Friday, March 17, 2023

Rindu Yang Tak Terucap

Pernah berkali-kali rindu itu datang.
Berkali-kali juga memujuk hati untuk bertenang. Apalah sangat perasaan rindu itu jika nak dibandingkan dengan kesedihan.






Rupanya sangkaan itu silap. Rindu dan kesedihan adalah satu. Bila rindu datang, package nya adalah sedih. Kenapa? Rindu itu di dalam hati, tak terungkap, tak terucap, tak tergambarkan. Seolah jika di gambarkan, tak ada siapa memahami. Lalu bersedihlah...kerna tiada yang mampu memahami mahu pun difahami. Hanya kita dan Dia Si Pencipta sahaja yang tahu.



Allah...jika benar rindu ini boleh di sampaikan pada insan yang dirindui, sampaikanlah. Walaupun melalui angin lalu. Biar rindu ini sampai kepadanya (insan yang dirindui itu) lalu dirinya juga seolah tersentak. 



Tapi...bagaimana pula kita jika kita merindui orang yang tak pernah peduli? Tidak kisahkan langsung sama ada kita wujud atau tidak. Atau insan tersebut tidak memikirkan lamgsung tentang kita malah sedang bergembira dengan kehidupannya?



Beginilah kehidupan, ada masanya rindu berbalas...adakalanya tidak. Namun inilah perasaan yang semua orang pernah alami. Sama ada sedar atau tidak, atau pura-pura tidak perasan terhadap perasaan sendiri. Atau tidak mahu mengikut perasaan sendiri. Tetapi ianya tetap digelar RINDU...






No comments: