Monday, September 24, 2018

Malaysian Village Themed Petting Zoo - Farm In The City best ke tak?

September 24, 2018 8 Comments

Amaran!
 Entri ini mengandungi unsur-unsur kecomelan yang melampau.
Sila jangan senyum sorang-sorang kalau anda baca entri ni depan isteri ;)

.
.
.

Baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari sekali lagi mengadakan Family Day 2018. Kebetulan mama memang dah takde aktiviti dah time tu. Cuti 10 hari straight termasuk public holiday mau tak heaven :). Settle balik kampung, bawa mak check up kat HUKM, makanya...tinggal berbaki sehari dua boleh la bawa anak-anak ke Farm In The City.

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

Kami sampai awal juga dalam 8.45 pagi melalui MEX highway. Berkumpul kat situ pukul 9.00 pagi. Sempat berbual, bergambar sambil tunggu Farm In The City buka pukul 9.30 pagi. Bukan senang tau nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Maklumlah masing-masing ada komitmen sendiri. Kali ni lebih kurang 30 family dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut serta dalam Family Day KBBA9 ni. 

Muka happy dapat berkumpul ramai-ramai

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Kumpulan A bergerak masuk dulu, diberi penerangan oleh staf Farm In The City yang ceria lagi peramah.
Kumpulan A

Malaysian Village - Themed Petting Zoo

Kebiasaannya, kanak-kanak belajar dari pemerhatian mereka. Lebih mudah mereka faham sesuatu kalau dapat melihat sendiri haiwan-haiwan secara live. Farm In The City ini memang sesuai untuk mendekatkan anak-anak kita kepada haiwan dan alam semulajadi. Bukan sahaja haiwan-haiwan di sini jinak, malah kawasan persekitaran yang bertemakan kampung amat mendamaikan mata yang melihat.

Anak-anak zaman sekarang memang tak dapat merasai pengalaman mak ayah mereka sewaktu zaman kanak-kanak. Mendengar kokokan ayam di waktu pagi, bagi makan itik dan burung, menghalau kambing masuk ke reban *priceless moment*. Di Farm In The City anak-anak akan merasai pengalaman baru yang menggembirakan dengan pelbagai jenis spesis haiwan. Kebanyakan haiwan-haiwan di sini tidak dikurung jadi anak-anak dapat bermain dan memberi haiwan makan secara dekat.

Jom kita layan gambar pulak.

Harga Promosi Family Package 2 dewasa + 2 kanak-kanak

Kanak-kanak bawah 90cm percuma je masuk sini

Tempat wajib bergambar kalau datang sini

Mmbek Mmbek House ni ada macam-macam jenis kambing

Belakang entrance ni jalan menuju ke Ticket Counter

Roccoon yang comel, suka 'Give Me Five' nak minta makanan.

 
Beratur *pony ride*

Pony ride ni memang best sangat, seround je tau. Kalau nak lagi seround kena bayar RM7 lagi

Nafis berkenan sangat dengan kura-kura ni, macam nak bawa balik rumah

Savannah: Kandang ni ada rusa, kambing, kambing biri-biri dan kura-kura

Tengah snap gambar Nafis, mbekk ni muncul. 
Nak jugekk :)

Muka ada senyum :)

Goreng pon sodap ni

Longkang Fishing: Sini tempat paling budak-budak suka, boleh tangkap ikan sendiri.
Nafis muka stress tak dapat ikan, Rizqi pulak sampai seluar basah termasuk dalam longkang tu

Ikan-ikan kat sini banyak giler tunggu Aleesya bagi makan

Rizqi dengan Geng Kembar Tiga asyik sangat tengok kura-kura

Burung hantu ni duduk je bertenggek kat situ tak peduli orang pun

Errrr...memang tak la nak pegang ular tu, macamana ntah budak-budak ni berani

Alpaca *merupakan spesis unta berbulu lembut yang pertama di Malaysia*
Dia keluar sekejap je dalam beberapa minit lepas tu kena masuk kandang balik

Kalau datang sini korang jangan lupa tengok Parrot Show ni. 
Memang bijak siap boleh naikkan bendera, bersiul, terbaring heee cute betul

We will come back again Farm In The City

Ikutkan banyak lagi haiwan-haiwan kat sini yang tak sempat ambil gambar, maklumlah bawak 3 budak-budak lasak ni. Diorang happy sangat datang sini, sampai tak heran dah mak ayah diorang tertinggal kat belakang.

Personal Review

Berbaloi bawa keluarga datang ke Farm In The City ni. Selain tempat yang luas, haiwan-haiwan yang jinak, cergas dan mesra alam, suasana kampung menggamit ketenangan pengunjung. Kemudahan seperti surau, toilet, kedai cenderamata, tempat makan, sinki untuk cuci tangan di setiap stesen haiwan pun disediakan. Di setiap kandang haiwan ada diberi makanan haiwan setiap seorang. Tapi kalau nak banyak, boleh je beli di pintu masuk atau di vending machine. 

Kalau tak sempat sarapan sebelum datang, boleh je makan kat dalam Farm In The City ni. Ada makanan, minuman dan aiskrim dijual dalam ni. Selain boleh beri makan haiwan-haiwan kat sini, ada juga aktiviti macam pony ride untuk anak-anak naik. Anak-anak enjoy, mak dan ayah pun sama :). Memang BEST!


Info:

Operating Hours:
Weekdays10:00am-6:00pm
Weekend09:30am-6:00pm


Tutup setiap Selasa, kecuali Cuti Umum dan cuti sekolah

Website:
https://www.farminthecity.my

Customer Service Hotline:
+603-89412099

Address: 
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia