Friday, December 6, 2019

Pregnancy Journey : Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

December 06, 2019 2 Comments
Kebanyakan tips yang mama share dalam blog ini adalah dari pengalaman mama sendiri. Makanya kalau ada yang terkurang tu maksudnya mama lupa la tu, maybe korang boleh refer kat blog2 lain  untuk info tambahan atau ikut keperluan dan kreativiti korang sendiri. 


Bila masa yang sesuai untuk kemas beg baby untuk dibawa ke hospital?

Mengikut pengalaman mama, masuk je 6 bulan mengandung elok dah la korang cuci pakaian baby siap-siap. Dalam minggu ke 28 (7 bulan) dah boleh start packing sikit-sikit, kalau ada yang tertinggal sempat lagi kalau nak beli. Dah siap beg tak payah nak risau lagi, letak je dalam kereta siap-siap.

Sediakan beg baby awal-awal bukan sebab kita terlampau excited nak menimang cahaya mata tetapi sebagai persediaan. Baby anytime kalau dia nak lahir, dia akan lahir. Due date tu hanya anggaran sahaja, tapi kalau dah 'kun fa ya kun' memang tak cukup bulan lagi pun akan keluar menjenguk dunia juga. Jadi kalau dah prepare awal-awal, kita takkan kelam kabut menghadapi sebarang kemungkinan nanti.


Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

Ok jom tengok apa yang ada dalam beg hospital baby yang mama dah siapkan.




Mama asingkan baju dalam seal plastic bag supaya senang untuk husband ambil nanti. Masa dah sakit contraction mana sempat nak fikir, kat mana pampers, kat mana baju semua tu. Jadi mama buatkan 5 set baju mengikut hari, in case kalau kena tahan wad lama nanti. Sebelum ni, masa lahirkan Aleesya mama dan baby kena tahan di NICU selama seminggu lebih sebab baby premature kena ambil antibiotik, dan ada kuning juga. Rizqi dan Nafis tak kena tahan wad, bersalin pukul 1 pagi, pukul 9 pagi doktor dah bagi discharge.




Plastik Beg dengan label

Mama sediakan 5 seal plastic bag asing-asing dan mama dah labelkan siap-siap :


1) Labour Room - Plastik yang berlabel Labour Room ni untuk husband bagi kat nurse nanti. Dalam ni ada baju sahaja, pampers, mitten & booties, topi dan kain bedung. Tapi dari pengalaman mama yang lepas, nurse hanya mintak baju, pampers, topi dan bedung je. Lain-lain aksesori baby tu kita pakaikan sendiri je nanti.

Mama pilih green colour sebab senang unisex boleh pakai



2) Day 1, Day 2, Day 3 - Semua set  ni mama sediakan untuk kegunaan sepanjang baby di hospital. Kalau lagi cepat dia balik, tak la semua digunakan. Kita standby je. Dalam seal plastic bag ni mama masukkan baju, seluar, mitten & booties, barut, topi, pampers dan bedung. Kalau korang rajin korang pakaikan je la barut tu, tapi kat hospital doktor asyik nak check baby. Jadi tak payah pakaikan barut pun takpe. Mama letak je dalam set tu, ikut kerajinan nak pakaikan.



Set ni takde mitten booties sebab baju dan seluar tu dah ada sarung kaki & tangan siap2 dah



3) Going Home Outfit - Baju ni mama pilih yang comel-comel sikit untuk si baby, sebabnya nak balik rumah dah kan? Kena la pakai handsome2 atau cantik2 :). Dalam ni barang dia sama je macam item No. 2 cuma bezanya mama guna hooded swaddle. Tapayah pakai topi dah.

Kebanyakan design baju dan bedung dipilih oleh kakak dan abang dia



Cara ni lebih organized dan menyenangkan bakal mama dan papa nanti. Plastik tu korang boleh variasikan, kalau nak guna vacuum bag pun boleh, nak guna seal bag Ikea pun boleh, nak guna yang jual kat Daiso atau DIY pun boleh. Ikutlah kreativiti masing-masing. Macam mama, plastik yang mama guna tu mama beli kat IG je, sekali dengan label tu. Label boleh pilih ikut design kesukaan masing-masing. Kalau takde pelekat label tu, korang boleh tulis sendiri je guna marker pen, tak pun buat kat komputer then print dan tampal je.


Set plastik ni ada 10 pcs: size S, M dan L. Mama guna semua size plastik tu.
Label tu saja mama pilih warna pink sebab mama suka pink colour :)


Picture credited to IG @momnkidzclozet.my


Diapers yang mama gunakan untuk baby dalam plastik beg tu adalah dari Offspring (Newborn). Ni mama dapat sample kat Baby Expo. Dan selebihnya mama guna chlorine free diapers Applecrumby.


Mama beli diapers ni masa Sale 11.11, beli 6 packs dapat free 3 packs. 



Barang-barang tambahan lain yang perlu ada

Kalau kena tahan wad lama, mama bawa barang2 ni extra untuk kegunaan baby nanti. Takdela menyusahkan husband nak ulang alik balik rumah ambil nanti.


Extra barut


Extra mitten, booties dan topi


Towel dan sapu tangan baby


Bantal baby dan blanket.
Kat hospital sejuk, jadi mama bawa selimut lebih


Pencuci botol susu dan botol susu tu kalau taknak bawa pun takpe sebab tak guna pun kat hospital nanti. Mama saja bawa untuk special case :).
Minyak telon, baby wipes dengan baby oil pun mama bawa.

Baby oil tu masa Aleesya memang berguna sangat sebab Aleesya baby premature 34weeks, jadi nurse ajar mama urut badan baby untuk naikkan berat badan dia cepat. Alhamdulillah Aleesya dapat keluar wad cepat sebab berat lebih 2.1kg.



Dah siap semua susun elok2 dalam beg baby.
Senang, teratur dan kemas



Extra diapers pun bawa jugak. 
Awal2 baby banyak poo poo



Harap perkongsian ni berguna untuk ibu-ibu di luar sana. Yang kurang itu dari saya, yang baik itu datangnya dari Allah. 

Salam Jumaat




Wednesday, December 4, 2019

Persiapan sekolah tahun 2020 Aleesya dan Rizqi di Pusat Pakaian Hari-Hari

December 04, 2019 3 Comments
Kalau sebut tentang persiapan sekolah ni, memang awal-awal mama dah fikir sebab masa budak-budak ni masuk sekolah mama tengah menghitung hari nak deliver baby. Makanya, mama kena buat cepat persiapan sekolah ni, maklumlah uniform sekolah memang diorang pakai sampai terkoyak lutut, kotor sana sini terutama Rizqi...memang melasak dia kat sekolah. Sampai mama tanya dia bila balik sekolah "ni pegi sekolah ke, pegi sawah ni?". Seperti biasa dia akan tersengih je tunjuk gigi depan dia yang takde tu, terus mama tak jadi nak marah. Lucu pulak tengok muka dia tersengih :D. Macam ni la jadi mak-mak, baru rasa nak jadi resaksa gorgon bila anak buat hal, tengok je diorang senyum terus cair hehe. 


Alkisahnya, memang tiap-tiap tahun mama dan ayah akan belikan diorang baju sekolah dan kelengkapan baru. Tapi mama pilih harga yang berpatutan sebab seorang lebih kurang 3 pasang baju sekolah kebangsaan dan 3 pasang baju sekolah agama kena beli. Baru dua orang yang sekolah, kalau termasuk Nafis nanti lagi banyak belanja tu. Mama dengan ayah kena buat budget betul-betul sebab selain persiapan sekolah, yuran dan buku-buku...mama nak kena siapkan kelengkapan mama dan baby yang bakal lahir next year juga.


Beli uniform sekolah kat Pusat Pakaian Hari-Hari

Seperti biasa mama akan list down dulu apa yang nak dibeli, berapa kuantiti dan lepas tu baru mama survey kat mana ada jual. Memandangkan kali ni dah jadi mak buyung, mama pilih Pusat Pakaian Hari-Hari je sebab kat situ memang One Stop Centre. Semuanya ada dari uniform, kasut, stokin, beg, tudung, stationeries, panties budak dan macam-macam lagi. Jadi tak la mama penat sangat nak ke sana sini cari kelengkapan kalau semuanya dah ada kat satu kedai je. Lagi pun, harga kat sini berpatutan dan kualiti pakaian pun elok. 


Dari mana mama tau tentang Pusat Pakaian Hari-Hari ni?

Mama ingat lagi masa Aleesya Darjah 1 dulu, mama belikan dia baju sekolah jenama yang agak popular. Memang kalau sebut je jenama tu memang korang tau la, dari zaman mama kecik2 dulu dah ada. Pheww...bila nak bayar tu berpeluh jugak nak keluar duit. Tengok amount kat screen cashier tu berpinar jugak biji mata mama dan ayah ni hehehe. Sambil terfikir, macam ni lah dulu mak dengan ayah kita pening tiap kali hujung tahun nak sediakan duit untuk beli pakaian sekolah baru untuk kita *tears*.


Lepas tu, satu hari mama berborak dengan kawan kat office yang ada 3 orang anak dah bersekolah. Dia lah yang cadangkan mama pegi beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Sebab katanya kain elok, lepas tu jual sepasang-sepasang bukan asing-asing. Mama pun pegi la beli sepasang baju kurung agama Aleesya dari jenama Jony & Jeny. Korang kenal ke Jony & Jeny tu sape? Hehe mama pun tak kenal. Tapi baju Jony & Jeny ni memang bagus kualitinya, kain jenis licin macam warna nila tak la jadi kuning bila dah lama2 pakai. Aleesya memang suka pakai baju kurung Jony & Jeny dia tu berbanding yang lagi sepasang yang mama beli di pasaraya lain. Mungkin sebab material pakaian tu selesa dan tak panas, jadi dia asyik ulang pakai baju tu sampai kain dah senteng pun nak pakai lagi. Hee ter throwback pulak kisah Aleesya masa Darjah 1 :).


Shopping timeee

Ok banyak pulak bercerita haa, jom kita tengok gelagat Rizqi dan Aleesya bershopping persiapan sekolah kat Pusat Pakaian Hari-Hari pulak. Si Nafis tukang tengok je sebab dia baru tadika jadi duk situ diam-diam, kang mama jadi resaksa gorgon terus abang dan kakak dia tak berbaju sekolah baru nanti ekekeke.


Si Rizqi ni kalau bab mengusik nombor 1.
Ni gambar SEBELUM


Gambar SELEPAS
Rizqi dengan baju melayunya. Baju melayu ni satu set kecuali sampin asing.
Staf kat sini semuanya peramah dan membantu sangat, senang nak cari baju








Baju sekolah jenama Jony & Jeny dan No Problem

Persekolahan tahun 2020 nanti Aleesya dilantik jadi pengawas sekolah. Jadi awal-awal dia dah request kat mama belikan dia satu set baju pengawas yang ada vest sekali. Bila mama jalan kat shopping mall ada juga mama tengok kalau-kalau terjumpa vest pengawas. Memang takdee. Mama cakap kat Aleesya mana nak beli, sebab mama tak jumpa pun. Aleesya pulak yang suggest kat mama beli kat Pusat Pakaian Hari-Hari, kawan-kawan dia beli kat situ je. Amboi, advance anak mama lagi tau dari mama ni :D. Bila kitorang pegi situ memang ada vest, size badan Aleesya kecik sikit jadi mama ambik size 28. Kat belakang ada tali boleh kecikkan vest dia tu.




Baju kemeja putih tu Aleesya try size je, bila beli ambik warna biru


Set baju pengawas ni kemas dan selesa


Selain jenama Jony & Jeny, ada juga jual jenama No Problem. Beza 2 jenama ni ialah jenama Jony & Jeny ada jenis kain licin dan kain cotton. Tapi jenama No Problem hanya ada satu jenis kain je iaitu cotton. Mama pilih baju kemeja sekolah Rizqi jenama No Problem sebab tengok kain dia tebal dan selesa. Seluar mama pilih jenama Jony & Jeny. Korang boleh dapat pakaian seragam satu set baju, seluar, kasut dan stokin dengan harga kurang dari RM65 untuk size yang paling kecil. Murah kan? Kualiti pakaian kat Hari-Hari ni bagi pendapat mama setanding dengan jenama lain di pasaran dari segi ketebalan kain cottonnya. Jadi, dah ada pilihan harga berpatutan, kenapa nak beli yang mahal kan? Kena membeli secara bijak.



Kat sini ok pulak budak 2 ketul ni, kalau tak asyik bercakar je kat rumah



Amacam? Ada gaya tak? ;)


Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada 86 buah cawangan, makanya kalau mama balik kampung pun memang kitorang cari Hari-Hari jugek. Merata-rata cawangan dia ada, boleh rujuk  kat www.hari.com.my.


Beli keperluan sekolah ikut budget

Budak-budak ni dah pesan macam-macam dah kalau datang Hari-Hari. Mama dah senaraikan checklist untuk diorang semak sendiri, jadi senang takde la tertinggal. Alhamdulillah budget persekolahan tahun 2020 mencukupi, siap boleh berjimat lagi sebab harga kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni berpatutan dengan kualiti yang bagus juga.


Aleesya thick checklist barang mana yang dah beli



Geng shopping mama
Mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mak suka shopping anak pun sama :)



Peminat stationery


Borong jangan tak borong


Aleesya nak baju sukan putih sebab katanya senang nak matching dengan tudung.
Sebelum ni dia pakai t-shirt sukan ikut warna rumah sukan


Budak cergas ni kena cari kat dia tracksuit yang tebal dan tahan lasak, kalau tak asyik terkoyak je.
Buat slide ke apa pun tak tau la :)
Yang ni mama beli jenama Jony & Jeny, kain tebal dan tak panas



Beg untuk sekolah agama pilih yang simple2 je



Banyak pilihan beg


Tudung sekolah agama, Aleesya nak yang awning lembut brand Jony & Jeny, senang nak jaga



Singlet pun adee


Ni budak memang camni perangai dia, happy sokmo
Spender budak murah 3 helai RM8.50 jenama Jony & Jeny


Beli kasut Aleesya design dia pilih sendiri. Anak gegirl memang cerewet sikit, taknak design macam budak2, taknak ada kartun, taknak ada velcro. Peningg kepala mak nakk. 
Haa pilih jangan tak pilih. Mak tunggu ni :D



Ni baru 1st round, belum penuh lagi bakul dia



Dah jom kita bayar


Pusat Pakaian Hari-Hari ada PROMOSI best u olzzz!




Kebetulan mama pegi beli kelengkapan sekolah budak2 ni, Pusat Pakaian Hari-Hari tengah buat Promosi Back To School. Memang rezeki budak2 ni la, sebabnya kalau bayar guna debit atau kredit kad CIMB dapat diskaun lagi 15%. Dah la baju2 dan barang sekolah kat sini dah murah...dapat lagi off 15% lagi la murah. Memang berbaloi dan puas hati beli kat sini. Sale ni sepanjang bulan Disember 2019 ni je, jadi kalau korang nak beli persiapan sekolah sempat lagi.


Kalau nak beli online pun dapat 15% diskaun jugek. Dapat free postage lagi tapi korang kena beli minima RM50 *barang sekolah je tau*. Korang boleh beli kat link www.ehari.com


Selain tu, ada promosi:

1) Pembelian RM30 ke atas dapat PERCUMA kalendar

2) Pembelian RM120 ke atas dapat PERCUMA stokin putih

3) Pembelian RM150 ke atas dapat PERCUMA kasut atau stokin putih


Kitorang dapat kasut, stokin dan kalendar percuma haritu. 
Mama pilihkan kasut untuk Rizqi sebab Aleesya dah ada kasut 2 pasang


Selonggok nakk barang2 korang. Ni separuh je, tak larat dah mama nak snap gambar, adik baby dah lapar


Okay kalau korang nak tau lebih lanjut boleh tengok IG official diorang @harihariofficial atau FB Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd atau website www.hari.com.my


Byeeee



Thursday, April 4, 2019

Menulis itu mudah, tapi menulis dari hati itu bukan mudah...(Part 2)

April 04, 2019 2 Comments
Sambungan dari Part 1 boleh baca di sini. Pernah satu masa, saya menghadap pc. Lama...taip kemudian delete, taip lagi delete lagi. Kosong. Tak ada idea langsung nak tulis apa. Walaupun hanya tulis aktiviti sendiri setiap hari pun saya tak boleh.


Sebab apa? Menulis itu sendiri perlukan jiwa, nyawa, ilham...Tanpa elemen-elemen itu, takkan wujud cerita. Tak mudah untuk menulis dari hati. Sampai atau tidak ke jiwa orang yang membacanya?


Hati boleh mati, ilham boleh hilang sekelip mata. Sepertimana penyanyi hilang suaranya, pelukis hilang tangannya begitu juga penulis. Jika hati, jiwa tak mampu menghasilkan idea...takkan mungkin dapat terhasil sebuah cerita yang nyata menyentuh hati pembaca.


Kita membaca sebuah novel, kita dapat merasa bahawa kita adalah orang yang diceritakan dalam novel tersebut. Kita rasa seolah-olah apa yang berlaku pada watak utama cerita itu, adalah kita. Begitulah hidupnya penulisan seorang penulis itu.






Hari ini, dengan izin-Nya...saya mampu menulis sepenuh hati saya. Tanpa perlu termenung berjam-jam memikirkan tajuk apa yang perlu saya tulis. Jiwa perlu hidup untuk terus menulis. Inspirasi perlu ada untuk terus menulis. Menulis bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi di dalamnya ada mesej, pengharapan, pesanan, pengajaran kepada pembacanya.


Semoga satu hari nanti, anak-anak dan orang yang saya sayang membacanya dengan bahagia. Bahawa mereka yang memberi ilham untuk saya teruskan penulisan yang tidak seberapa ini. Sekurang-kurangnya minat saya untuk menulis tidak terkubur.




Wednesday, April 3, 2019

Menulis itu mudah, tapi menulis dari hati itu bukan mudah...

April 03, 2019 2 Comments
Syukur, Allah masih memberi ruang untuk saya menulis lagi di blog kesayangan saya ni. Bukan senang saya nak mula menulis semula. Ye, memang sebelum ni saya masih menulis review, tapi ianya tak sama. Menulis review tulis tentang produk, tapi menulis dari hati ni adalah pendapat, idea dan  pengalaman kita sendiri.

Dulu...9 tahun lepas, saya buat blog ni khas untuk anak sulung saya Syahirah Aleesya. Saya update semua milestones dia, aktiviti dia, macam diari harian. Saya cerita dari dia bangun tidur, makan apa, pegi mana, dah pandai buat apa, senyum, ketawa dan tangis dia. Khas untuk Syahirah Aleesya. Sampai lah ada satu waktu, saya rasa saya tak mampu menulis lagi, sebab kesibukan yang amat sangat. Tak terkejar. Dan lagi...ada perkara yang melukakan hati saya, sampai saya hilang ilham untuk menulis semula. Sampai saya rasa nak tutup semua sosial media. Nak duduk diam-diam je, orang tak tau siapa saya lagi senang. Sampai macam tu sekali saya pernah fikir. 

Tapi...hari demi hari, saya semakin rindukan blog saya ni. Blog yang menyimpan kenangan- kenangan anak sulung saya. Kenangan kebahagiaan saya menjadi seorang ibu. Syukur...syukur...syukur...Allah beri saya kesempatan. Syukur Allah beri saya rezeki anak ini. Syukur Allah beri kesempatan untuk saya rasa kebahagiaan ini. Kebahagiaan menyayangi seorang anak, walaupun penat dia Allah je tau.


Cinta hati saya Syahirah Aleesya


Walaupun saya tak dapat tuliskan perkembangan 2 lagi anak saya, tapi tak pernah ada istilah terlambat untuk saya mula balik.

Korang pernah tak terfikir, tulisan-tulisan korang ni lagi 10 tahun akan jadi kenangan yang paling indah atau paling sedih dalam hidup korang nanti? At least, korang baca nanti korang akan ingat kenapa la jadi macamni, kenapa aku tak buat macam tu dari dulu, kenapa itu dan kenapa ini. Inilah catatan yang mungkin jadi memori juga kepada korang, anak-anak korang atau orang yang korang sayang. Mana tau korang dah tak ada kat dunia ni, anak-anak korang akan baca bila rindu kat korang kan? Tapi make sure korang bagitau anak-anak korang nama blog korang tu hehe.

Okay nak cepat ni...bersambung...




Belajar kecewa itu penting

April 03, 2019 2 Comments
Assalamualaikum...

Mungkin tajuk entri ni pernah saya buat sebelum ini. Tiba-tiba terfikir nak buat sambungannya. Ye, BELAJAR KECEWA ITU PENTING... Kita sering inginkan bahagia, tapi kita tak pernah fikir nak dapat bahagia itu bukan mudah. Macam-macam rintangan, halangan yang menagih pengorbanan yang bukan sedikit.

Kita selalu berharap, semua yang kita lakukan dipermudahkan-Nya tanpa kita fikirkan takkan ada satu pun yang kita dapat belajar kalau semua benda kita nak dapatkan dengan mudah. Seringkali kita mengeluh lalu membiarkan diri hidup dalam kesedihan. Tanpa kita tanya kenapa? mengapa Tuhan bagi kita ujian sesusah ini?

Putus asa...ye putus asa jalan terakhir dalam hidup kita. Kita berhenti berharap, sampai satu tahap kita dah taknak apa-apa lagi. Kita biarkan semua berlalu, dah taknak fikir lagi. Cukup! Cukup segala derita ni! Itu kata hati kita. Tapi...tahukah kita bahawa BELAJAR KECEWA ITU PENTING...supaya kita akan lebih menghargai apa yang akan kita miliki di masa akan datang. Supaya kita belajar dari kesilapan kita di masa lalu. Supaya kita bersyukur kerana kita pernah jatuh tersungkur, lalu bangun kembali.

Waktu itu kita akan sangat-sangat teringin berterima kasih kepada orang-orang yg hadir di masa lalu kita. Kalau boleh nak cakap "Kalau bukan kerana awak buat saya kecewa, saya tak akan jumpa dia. Ye...dia yang melengkapkan hidup saya sekarang. Dia yang ubatkan hati saya hingga saya mampu meneruskan hidup dengan senyuman".

Hidup...takkan pernah sunyi dari ujian. Kita yang terlalu cepat mengalah dalam hidup tanpa menyedari yang setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya.

Allah is the best planner.

Monday, April 1, 2019

Surya Apple Cider Vinegar dengan campuran madu asli, legakan kembung perut

April 01, 2019 1 Comments
Kalau sebut pasal Apple Cider Vinegar atau cuka epal ni mesti korang akan terfikir tentang apa khasiatnya kan? Mama dulu pun tak tau tentang kewujudan cuka epal ni sehinggalah masa tu office ada buat open house raya. Mama pun gigih la fikir nak masak apa untuk potluck. Rendang je mama tau masak, tapiii masalahnya dah ada orang lain nak bawak. Dipendekkan cerita pakcik google amatlah membantu, mama dapat la resepi pasta salad. Tak pernah buat sebelum ni hokay! Makanya bermulalah kesah mama mencari bahan-bahannya. Salah satu bahan yang kena letak adalah cuka epal. Kena letak satu sudu je, tapi kena beli sebotol *errr...yang lebih tu nak buat apa?*. Beli ajelah, dah nak buat pasta salad kan? Jadi jugaklah pasta salad tu, nak kata sedap sangat errr...memang sedap la *hehe mama yang makan sedap la, tak tau la orang lain...kot bukan taste diorang ke*.



Surya Apple Cider Vinegar Legakan Kembung Perut


Surya Apple Cider Vinegar



Okay itu lah kisahnya mama try Apple Cider Vinegar. Rupa-rupanya cuka epal ni banyak khasiat yang mama tak tau, ingatkan boleh buat masak je. Antara khasiatnya adalah boleh melegakan kembung perut. Korang pun mesti pernah kena kembung perut kan? Rasa tak selesa sepanjang hari dibuatnya. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Kalau musim cuti sekolah biasanya ada kenduri sana sini, makan pun macam-macam. Perut mulalah kembung, meragam dan tak selesa. Janganlah korang risau wahai sahabatku sekalian, minum je Apple Cider Vinegar dari Surya ni, confirm masalah korang tu settle.



Tak payah nak risau sangatlah kalau kembung perut haihh



Rasanya sedap tak masam sangat dan manis je, mesti korang suka minum sebab ianya mengandungi campuran madu asli. Cuka epal tu sendiri pun dah berkhasiat, ditambah lagi dengan madu asli lagi la superb! Nak bancuh dengan air sejuk pun boleh, bancuh dengan teh atau jus buah pun boleh atau nak minum terus sesudu pun boleh tak ada masalah. Cuka Epal dari Surya ni sesuai untuk diminum oleh semua lapisan masyarakat.



Pemenang Reader's Choice Award 2017


Bahan-bahan Surya Apple Cider Vinegar

Mestilah dari bahan-bahan alami yang selamat lagi boleh diminum tanpa was-was. Dihasilkan dari campuran air, madu asli, jus epal pekat dan juga cuka. Campuran madu asli tu bukan sahaja berkhasiat tapi menjadikan cuka epal dari Surya ni jadi manis dan sedap. Takdela rasa masam sampai tak boleh telan nanti.

Kita pun sedia maklum, epal merupakan buah yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan dan baik juga untuk detox. Manakala madu asli pula mempunyai kuasa bioaktif untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Cuka pula mengandungi bahan asid acetic yang membantu membersihkan usus. Gabungan bahan-bahan tersebut menjadikan korang lebih bertenaga dan sihat.



Bahan-bahan: Air, madu asli, jus epal pekat dan cuka



Beli Online Lagi Mudah

Kalau korang busy sangat tak sempat nak pegi beli, korang klik-klik je kat website LAZADA dan SHOPEE nanti sampai la depan pintu rumah atau office korang. Walaupun keje banyak macamana sekali pun, kesihatan tetap kena jaga. Beli online jimat masa dan tak payah susah payah cari parking



Kat mana lagi ada jual?

Jangan risau, kalau korang tak suka beli online sebab nak tengok sendiri depan mata, korang boleh je beli di butik Himalaya, Watsons dan farmasi-farmasi yang terpilih.



Info

Facebook: Surya Malaysia

Instagram: @surya.malaysia



Korang cubalah sendiri, mana tau sesuai menghilangkan kembung perut korang tu :). Selamat mencuba!



Friday, March 22, 2019

Vitamin C Serum by Annona I likeee!!!

March 22, 2019 0 Comments
Salam Jumaat semua...

Sebelum ni mama dah share kebaikan Vitamin C Serum by Annona di sini. Kali ni mama nak share pengalaman mama sendiri menggunakan Vitamin C Serum by Annona ni. Mana tau kalau korang pun tengah fikir nak try juga produk ni, boleh la baca review mama ni.







Kulit sensitif memang susah sikit nak jaga. Jangan silap guna produk sikit, habis muka berparut sana sini. Mama paling alergik dengan parut kat muka ni. Nak hilangkan punya la azab, makan tahun tau! Mama pulak jenis tak sabar, kalau mama guna produk tu sebulan dua takde kesan, memang kaedah dia mama tukar produk lain la jawabnya. Kadang-kadang produk tu memang banyak orang guna, elok kat kulit diorang...tapi belum tentu elok untuk kulit mama. Mahal macamana atau produk berjenama antarabangsa sekali pun, kalau tak sesuai dengan mama memang takkan elok juga.


Testimoni Pengguna VCS

Makanya, bermulalah episod mama meng google sana sini mencari info tentang serum. Macam-macam jenis, sehingga mama jumpa Vitamin C Serum ni. Mama baca testimoni pengguna yang dah try produk ni, rasanya macam tak salah kalau mama cuba. Manalah tau, kali ni sesuai.

Jerawat nampak kurang berbanding sebelum tu


Kulit muka nampak makin cerah dan jerawat berkurang

Gambar sumber: Facebook Vitamin C Serum


Testimoni pengguna agak mempengaruhi mama untuk mencuba sendiri Vitamin C Serum by Annona ni. Mama dah tak larat dah nak tengok jerawat, parut jerawat, liang pori terbuka kat muka mama ni. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan diri dibuatnya. 


Kesan Penggunaan VCS Selepas 3 minggu

Kesannya dapat dilihat awal juga, tapi tak adalah drastik sangat. Mula-mula mama rasa kulit mama menjadi lembap dan jerawat semakin mengecut. Biasanya kalau mama nak cuba sesuatu produk, mama akan menggunakan secara konsisten untuk melihat kesannya. Lepas dah nampak kesan barulah ada cheat day, kadang-kadang ter skip sebab malas hehehe.

Mama suka VCS ni sebab cara penggunaannya senang sangat. Titiskan 2 atau 3 titis di muka, dap-dap lepas tu siap. Tekstur VCS ni pun tak terlalu likat dan berminyak. Mama memang tak suka produk yang berminyak sebab nanti mama rasa macam pakai pinggan kat muka hehe.


VCS by Annona


Titiskan 2 titis

Tekstur tidak berminyak, berbau wangi oren

Kesan selepas guna 3 minggu
Gambar ni mama tak pakai makeup langsung


Personal Review

Vitamin C Serum by Annona mengandungi anti-oksidan yang tinggi membolehkan pembaikan tisu kulit yang rosak lebih cepat. Menjadikan kulit lembap, liang pori menjadi kecil, warna kulit lebih sekata dan parut jerawat serta jeragat pudar. Tidak menyebabkan alahan kepada kulit dan tidak berminyak.


Cubalah sendiri :)


Info 

Facebook: Vitamin C Serum

Instagram: @vcs_annona

Telefon: 010-842 4243



Be good to your skin. You'll wear it everyday for the rest of your life