WARNING!
SILA JANGAN GEGET PHONE SCREEN ANDA KERANA POST INI MENGANDUNGI BANYAK GAMBAR-GAMBAR MAKANAN SEDAP YANG BAKAL BUATKAN ANDA TERUS LAPAR ;)
.
.
.
Assalamualaikum semua,
Apa khabar semua, sihat ke tu?
Macamana persiapan korang nak sambut buka sekolah ni? Dah beli ke barang-barang anak semua? Lepas BTS, nak sambut puasa...lepas tu nak raya dah. Lajunya masa bergerak kan?
Okay, topik sebenar adalah baru-baru ni kitorang ke Klana Beach Resort Port Dickson. Perjalanan dari rumah kami di Seremban hanya dalam setengah jam je. Tak sempat nak tido dah sampai. View kat sini memang best sangat, bilik tepi laut. Boley nampak laut bila bangun tido, nyaman dan tenang sangat.
Ramadan tinggal beberapa hari je lagi ni. Ni i nak share tempat berbuka puasa menarik, harga berpatutan + view tepi laut + canopy cantik lagi gitteww. Taknak kee fefeeling angin sepoi bahasa masa buka puasa nanti :)
|
Cantik canopy ni, kena pulak angin laut fuhh |
Tarbus Buffet Dinner Di Klana Beach Resort Port Dickson
Kali ni di Klana Beach Resort Port Dickson menghidangkan Tarbus Buffet Dinner. Lain dari yang lain tau konsep "Tarbus Buffet Dinner" kali ni. Menu seperti Lamb Khabsa Rice, Tandoori Chicken Rice, Lamb with Briyani Rice and Chicken Mandy Rice adalah antara makanan yang akan disajikan. Korang boleh try menu arabian semasa berbuka puasa nanti.
|
Padanan menu yang menarik |
|
Lamb Khabsa Rice |
Pelbagai Hidangan Negeri Sembilan Di Nismilan Corner
|
Nismilan Corner menghidangkan menu Authentic Negeri Sembilan |
"Nismilan Corner" masih kekal seperti tahun2 lepas tau. Ni antara favourite tau bagi penggemar makanan podeh nismilan, haa baru best berbuka bersama family kan.
|
Telur itik Cili Api Pucuk Ubi |
|
Puyuh Goreng Berlado |
|
Sambal ikan bilis pucuk ubi |
Menu seperti Telur Itik Cili Api bersama pucuk ubi dan terung pipit, Rendang Daging bersama Daun Maman, Puyuh goreng berlado, Sambal kering ikan bilis pucuk ubi adalah antara menu harian yg terdapat di NS corner. Adoyaii cerita pun dah terliur. Memang sedap tau, i paling suka sambal ikan bilis pucuk ubi dan rendang maman.
|
Keli salai air asam |
|
Nangka muda masak lemak ikan masin
|
Ni sebahagian je gambar yang i letak, ada banyak lagi menu Nismilan yang menarik tertarik kau memang da boom untuk korang cuba. Confirm lepas tu korang terus boleh cakap loghat Nismilan dengan fasih la bila dah makan menu podeh ni hehehe.
Menu Masakan Panas
|
Goreng-goreng ni antara stall yang ramai sangat peminat |
Bagi menu masakan panas, tahun ini Klana Beach Resort PD menawarkan 8 putaran menu untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung dan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pilihan masakan panas yang berbeza setiap kali kehadiran mereka ke “Tarbus Buffet Dinner”.
|
Ni mee kari tom yam |
|
Sedap! |
Kibas Golek Menu Signature Klana Beach Resort
|
Kibas golek ni diperap dengan rempah dan dipanggang |
Tidak dilupakan, yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan menjelma adalah signature Klana Beach Resort Port Dickson iaitu Kibas Golek dan juga Sup Kibas. Ni yang paling ditunggu2 tiap kali Ramadan, confirm beratur kat section Kibas Golek ni.
|
Masa ni orang belum beratur panjang lagi
|
|
Sos ada 3 jenis - mushroom, black pepper dan sos istimewa |
|
Selain kibas golek, sup kibas pun ada |
|
Sup kibas |
Kalau korang tak pernah try lagi kibas golek, boleh ambil kesempetan try tau. Biasanya kalau pegi Buffet Ramadan kita cari kambing golek, tapi di sini lain dari yang lain ada kibas golek. Jadi sempena Tarbus Buffet Dinner korang boleh merasai keenakan serta kelazatan daging kibas.
Menu Kanak-kanak Untuk Pembuka Selera Si Cilik
|
Suka la tu ada Kids Corner |
Bagi kanak-kanak, Klana Beach Resort PD turut menyediakan satu stall yang menyediakan rotation menu yang berbeza antaranya spaghetti meatball, spaghetti chicken carbonara, spaghetti aglio olio dan spaghetti seafood chowder. Tak lupa juga, stall ice cream homemade ye yang disediakan oleh chef mereka.
|
Spaghetti je, kuah dia lupa pulak nak ambik gambar :) |
|
Selera makan, tak tengok kiri kanan dah tu |
|
Eskem favourite kanak-kanak pun ada |
|
Layankan adik dia makan eskem |
Menu Pencuci Mulut, Kurma Dan Minuman
Ni korang boley tengok gambar-gambar bawah ni ye, macam-macam ada.
|
Minuman pun sedap-sedap, banyak pilihan. Ni separuh je, ada lagi laici kang dan lain-lain |
|
Ni pulak aneka cucur, kurma, kismis dan manisan |
|
Pencuci mulut berwarna warni |
Korang boley tengok banyak lagi gambar dan menu menarik di link ini dan video di link ini.
Menu Lain-Lain
Di bahagian cafe hotel pula ada dihidangkan pelbagai jenis menu juga. Antara yang menarik adalah rendang ayam, daging masak hitam, gulai lemak ikan masin dengan nanas, ulam-ulaman dan sambal belacan, kerabu dan sayur-sayuran pun ada.
|
Mom & Aleesya |
|
Suka tengok deko, menarik nampak klasik sangat |
|
Sayuran dan ulam |
|
Kerabu mangga |
|
Daging masak hitam |
|
Rendang ayam |
|
Gulai lemak ikan masin dengan nenas |
|
Sambal belacan pembuka selera |
Harga Buffet Ramadan 2023
Harga Buffet Ramadan RM68.00 dewasa manakala Kanak-kanak dan warga emas pada harga RM30.00. Promosi Early Bird dengan diskaun sebanyak RM58.00 dewasa dan masih di buka sehingga sebelum bermulanya Ramadan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Jualan dan Pemasaran di talian 016-6619030 / sales@klanabeachresortpd.com.my.
Ingat Kibas, Ingat @klanabeachresortpd
|
Jumpa lagi di next post...byeee |
#klanabeachresortpd #tarbusbuffetdinner #buffetramadan #kibasgolek #seleranismilan #ramadan #ramadantiba #iftar #menuberbuka #balaiceraptelukkemang #food #kbba9
No comments:
Post a Comment