Tuesday, December 6, 2022

Allah Is The Best Planner

December 06, 2022 1 Comments

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama, blog ini kembali bernyawa. Membisu dari dunia blogging ini lalu idea terus beku. 


Tapi...hari ini, saya merasakan ingin menulis semua yang saya rasa. Setiap yang terdetik di hati, walau saya tahu dia tidak akan dapat membacanya lagi.


Al-fatihah dibaca untukmu sahabat. Saya menulis sambil berlinangan air mata. Terkejut menerima berita pemergianmu buat selamanya di dunia ini. Rasa tak percaya saat mula, air mata ditahan kerana ramai orang di sekeliling ketika itu. Akhirnya...waktu bersendirian dalam kereta, saya meratapi pemergianmu. Terbayang senyuman yang semakin lama semakin jauh


Saya tersentuh..."hidup ini terlalu banyak perkara yang mengejutkan". Tak sangka, tak terfikir, tak pernah terlintas di fikiran. Tetapi itulah yang terjadi. Kau pergi buat selamanya. Pemergianmu di hari Jumaat yang berkah, diiringi hujan lebat sehingga malam hari, amat memilukan. Saya seolah tak percaya, bermimpikah?


Sahabat, Allah is the best planner. Bagimu adalah the best quotes. Hari ini, ianya terngiang2 di telinga saya. Pemergianmu di hari Jumaat. Apakah amalanmu yang tak saya ketahui? Allah, Allah, Allah...tempatkanlah sahabatku di kalangan para kekasihmu. Terimalah amalannya, luaskanlah kuburnya seperti taman-taman syurga.


Apabila kita kehilangan seseorang buat selamanya, bumi ini masih tetap sama, KLCC masih gah di tengah bandaraya, Pavillion masih dikunjungi ramai orang tak mengira bangsa, taman2 rekreasi tetap indah dengan bungaannya. TAPI...dunia ini telah kehilangan seorang sahabat saya yang baik, memahami, pemurah dan penyayang. 


Kekesalan saya tak pernah kurang, kerana kesibukan saya tak pedulikannya, saya biarkan nasihatnya dipandang sepi, saya lambat2 membalas message darinya, saya diam. Allah...jahatnya saya. Kenapa setelah dia pergi baru saya menangis? Sedangkan saya buat dia macam tu? Maafkan saya sahabat.


Akhir kata...Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Semoga setiap amalannya diterima oleh Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah.



Friday, May 6, 2022

Safi Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar Safi Shayla

May 06, 2022 0 Comments
Hai korangg...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Macamana raya korang. Surprise tak? Hehe apa-apa pun raya tetap raya kan.

Korang ada masalah rambut gugur tak? Kali ni mama nak share produk rambut yang best yang mama guna sendiri. Sesuai sangat untuk wanita berhijab iaitu Safi Shayla Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar Rambut. Safi telah memperbaharui produk rambut ini dengan teknologi baharu iaitu dengan Hijab Scalp Biotics Technology BAHARU, yang diformulasi istimewa untuk wanita berhijab yang mempunyai masalah kelemumur untuk mengimbangi scalp microbiome wanita berhijab dengan probiotics formula. 

Selain itu, Safi Shayla BAHARU ini juga diformulasi khas dengan teknologi hijab scalp biotics, 7 habbatus sauda complex dan ginseng merah korea bermutu tinggi yang mampu menguatkan akar rambut sehingga 73% dan melebatkan rambut hingga 4.6X. Sekarang dengan Safi Shayala korang akan memiliki rambut yang sihat, tiada kelemumur dan melebatkan rambut. 

Safi juga mengeluarkan range Safi Hair Fall Control rawatan penjagaan rambut iaitu Hair Fall Control Hair Tonic (Tonik Pelebat Rambut & Penguat Akar) yang terbukti berkesan dapat menguatkan akar rambut, mengurangkan keguguran rambut, melebatkan rambut dengan bantuan bahan premium seperti Red Ginseng dari Korea & Niacinamide. Korang boleh dapatkan eksklusif di Watsons dan Guardian.


Safi Shayla terbaru ni memang berkesan giler untuk wanita berhijab yang mempunyai masalah keguguran rambut tau. Rambut kurang gugur dan Safi Shayla membantu melebatkan rambut. Mama suka sangat sebab ianya berbau wangi juga. 

Jom tengok rangkaian Safi Shayla terbaru ni.








 


Rangkaian Penjagaan Rambut Safi Shayla









Shampoo - formulasi terbaru mengandungi Hijab Scalp Biotics technology yang bertindak membersih dan menguatkan struktur rambut. Shampoo ni wangi tau, wangiannya bertahan sehingga 72 jam. Rambut korang akan berbau harum, bersih dan segar. 







Refreshing Scalp Mask - produk penjagaan dari kelemumur yang berkesan, bertindak mengurangkan sebum, menguatkan akar rambut, mengurangkan rambut gugur dan 4.6X menambahkan volume rambut. 





Hair Serum - membaiki dan menguatkan rambut rapuh dengan serapan sehingga ke dalam kulit kepala.








Hair Mist - bertindak sebagai extra protection untuk rambut, locks in dan mengekalkan nutrien untuk menguatkan rambut sambil menjadikan rambut harum, segar dan tidak berbau hapak sepanjang hari bagi wanita berhijab.








Safi Shayla menjadikan 73% akar rambut lebih kuat, 57% kurang rambut gugur dan 4.6X menambah volume rambut.







Other benefits:
➡️ Instant cooling
➡️ soothes scalp
➡️ fast drying
➡️ non greasy
➡️ refreshing floral scent







Safi Shayla boleh didapati secara ekslusif di Watsons & Guardian. Maklumat lanjut boleh refer di website Safi www.safi.com.my.



Monday, April 25, 2022

Tema Baju Raya Apa Tahun 2022? Jom Cari Di Pusat Pakaian Hari-Hari

April 25, 2022 0 Comments
Assalamualaikum semua,

Diam tak diam tinggal 7 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Biasanya kalau nak dekat raya, soalan femes amos adalah "Baju raya colour apa?", "tema apa tahun ni?", "baju raya dah beli ke belum?". 


Mengimbau zaman kanak-kanak mama dulu, bila raya persiapan akan dibuat awal, sebab kebanyakan baju kurung atau kebaya mesti ditempah. Dulu murah je kalau tempah baju raya, tapi kalau sekarang ni mama rasa better beli baju ready-made dari tempah. Harga tempah sekarang kadang2 tak sesuai dengan harga kain, lagi mahal jadinya.



Tema warna apa tahun ni?


Mama lagi suka beli baju ready-made untuk anak-anak dan family. Boleh terus pakai, kalau terlonggar ke ape boleh je alter kan. Harga pun berpatutan, sesuai la dengan pemakaian baju tu yang tak sampai beberapa jam di hari raya. Maklumlah, budak-budak cepat rimas. Lepas ambil gambar raya diorang dah start cranky nak tukar baju t-shirt. 





Pusat Pakaian Hari-Hari Gedung Pakaian Pilihan Ramai


Korang dah beli baju raya anak-anak ke belum tu? Minggu lepas mama dah pegi shopping baju anak, lamberttt hapdate sebab kebizian sangat lately. Mama pilih Pusat Pakaian Hari-Hari sebagai gedung pakaian pilihan ramai untuk beli baju raya. Mama suka beli kat Hari-Hari sebab banyak pilihan, harga berpatutan dan kain pun selesa pakai. 


Kalau dulu beli pakaian seragam sekolah, kali ni beli baju raya pulak. Memang banyak pilihan di Hari-Hari, bukan setakat baju raya perempuan dan lelaki je, songkok, samping, dan baju kanak-kanak pun ada. Hari-Hari ni macam One Stop Centre la, sefamily boleh cari baju di sini. Tapayah pening-pening nak pegi banyak kedai. Sebab tu ramai yang shopping kat sini, selain tu harga berpatutan dan berbaloi-baloi kalau beli. Kalau yang ramai kiddos tu lagi berbaloi beli baju raya kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Dapatlah anak-anak semua berbaju baru di pagi raya, mesti diorang happy sangat. Ye la, zaman kita kanak-kanak dulu pun happy sangat kalau dapat pakai baju raya baru, inikan pula anak-anak kita kan? Biar diorang enjoy zaman kanak-kanak diorang berhari raya.


Baju sefamily ada di Hari-Hari


Selain tu, kalau korang nak berinfaq di bulan Ramadan dan menghulurkan bantuan pakaian kepada yang memerlukan juga boleh cari kat Hari-Hari. Manalah tau ada saudara mara atau jiran yang memerlukan, boleh lah sama-sama kita bantu. Maklumlah, di zaman pandemik yang serba mencabar ni, harga barang naik mendadak, ada yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan secara tiba-tiba. Sedikit bantuan kita tentu buat mereka rasa gembira di hari raya. Beli di Hari-Hari banyak pilihan dan harga berpatutan, boleh beli banyak kalau nak derma di rumah anak yatim dan sebagainya.


Harga berpatutan, kurta kanak-kanak RM44.90
Kain cantik, selesa dan tak panas





Shopping Baju Raya Anak Di Hari-Hari


Korang macamana? Dah buat persiapan raya ke untuk family? Kalau family ramai kiddos memang kena prepare awal-awal kan? Bukan apa, takut size abes lepas tu susah nak matchy-matchy sefamily. Nanti ada pulak sorang menangis tepi bucu katil sebab dia sorang je baju colour lain...haihh pening jugekk mak nak memujuk nanti hehehe.


Mama, Hayder dan Aleesya sempat ke Pusat Pakaian Hari-Hari Cawangan Taman Permata cari baju raya. Letopsss baju raya Hari-Hari kali ni, memacam colour meriahh. Maklumlah 2 tahun tak beraya, haa sebut je nak kaler apa? Hijau emerald, merah ang-ang, kuning buat i pening, pepel violet, biru mendamaikan...semua adee di Hari-Hari, cuns kain pun berkualiti dan yang paling penting selesa.


Tema Baju Raya Tahun 2022


Sebelum ni mama pernah tanya anak-anak nak tema colour apa tahun ni? Aleesya nak BROWN, Iqy nak BLUE, Nafis macam biasa YELLOW, Hayder nak RED. Ok, apa tema pilihan kami untuk tahun 2022 ni? Jom kita tengok aktiviti kami bershopping raya di Pusat Pakaian Hari-Hari.


Pilihan Pertama

Hayder nak red colour laa kakakk


Warna emerald green ni cantik tapi labuh sangat seluarnya. Hayder taknak try, dia bizi nak ukur kedai huhu jenuh kakak dia main kejar-kejar. Aleesya pun minat jugak emerald green ni tapi mama nak cari colour lain sebab rambang mata tengok semua warna cantik-cantik.




Ingat senang nak shopping dengan budak kecik ni
Kecoh Hari-Hari dibuatnya haha



Pilihan Kedua


Pilihan kedua, mustard

Colour mustard ni lawa gak. Tapi size baju si abang pulak nan hado. Laku keras betul colour ni, awal-awal pegi shopping pun dah sold out. Bukan senang ye nak decide warna apa nak pakai untuk hari raya sedondon ni. Sebab bila dah ada kata sepakat nak colour apa, size pulak ada salah sorang yang takde, makanya kena tukar colour lain. Jom tengok colour lain pulak.



Pilihan Ketiga


Pilihan ketiga Dusty Blue


Warna ni cantik juga, tapi mama nak cari design lain sikit.



Pilihan Ke-empat



Pilihan ke-empat Purple Violet

Lawa gak kan purple ni. Tapi sabar dulu, ada lagi colour lain yang nak try test.



Pilihan Ke-lima


Pilihan ke-lima Jade Blue


Matchy-matchy ibu dan anak



Ni pun matchy gak, baby boy dengan ibu



Korang jangan risau, banyak pilihan warna kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Boleh je pilih colour tema lain kalau colour yang korang nak tu dah sold out. Sebab semua colour menarik, tertarik dan tetap vavavoom kalau korang pandai gayakan di hari raya nanti. Tak semestinya kena pakai baju mahal je korang akan nampak cantik, comel, segak bergaya...baju kat Hari-Hari ni pun boleh. Yang penting kena pandai mix and match dengan tudung, samping dan aksesori lain. Asalkan dapat berhari raya bersama family, senyuman korang tu pun dah buat baju tu jadi berseri-seri kan? 



Ni pulak untuk peminat colour merah ang-ang



Kurta untuk Papa pun ada




Dark purple ni pun syantikkkk
Design simple sesuai untuk anak gadis




Nahh pilihan warna untuk kurta budak
Memang confused nak pilih, semua colour menawan hati




Ni pulak baju kurta sedondon untuk Papa




Warna Tema Pilihan Kami?


Aleesya pun confused nak pilih, nah tengok sini.


Okay, apa pilihan warna baju raya yang kami pilih untuk hari raya nanti?


Kuning ke, biru ke, purple ke, hijau?


Tungguuu...


Korang boleh tengok bila dah raya nanti hehehe (jangan marah, puasa kena sabar hehe) 



Ni masuk je dalam bakul dulu, tapi belum decide lagi colour apa




Staf Hari-Hari yang tak jemu-jemu layan kami yang asyik tukar colour tema




PROMOSI Hari Raya Di Pusat Pakaian Hari-Hari


Tiap kali musim perayaan, Pusat Pakaian Hari-Hari tak terlepas mengadakan Promosi untuk pelanggannya. Untuk raya kali ni, Hari-Hari ada bagi discount 10% untuk pemegang kad Watsons! Kalau korang ada kad Watsons, korang tunjuk kad masa nak buat pembayaran dan akan dapat less 10%. Lagi jimat kan :)


Selain tu ada jugak FREE GIFT dari Hari-Hari untuk korang yang membuat pembelian RM100 ke atas. Korang akan dapat PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 ke atas korang akan dapat PERCUMA beg woven Hari-Hari. Promosi ni bermula pada 9 April 2022 ini dan sementara stok masih ada tau!


Ada lagi!
Belum abess lagii hehe. Kalau korang beli secara online, korang pun akan dapat juga rebat 10%. Ni link Hari-Hari Online Store Hari-Hari kalau korang yang jauh di sana nak membeli: www.hari.com.my


Hari-Hari ada 90 cawangan tau di seluruh Malaysia. Korang boleh refer lokasi berdekatan dengan korang di www.hari.com.my/locator



Marilah Pergi Hari-Hari!


Okay korang, sampai jumpa lagi di next post. Raya, raya jugak, keselamatan anak-anak dan keluarga yang paling utama tau. Jaga SOP semasa hari raya nanti, salam kemaafan di Ramadan 23 dari mama dan keluarga.





Thursday, March 10, 2022

Shopping Keperluan Sekolah Anak di Pusat Pakaian Hari-Hari

March 10, 2022 0 Comments

Diam tak diam tinggal 11 hari je lagi nak buka sekolah. Mama dan ayah buat persiapan last minute juga untuk sesi persekolahan 2022 ni. Bukan ape, takut dah beli awal-awal sekolah tak buka lagi.


Dua minggu lepas kami sempat shopping kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Tahun sebelum ni pun sama, suka shopping sini sebab One Stop Centre semuanya ada. 


Aleesya tahun 2022 ni dah masuk Tingkatan 1. Fuhh kejap je dia dah besar, mama rasa macam baru je dia masuk darjah 5 tengok2 dah Form 1, OMG. Cepat betul masa berlalu semenjak ada Covid ni, tup-tup dah masuk 2022.



One Stop Centre Kelengkapan Sekolah Di Hari-Hari


Okay, jadi kali ni mama highlight lebih sikit kelengkapan Aleesya la. Sebab baju dia pun bertukar dah. Tiber, jadi touching plak tengok anak dah meningkat remaja ni. Mak-mak biasa la, pasal anak cepat touching :) 



Lai lai, Mari shopping kat Pusat Pakaian Hari-hari
Jom tengok ape yang ada sini



.

.

.



Masuk je Hari-hari di sambut mesra dengan staf yang peramah. Terus bagitau staf tu nak cari baju sekolah Menengah. Excited jugak nak tengok Aleesya mencuba seragam sekolah baru










Budak ni jangan di suruh try baju baru, memang dia posing macam nak photoshoot raya gayanya. Mama layankan je la ;) 






Aleesya pilih Brand Jony & Jeny, brand favourite dia. Dia suka jenis kain licin, senang gosok. Disebabkan tugas dia menggosok baju sekolah adik2 dia sekali, jadi Aleesya pilih kain jenis anti kedut dan mudah iron. Cepat, pastu bila pakai terletak herlokkk je kat badan. Nampak kemas dan selesa. 






Susun atur baju sekolah kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni sangatlah kemas. Walaupun staf Hari-Hari sangatlah friendly dan rajin carikan size baju, tapi sempat jugak Aleesya belek-belek baju untuk adik-adiknya.


Ni kalau anak korang pakai baju selain baju warna putih, ada je pilihan baju warna lain



Vest pengawas pun ada dijual di sini



Kemas dan teratur



Staf ambilkan baju kurung sekolah Aleesya




Aleesya nak 2 pasang baju kurung je dulu buat permulaan sekolah menengah nanti. Maklumlah, di zaman covid ni apa-apa boleh jadi. Baik beli secara berhemah. Lagipun harga baju di sini agak berpatutan. Bukan saja berkualiti tapi memang berbaloi.




Cari size yang sesuai pun senang sebab tersusun




Baju sukan pun ada. Malas nak try dah la tu, ukur depan cermin je





Anak tudung kena beli lebih sikit sebab boleh tukar hari-hari







Innerwear pun ada. Senang kalau anak berpeluh, baju tak basah




Tracksuit pun beli jugak sorang sehelai untuk aktiviti sukan





Pilihan kasut sekolah







Baju sekolah Iqy dan Nafis mama belikan sorang sepasang je sebab tahun lepas banyak PDPR, jadi baju diorang masih baru lagi sebab jarang pakai. Sayang pula kan. Pilihan pakaian sekolah rendah pun tak kurang banyaknya. Pilihan mama mestilah jenama Jony & Jeny. Mudah gosok dan kemas.









Baju Melayu dan kain sampin sekolah agama pun ada. Size yang sesuai memang banyak stock masa mama pegi haritu.




Songkok anak sekolah agama









Ni pulak bahagian stationery







Ada juga botol air 
Senang bawa bekal air, tak perlu share





Beg sekolah pun boleh tahan cantik semua design, Iqy dah rambang mata nak pilih






Cawangan Hari-Hari


Hari-Hari total ada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Banyak kan? Senarai cawangan korang boleh rujuk di: www.hari.com.my/locator.


Kalau size baju tak sesuai korang boleh membuat penukaran jika size terlalu besar/kecil dalam masa 7 hari. (Make sure the items belum cabut price & resit masih ada tau)



Ada Promosi di online store dan Shopee


Sekarang ada promosi tau!

Korang log in online store (www.ehari.com) ada BTS campaign: 10% discount for all school items which price RM10 & above.
*Tempoh BTS campaign : from now until 31 March 2022.
*Discount 10% only for ONLINE.


Shopee (name: harihari_)
- BTS campaign: 10% discount for all school items which price RM10 & above.
- 5% discount to NEW FOLLOWER (min purchase RM50)
- shocking sales (some items will have extra discount for limited time, please follow our Shopee and always check out our home pages!)
- FREE DELIVERY (purchasing RM15 & above)
*Free delivery voucher ni dari Shopee tau, jadi korang kena claim sendiri masa checkout kat Shopee nanti.
*Tempoh BTS campaign : from now until 31 March 2022.
*Discount 10% only for ONLINE.





Memang berbaloi beli kelengkapan sekolah anak-anak di Hari-Hari ni. Bukan saja mudah sebab semua ada di bawah satu bumbung, tapi harga berbaloi dan berkualiti.









 "Marilah pergi Hari-Hari!"