Monday, April 17, 2023

Kenapa Saya Pilih Kieslect Lady Calling Watch Lora?

April 17, 2023 1 Comments

Kali ni sempat la i share tentang smartwatch terpaling baru dari Kieslect. I berkenan sangat dengan smartwatch ni sebab nampak feminin je bila pakai. Berbanding smartwatch lain yang terlalu nampak sporty dan sukar dipadankan dengan baju formal.



Kieslect Lady Calling Watch Lora






Pengenalan


Kieslect telah mewujudkan rangkaian pengedaran yang mantap, membekalkan jam tangan pintar yang bergaya kepada lebih 5,000 kedai di lebih 60 negara. Sejak penubuhannya pada 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wireless terkemuka dan syarikat terpilih lain dengan teknologi teras untuk menerima dan menerajui dunia baharu barangan pintar yang berkualiti dengan reka bentuk yang elegan. Kieslect menggaji 600 orang di seluruh dunia, dan semua produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA, menunjukkan kebolehpercayaan jenama dan pematuhan kepada piawaian kualiti.






 

Kieslect memfokuskan untuk membawa keyakinan dan keaslian orang ramai melalui semangat kreatif mereka. Dengan menggabungkan teknologi wireless termaju dengan reka bentuk bergaya dan pemahaman mendalam tentang permintaan pasaran, Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah reka bentuk antarabangsa, termasuk Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Ini menunjukkan bahawa reka bentuk produk Kieslect serta kegunaannya boleh memenangi hati orang ramai dengan mudah.

 

Kieslect juga memberi penekanan yang besar pada kegunaan produknya, berusaha untuk memberikan reka bentuk yang menarik, kualiti unggul dan nilai terbaik untuk pelanggan. Semua jam tangan pintar Kieslect didatangkan dengan pelbagai fungsi, termasuk menerima panggilan terus pada pergelangan tangan, panggilan Bluetooth yang stabil, pemain muzik yang elegan, mod sukan yang berbeza dan banyak lagi. Ini memberikan pengguna rasa gaya dan kemudahan, membolehkan mereka menjalankan semua keperluan mereka dengan mudah pada jam tangan pintar mereka.





Lady Smartwatch


The Lady Smartwatch Series termasuk juga Kieslect Lady Calling Watch Lora. Kieslect Lady Calling Watch Lora ni sesuai untuk wanita dan sangat user friendly. Ada tiga colour menarik iaitu pink, gold dan purple. I pilih gold colour sebab senang nak matchy dengan apa2 outfit. Bila pakai Kieslect Lady Calling Watch Lora ni terus nampak bergaya dan stylo. Tak nampak sporty sangat, sebab ianya memang direka untuk ladies.



User friendly dan tak nampak bulky


Kehidupan moden sekarang, semua kena pantas dan cekap. Kadang-kadang i lupa nak jaga kesihatan diri sendiri. Bila pakai Kieslect Lady Calling Watch Lora ni senang sangat sebab jam ni bukan sahaja fashionable tetapi juga banyak features, stylish design ikut taste wanita zaman moden.





Kenapa Pilih Kieslect Lady Calling Watch Lora?

Kenapa i pilih Kieslect Lady Calling Watch Lora dari Kieslect Malaysia ni? 👇


1.  3D Full View Colourful Display


3D Full View Colourful Display

Kieslect Lady Calling Watch Lora ada 3D Full View Colourful Display, special screen ni provides clear visibility, macam magnifying glass yang menjadikan font pada jam tangan kelihatan lebih besar dan jelas, meningkatkan lagi my viewing experience.






2. Fadeless Aluminium Case - sesuai untuk formal, sport dan casual



Fadeless Aluminium Case




Kieslect Lady Calling Watch Lora sesuai untuk formal

Fadeless Aluminium Case, ditambah dengan reka bentuk bergaya oleh fadeless Aluminium Alloy Case. Penampilan Kieslect Lady Calling Watch Lora yang cantik menjadikan jam tangan sebagai aksesori yang menarik dan bergaya yang melengkapkan kedua-dua pakaian kasual dan formal, meningkatkan gaya keseluruhan bila dipakai.




Kieslect Lady Calling Watch Lora sesuai juga untuk casual




Jalan kaki je



Bersukan sesuai sangat pakai Kieslect Lady Calling Watch Lora




3. Stable Bluetooth 5.2 Connection


Bila received atau call, suara pemanggil clear dan tak pecah


Stable Bluetooth 5.2 Connection, stronger connectivity, reliable speakers & mic for crystal-clear phone calls with rich, natural sound. Bila pick up call, suara pemanggil clear dan tak pecah







4. High Definition Music Playlist on Wrist


Boleh dengar muzik sambil bersenam




High Definition Music Playlist on Wrist


Paling best boleh dengar muzik guna Kieslect Lady Calling Watch Lora. High Definition Music Playlist on Wrist ni boleh connect Kieslect Lady Calling Watch Lora dgn smartphone via Bluetooth 5.2 dan boleh dengar lagu favourite semasa bersenam, hiking atau berjalan bersiar-siar.




5. 70 Sports Modes


Ada 70 sports modes


70 sports modes, Kieslect Lady Calling Watch Lora menawarkan banyak pilihan untuk semua wanita, termasuk kalori dan step counts.







6. SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring


Monitor Spo2





Sleep monitoring


SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring - Kieslect Lady Calling Watch Lora tau keadaan kesihatan i lebih baik daripada i sendiri tau 😍






7. Female Menstrual Reminder


Female Menstrual Reminder


Kieslect Lady Calling Watch Lora ada Female Menstrual Reminder. Lora akan ingatkan i tentang hari-hari istimewa dalam bulan itu, untuk membantu menjaga diri i dengan lebih baik!
















8. Customizable watch faces


Tukar watch faces ni pula


Paling i suka, Kieslect Lady Calling Watch Lora ada Customizable watch faces. Boleh download di Apps atau boleh letak gambar korang atau gambar your love one juga ;)


Letak gambar sendiri ;)







9. 2-in-1 Chip - stable, fast, energy efficient smartwatch calling


Senang nak call, kat lengan je

Thanks 2-in-1 chip, power consumption adalah 30% lower daripada dual chip membolehkan Kieslect Lady Calling Watch Lora bersaing dengan top 10 jam tangan nipis calina dari segi hayat bateri. Enjoy pengalaman guna Kieslect Lady Calling Watch Lora yang pantas, stabil dan energy-efficient smartwatch calling


Charging time



Ketahanan bateri 2-4 hari mengikut cara penggunaan masing-masing







10. Quick Release Magnetic Strap


Suka sangat sebab magnetic strap Kieslect Lady Calling Watch Lora ni senang pakai dan tak mudah tertanggal. Kalau nak pakai baju kurung atau formal, boleh tukar kepada Princess strap. Strap ni blink2 cantik, takde la nampak sporty je penampilan bila pakai smartwatch kan.



Princess strap



Magnetic strap












11. AI voice Assistant


Senang pakai AI Assistant ni. Sebut je "call mom", "play music", Kieslect Lady Calling Watch Lora terus ikut arahan. Mudah kerja






12. Kelebihan lain


Kieslect Lady Calling Watch Lora ada banyak kelebihan tau. Ada built in games, waterproof, ada password protection, fungsi find phone, camera control, drinking reminder, calculator, stopwatch, alarms, timer, weather forecast, flashlight, quick message reply dan SOS. Banyak kan function smartwatch ni, best tau!


Okay korang boleh tengok IG reels video di link ini atau video di bawah ni.








Maklumat Lanjut



Kieslect Official Selling Platform:
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus discount rm5 voucher: KIESLORA

Kieslect Calling Watch KS Bonus Discount Rm10 voucher: KIESKS
*First come first serve*




 

*KIESLECT menawarkan insurans jaminan gantian selama setahun untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Walau bagaimanapun, jika produk rosak disebabkan faktor manusia, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.

 

 

Kieslect Official Selling Platform:

Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

 

 

Kieslect Official Social Media Platform:

Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY

Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/

Twitter: https://twitter.com/KieslectMY

Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR

TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia




Sunday, March 19, 2023

Yang Pernah Mengalah

March 19, 2023 0 Comments


Benar, luka itu akan sembuh

Pasti ada jalan buatkan ianya sembuh

Tapi, mampukah dihadapi dengan tabah?


Belajar melalui pengalaman

Pengalaman hidup itu universiti kehidupan

Mengajar kita bangkit berdiri setelah jatuh tersungkur


Benarkah, kita cekal?

Atau berpura-pura cekal untuk meneruskan hidup?

Benarkah, kita tabah?

Sedang dalam hati pelbagai persoalan muncul

Pernah menyalahkan diri sendiri

Pernah juga menyalahkan takdir

Lalu...

Apakah kita benar telah menang dalam hidup

Sedang hakikatnya tidak


Dan...

Akhirnya...

Mengalah...


Buat semua hati yang sedang terluka

Kuatlah

Jangan biar ianya terluka selamanya

Kerna...

Yang tertulis pergi, tetap akan pergi

Yang tinggal memori, abadikannya jadi yang indah...






Friday, March 17, 2023

Rindu Yang Tak Terucap

March 17, 2023 0 Comments
Pernah berkali-kali rindu itu datang.
Berkali-kali juga memujuk hati untuk bertenang. Apalah sangat perasaan rindu itu jika nak dibandingkan dengan kesedihan.






Rupanya sangkaan itu silap. Rindu dan kesedihan adalah satu. Bila rindu datang, package nya adalah sedih. Kenapa? Rindu itu di dalam hati, tak terungkap, tak terucap, tak tergambarkan. Seolah jika di gambarkan, tak ada siapa memahami. Lalu bersedihlah...kerna tiada yang mampu memahami mahu pun difahami. Hanya kita dan Dia Si Pencipta sahaja yang tahu.



Allah...jika benar rindu ini boleh di sampaikan pada insan yang dirindui, sampaikanlah. Walaupun melalui angin lalu. Biar rindu ini sampai kepadanya (insan yang dirindui itu) lalu dirinya juga seolah tersentak. 



Tapi...bagaimana pula kita jika kita merindui orang yang tak pernah peduli? Tidak kisahkan langsung sama ada kita wujud atau tidak. Atau insan tersebut tidak memikirkan lamgsung tentang kita malah sedang bergembira dengan kehidupannya?



Beginilah kehidupan, ada masanya rindu berbalas...adakalanya tidak. Namun inilah perasaan yang semua orang pernah alami. Sama ada sedar atau tidak, atau pura-pura tidak perasan terhadap perasaan sendiri. Atau tidak mahu mengikut perasaan sendiri. Tetapi ianya tetap digelar RINDU...






Tarbus Buffet Dinner Di Klana Beach Resort Port Dickson

March 17, 2023 0 Comments

WARNING!

SILA JANGAN GEGET PHONE SCREEN ANDA KERANA POST INI MENGANDUNGI BANYAK GAMBAR-GAMBAR MAKANAN SEDAP YANG BAKAL BUATKAN ANDA TERUS LAPAR ;)

.


.


.


Assalamualaikum semua,


Apa khabar semua, sihat ke tu? 

Macamana persiapan korang nak sambut buka sekolah ni? Dah beli ke barang-barang anak semua? Lepas BTS, nak sambut puasa...lepas tu nak raya dah. Lajunya masa bergerak kan? 



Okay, topik sebenar adalah baru-baru ni kitorang ke Klana Beach Resort Port Dickson. Perjalanan dari rumah kami di Seremban hanya dalam setengah jam je. Tak sempat nak tido dah sampai. View kat sini memang best sangat, bilik tepi laut. Boley nampak laut bila bangun tido, nyaman dan tenang sangat.



Ramadan tinggal beberapa hari je lagi ni. Ni i nak share tempat berbuka puasa menarik, harga berpatutan + view tepi laut + canopy cantik lagi gitteww. Taknak kee fefeeling angin sepoi bahasa masa buka puasa nanti :)


Cantik canopy ni, kena pulak angin laut fuhh






Tarbus Buffet Dinner Di Klana Beach Resort Port Dickson



Kali ni di Klana Beach Resort Port Dickson menghidangkan Tarbus Buffet Dinner. Lain dari yang lain tau konsep "Tarbus Buffet Dinner" kali ni. Menu seperti Lamb Khabsa Rice, Tandoori Chicken Rice, Lamb with Briyani Rice and Chicken Mandy Rice adalah antara makanan yang akan disajikan. Korang boleh try menu arabian semasa berbuka puasa nanti.




Padanan menu yang menarik




Lamb Khabsa Rice











Pelbagai Hidangan Negeri Sembilan Di Nismilan Corner



Nismilan Corner menghidangkan menu Authentic Negeri Sembilan


"Nismilan Corner" masih kekal seperti tahun2 lepas tau. Ni antara favourite tau bagi penggemar makanan podeh nismilan, haa baru best berbuka bersama family kan. 



Telur itik Cili Api Pucuk Ubi





Puyuh Goreng Berlado





Sambal ikan bilis pucuk ubi



Menu seperti Telur Itik Cili Api bersama pucuk ubi dan terung pipit, Rendang Daging bersama Daun Maman, Puyuh goreng berlado, Sambal kering ikan bilis pucuk ubi adalah antara menu harian yg terdapat di NS corner. Adoyaii cerita pun dah terliur. Memang sedap tau, i paling suka sambal ikan bilis pucuk ubi dan rendang maman.



Keli salai air asam





Nangka muda masak lemak ikan masin




Ni sebahagian je gambar yang i letak, ada banyak lagi menu Nismilan yang menarik tertarik kau memang da boom untuk korang cuba. Confirm lepas tu korang terus boleh cakap loghat Nismilan dengan fasih la bila dah makan menu podeh ni hehehe.







Menu Masakan Panas



Goreng-goreng ni antara stall yang ramai sangat peminat


Bagi menu masakan panas, tahun ini Klana Beach Resort PD menawarkan 8 putaran menu untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung dan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pilihan masakan panas yang berbeza setiap kali kehadiran mereka ke “Tarbus Buffet Dinner”. 




Ni mee kari tom yam





Sedap!





Kibas Golek Menu Signature Klana Beach Resort


Kibas golek ni diperap dengan rempah dan dipanggang


Tidak dilupakan, yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan menjelma adalah signature Klana Beach Resort Port Dickson iaitu Kibas Golek dan juga Sup Kibas. Ni yang paling ditunggu2 tiap kali Ramadan, confirm beratur kat section Kibas Golek ni. 



Masa ni orang belum beratur panjang lagi




Sos ada 3 jenis - mushroom, black pepper dan sos istimewa




Selain kibas golek, sup kibas pun ada




Sup kibas


Kalau korang tak pernah try lagi kibas golek, boleh ambil kesempetan try tau. Biasanya kalau pegi Buffet Ramadan kita cari kambing golek, tapi di sini lain dari yang lain ada kibas golek. Jadi sempena Tarbus Buffet Dinner korang boleh merasai keenakan serta kelazatan daging kibas. 






Menu Kanak-kanak Untuk Pembuka Selera Si Cilik 



Suka la tu ada Kids Corner


Bagi kanak-kanak, Klana Beach Resort PD turut menyediakan satu stall yang menyediakan rotation menu yang berbeza antaranya spaghetti meatball, spaghetti chicken carbonara, spaghetti aglio olio dan spaghetti seafood chowder. Tak lupa juga, stall ice cream homemade ye yang disediakan oleh chef mereka.



Spaghetti je, kuah dia lupa pulak nak ambik gambar :)
 




Selera makan, tak tengok kiri kanan dah tu




Eskem favourite kanak-kanak pun ada




Layankan adik dia makan eskem






Menu Pencuci Mulut, Kurma Dan Minuman


Ni korang boley tengok gambar-gambar bawah ni ye, macam-macam ada.


Minuman pun sedap-sedap, banyak pilihan. 
Ni separuh je, ada lagi laici kang dan lain-lain




Ni pulak aneka cucur, kurma, kismis dan manisan





Pencuci mulut berwarna warni


Korang boley tengok banyak lagi gambar dan menu menarik di link ini dan video  di link ini.






Menu Lain-Lain


Di bahagian cafe hotel pula ada dihidangkan pelbagai jenis menu juga. Antara yang menarik adalah rendang ayam, daging masak hitam, gulai lemak ikan masin dengan nanas, ulam-ulaman dan sambal belacan, kerabu dan sayur-sayuran pun ada.







Mom & Aleesya






Suka tengok deko, menarik nampak klasik sangat







Sayuran dan ulam





Kerabu mangga
 




Daging masak hitam
 




Rendang ayam
 




Gulai lemak ikan masin dengan nenas





Sambal belacan pembuka selera







Harga Buffet Ramadan 2023 


Harga Buffet Ramadan RM68.00 dewasa manakala Kanak-kanak dan warga emas pada harga RM30.00. Promosi Early Bird dengan diskaun sebanyak RM58.00 dewasa dan masih di buka sehingga sebelum bermulanya Ramadan.





Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Jualan dan Pemasaran di talian 016-6619030 / sales@klanabeachresortpd.com.my.


Ingat Kibas, Ingat @klanabeachresortpd



Jumpa lagi di next post...byeee




#klanabeachresortpd #tarbusbuffetdinner #buffetramadan #kibasgolek #seleranismilan #ramadan #ramadantiba #iftar #menuberbuka #balaiceraptelukkemang #food #kbba9