DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif
ayeesha anna
April 02, 2018
1 Comments
DASHING, jenama produk penjagaan diri
lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif
iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi
kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin,
segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.
Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan
keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin
namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT
mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya
ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif
pada masa lapang.
Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa.
Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau
melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh
lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang
dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan.
Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap
kepentingan menjaga bau badan.
Untuk menangani masalah bau badan dan
sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan
harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta
meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang
tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang
bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama
dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.
Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini
memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran
kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING
SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan
Eau De Toilette.
Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam
tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi
anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di
baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.
DASHING SPORT Eau De Toilette dengan
haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang
sporty bersaiz 50 ml.
Rangkaian produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan
Golden Boot.
DASHING Hitman dicipta khas untuk
lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma
kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender
berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap
lelaki aktif.
Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai
haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento
memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir
dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat
dilupakan.
Keluaran edisi terhad rangkaian
DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk
Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.