri ini*
b) Hazelnut filling

Sebenarnya bole buat memacam jenis ikut peberet dan kreativiti masing-masing.





1st step yu olz kene potong-potong coklat tu jadi kecik-kecik


Lagi kecik coklat tu dipotong lagi bagus sebab nanti cepat cair. Jangan letak segedebuk besar pulak, alamatnye berejam la nak cairkan coklat tu. Oh ya diingatkan sume peralatan hendaklah kering, tak bole kene air langsung. Nanti akan merosakkan tekstur coklat tu.







Then cairkan coklat tu yea
Gunakan cara 'double boil'. Jangan masak terus atas api.



'Double boil' tu apa?
Mangkuk tembikar diisi dengan air panas, di atas air tu pulak letakkan mangkuk tin.Tapi kalo takde mangkuk tembikar, yu olz guna je la mangkuk mana yang ada je. Dan yang paling penting masa ni jangan terpercik sikit pon air dari mangkuk tu kat coklat tu yea.




Coklat tu kene kacau-kacau sampai cair








Pastu isikan penuh dalam acuan
Lepas tu hentak-hentakkan acuan supaya dapat mengeluarkan udara dalam coklat tu



Ada macam-macam bentuk acuan ye. Ada bentuk ros, shell, love, teddy bear, bulat, segi empat, bentuk 3D pon ada, bentuk alphabet. Sume acuan-acuan tu bole dibeli kat kedai Ezymix.







Pastu ratakan coklat tu menggunakan pembaris
*Pembaris pon ade jual kat kedai Ezymix*






Then, masukkan dalam peti sejuk kejap. Jangan lama sangat nanti beku sume. Lepas beberapa minit keluarkan dari peti sejuk. Tuang coklat tu dari acuan ke dalam bekas lain. Nanti tinggal satu lapisan berlubang kat acuan tu. *Ermmm camne nak eksplain yea, yang step ni mama lupa amek pixca*.







Pastu masukkan hazelnut filling dalam plastik
*Apa nama plastik dah lupa, yang untuk isi ising kek tu*







Pastu picitkan sedikit hazelnut filling ke dalam lapisan coklat tadi
*Yu olz agak-agak je nak letak banyak mana*








Tuangkan coklat di atasnya yea
Bila dah penuh hentak-hentak acuan tu
*Memang buat coklat ni bising sikit tung-tang-tung-tang bunyi, dinasihatkan jangan buat masa anak tido nanti terkejut pulak diye*







Ratakan lagi coklat gunakan pembaris







Masukkan dalam freeze tempat beku. Dalam 10 menit gitu bole kuarkan. Tengok warna coklat tu kalo dah berubah jadi coklat muda dah ok dah tu. Terlangkupkan die ketuk sikit nanti coklat tu kuar dari acuan.








Inilah hasilnya
Home-made chocolate
Yang bentuk rose tu chocolate with hazelnut filling
Bentuk shell tu coklat + coklat putih
Shantek kannn ^___^








Sekian tutorial kali ni.


Selamat menerai!





Futnot: Coklat adalah sangat sensitif kepada kepanasan *ala-ala puteri lilin* dan juga air.







Wednesday, February 16, 2011

Kalau boring nak buat apa yea?

February 16, 2011 0 Comments
Selamat tengahari...



Semalam bercoti-coti sempena hari keputeraan Rasulullah, mama sefamilia duduk rumah je pagi sampai petang. Malam baru we olz kuar pegi mamam KFC kat Carrefour. Pastu sesopeng sket kat situ then trus pegi cow kit road pulak. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran untuk Aleesya. Aleesya suke mamam jambu air.



Now mama nak publish aktiviti Aleesya time diye boring-boring. Jom kita tengok gelagat diye.





Mula-mula tutup muka dengan towel pepel mama
Lap-lap muka sket





Lepas 2 minit gitu


Cakkkkk!!!


Jangan marah mama...Aleesya tengah buhsan ni






Kalo tak hilang gak kebuhsanannya itu, diye buat ni pulak


Masuk celah rak buku ayah
Titon-titon jap kat situ






Next aktiviti pulak

Mula-mula ambik beberapa keping paper bag






Pastu masukkan kat tangan camni







Time to sopeng...
Jom!
Errrr...tapi Aleesya takde duhet la pulak :'(






Hurmmm boring-boring ni berangan aje lah
Besar nanti Aleesya nak jadi ape?

Majistret? Lawyer? Ahlil Muzik?






Huh! Buhsan jugak lagi ni

Apa macam?




Kita mamam peha ayam bambam duluuuuuuu







Nyum nyum
Jemput mamam shemuaaaa





Tata!