Friday, March 22, 2019

Vitamin C Serum by Annona I likeee!!!

March 22, 2019 0 Comments
Salam Jumaat semua...

Sebelum ni mama dah share kebaikan Vitamin C Serum by Annona di sini. Kali ni mama nak share pengalaman mama sendiri menggunakan Vitamin C Serum by Annona ni. Mana tau kalau korang pun tengah fikir nak try juga produk ni, boleh la baca review mama ni.







Kulit sensitif memang susah sikit nak jaga. Jangan silap guna produk sikit, habis muka berparut sana sini. Mama paling alergik dengan parut kat muka ni. Nak hilangkan punya la azab, makan tahun tau! Mama pulak jenis tak sabar, kalau mama guna produk tu sebulan dua takde kesan, memang kaedah dia mama tukar produk lain la jawabnya. Kadang-kadang produk tu memang banyak orang guna, elok kat kulit diorang...tapi belum tentu elok untuk kulit mama. Mahal macamana atau produk berjenama antarabangsa sekali pun, kalau tak sesuai dengan mama memang takkan elok juga.


Testimoni Pengguna VCS

Makanya, bermulalah episod mama meng google sana sini mencari info tentang serum. Macam-macam jenis, sehingga mama jumpa Vitamin C Serum ni. Mama baca testimoni pengguna yang dah try produk ni, rasanya macam tak salah kalau mama cuba. Manalah tau, kali ni sesuai.

Jerawat nampak kurang berbanding sebelum tu


Kulit muka nampak makin cerah dan jerawat berkurang

Gambar sumber: Facebook Vitamin C Serum


Testimoni pengguna agak mempengaruhi mama untuk mencuba sendiri Vitamin C Serum by Annona ni. Mama dah tak larat dah nak tengok jerawat, parut jerawat, liang pori terbuka kat muka mama ni. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan diri dibuatnya. 


Kesan Penggunaan VCS Selepas 3 minggu

Kesannya dapat dilihat awal juga, tapi tak adalah drastik sangat. Mula-mula mama rasa kulit mama menjadi lembap dan jerawat semakin mengecut. Biasanya kalau mama nak cuba sesuatu produk, mama akan menggunakan secara konsisten untuk melihat kesannya. Lepas dah nampak kesan barulah ada cheat day, kadang-kadang ter skip sebab malas hehehe.

Mama suka VCS ni sebab cara penggunaannya senang sangat. Titiskan 2 atau 3 titis di muka, dap-dap lepas tu siap. Tekstur VCS ni pun tak terlalu likat dan berminyak. Mama memang tak suka produk yang berminyak sebab nanti mama rasa macam pakai pinggan kat muka hehe.


VCS by Annona


Titiskan 2 titis

Tekstur tidak berminyak, berbau wangi oren

Kesan selepas guna 3 minggu
Gambar ni mama tak pakai makeup langsung


Personal Review

Vitamin C Serum by Annona mengandungi anti-oksidan yang tinggi membolehkan pembaikan tisu kulit yang rosak lebih cepat. Menjadikan kulit lembap, liang pori menjadi kecil, warna kulit lebih sekata dan parut jerawat serta jeragat pudar. Tidak menyebabkan alahan kepada kulit dan tidak berminyak.


Cubalah sendiri :)


Info 

Facebook: Vitamin C Serum

Instagram: @vcs_annona

Telefon: 010-842 4243



Be good to your skin. You'll wear it everyday for the rest of your life

Friday, March 1, 2019

Vitamin C Serum by Annona, bukan sekadar serum...

March 01, 2019 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang...

Mama sebenarnya dah lama dah cari serum yang sesuai dengan kulit mama ni. Kulit mama memang banyak masalah sebenarnya, kalau sekali dia buat hal makanya memang berparut la muka mama. Parut memang mencacatkan muka, walaupun boleh cover dengan foundation tebal tapi tetap nampak juga kesannya.

Jadi bermulalah kisah mama bertukar-tukar dari satu produk ke produk yang lain sehinggalah mama jumpa dengan Vitamin C Serum dari Annona ni. Dalam membeli produk, yang paling mama titik beratkan adalah produk tersebut selamat dan bahan-bahannya juga tidak diragui. Memang google sana sini dulu kalau nak cuba sesuatu produk. Dah try nanti baru tengok kesannya ok ke tak. Kalau tak ok, at least mama dah pernah cuba.

Produk yang mama cuba tak semestinya mahal je tau. Mahal belum tentu menjamin keserasian ke atas kulit mama ni. Kulit mama memang sejak remaja sampai ke tua ni pun masih manja lagi. Nak dibelai je selalu, kalau buat endah tak endah dia meradang hehe. Dah macam orang jugak perangainya. Ok, berbalik kepada topik Vitamin C Serum Annona ni, apa yang mama suka tentang produk ni?


Keistimewaan Vitamin C Serum Annona

Vitamin C Serum (VCS) ni mengandungi Hyaluronic Acid iaitu bahan yang  bagus untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit. Kulit ada beberapa lapisan, jadi Hyaluronic Acid ni membantu kulit jadi moist. Bila kulit lembap, makeup pun akan lebih sekata, tak bercapuk dan tahan lebih lama. Warna kulit akan kelihatan sekata. Kulit memang memerlukan kelembapan supaya nampak lebih berseri dan tidak pucat. Hyaluronic Acid juga banyak digunakan sebagai 'filler' oleh selebriti antarabangsa dalam pembedahan plastik. Ianya di suntik pada bibir dan boleh buat bibir nampak mungil. Ia disuntik pada pipi dan boleh buat pipi nampak montok. Ia di suntik pada ruang antara kedutan dan boleh buat kedutan tidak ketara. Asid hyaluronik mampu memegang sehingga 1,000 kali beratnya dalam air, mengurangkan peratusan air kulit dari tersejat ke udara dan sekaligus membuatkan kulit anda menjadi lembap dan lembut. Bagaimana? Menarik kan produk ni? Ok, kalau menarik baca lagi bawah ni cerita dia.


Vitamin C Serum

Selain itu, VCS ini mengandungi 10x kandungan vitamin C. Kita memang maklum vitamin C itu sendiri memang baik untuk kulit. Sebab tu kita selalu minum air oren, makan buah oren dan ambil pil vitamin c. Penggunaan VCS ni merupakan satu lagi solution untuk buat kulit kita glowing. Selain dapat melembapkan kulit, VCS dapat merawat liang pori terbuka, kulit berminyak, parut jerawat, tona kulit tidak sekata, penuaan kulit dan jeragat. Kita mesti nak kulit muka nampak natural dan sihat. Tak perlu touch up sangat tapi still nampak berseri je. Takde la suami terkejut bila tengok muka kita lepas bangun tidur nanti hehe. Ye la...cantik-cantik pun untuk dia juga kan, bukan untuk orang lain pun. Melabur sikit je tapi berbaloi dengan beli VCS ni. Boleh tambah keyakinan diri kita sendiri juga.

Bukan Sekadar Serum

Kenapa mama cakap VCS ni bukan sekadar serum? Sebab serum ni bukan biashe-biashe, tapi special tau. Ianya merupakan Vitamin C yang boleh dipakai di muka. Biasanya kita makan je vitamin c kan? Tapi yang ni boleh sapu dan serap di kulit muka. Tak ke lain dari yang lain tu?

VCS ini mempunyai kelebihan tersendiri sebab terdapat glutathione di dalamnya. Glutathione ini merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan oleh hati dan ianya juga ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Glutathione banyak terlibat dalam proses di dalam badan, termasuk pembinaan dan pembaikan tisu, menghasilkan bahan kimia dan protein yang diperlukan dalam badan dan sistem imun. Kebaikan glutathione dalam VCS by Annona di gelar 'Mother of Antioxidant' kerana mempunyai antioksidan yang sangat kuat dan mampu mencerahkan kulit yang kusam, menghaluskan dan mengecilkan liang pori, mengawal masalah kulit berjerawat dan memudarkan parut serta menghilangkan jeragat. Banyak betul manfaat yang kulit kita dapat dengan menggunakan VCS by Annona ni.




Bahan-bahan yang terdapat dalam VCS by Annona


Cara Penggunaan VCS by Annona

Senang sangat penggunaannya. Titiskan 2-3 titis di muka dan sapu lembut. Boleh gunakan siang atau malam sebelum tidur.


Vitamin C Serum


Packaging comel


Titiskan 2-3 titis di wajah


Sapu dan ratakan


Bagaimana kesannya? Tungguuu next entry...


Info

Facebook: Vitamin C Serum

Instagram: @vcs_annona

Telefon: 010-842 4243



Every woman should learn how to be her own skincare expert