Showing posts with label Ayah Yayang. Show all posts
Showing posts with label Ayah Yayang. Show all posts

Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

September 02, 2020 0 Comments
Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.





Wednesday, November 2, 2011

Riang ria di playground

November 02, 2011 0 Comments
Playground dengan kids memang tak bole dipisahkan. Sukeee sangat main kat taman. Nasib baiklah time mama kecik-kecik dulu takde mende-mende ni sume. Main congkak, galah panjang, baling selipar, baling tin, anak patung tu jela permainan mama.


Bebudak sekarang canggih. Kalo umah besar tu, kat dalam umah pun dah macam nursery. Siap ada slide, buaian, horse seme. Disebabkan umah we olz yang cute tu, mana bole nak beli seme toys gitu. Makanya untuk tidak menghampakan Aleesya, we olz bawa la diye ke taman kanak-kanak untuk diye menikmati zaman kanak-kanak dengan riang.




Baru lepas hujan je time ni
Basah lagi slide tu tapi Aleesya nak naik juga

Ayah pulak layankan diye
Sedondon baju anak beranak




Ready?



Go!!!

Weeeee!!!
*Abaikan gambar Aleesya yang goyang-goyang tu, blom ada DSLR lagi hehe*




Kejar jangan tak kejar
Bukan selalu pun kan ayah :)





Ayah tak bagi main slide ni sebab basah
Nanti syomot




Naik titi gantung pulak


Memang lepas habis main kat playground tu, basah kuyup baju Aleesya.
Berpeluh-peluh baju diye hehe.
Eksesais yea yayang




Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

Engkaulah mustika, kasih dan cintaku hanyalah untukmu

November 01, 2011 12 Comments
Tajukkk...sebenarnya mama tengah dengar lagu WOW. Buat tajuk ajelah lirik lagu tu ekeke.


Baru sempat belogkan aktiviti Aleesya pada hari Sabtu 2 minggu lepas di our mini home. Aleesya bangun pagi-pagi terus cari bakul menan diye. Taburkan sume menan, dan enjoyyy!


Baca buku
Tapi bermuka kelat




Main tennis pulak
Muka menten masyam




Dah pandai main
Kenalah kemas balik

Nak tengok mama jadi resaksa gorgom boleh ajeee
Sila biarkan berselerak





Dah siap kemas menan, baru bole kuar jenjalan ukur mall
We olz pegi Courts Ukay Boulevard je


Suke tengok lampu kelip-kelip tu




Ayah pulak tengah skodeng microwave baru
Microwave kat umah baru je terbakar






Mama toleh belakang tengok Aleesya hilang
Aikk?


Cakk!!!




Si budak rambut ketak buat muka blur cari ayah kesayangan
Anak ayah betul




Balik dari Courts Ukay Boulevard
Ayah & mama bawa puteri we olz ke kinik
Ambik ubat selsema sebab Aleesya baru ada tanda-tanda selsema
Bagi diye makan ubat awal-awal sebelum makin teruk


Ok cukup setakat harini
Bye



Photobucket

Monday, October 31, 2011

Hari-hari adalah festival

October 31, 2011 14 Comments
Cewah tittle kemain lagi.


Haritu mama dan Aleesya ke sopeng mall baru buka kat Danau Kota tu. KL Festival City. Mama pestime pegi ngan Aleesya wiken 2 minggu lepas.



Okeh banyak gambar kali ni coz kumpul dari wiken 2 minggu lepas. Berapa lama daaa tak hapdate belog. Mood menghapdate ke kutub utara, kutub selatan :P



Bersiap sedia nak ke festival




Dah macam boboi dah rupe diye




Masyammm je muka tu
Takde mood, nantok baru lepas mandi bawak gi jalan



Moncong lagi?




Seoul Garden
Tak pasti halal ke tak sebab mama tengok takde pun logo halal




Masuk Parkson pulak
Tak abes-abes lagi dengan Shasha diye tu




Berehat sebentar
Kita minum duluuu
Sila buat macam rumah sendiri

Tantek jugak cadar Hello Kitty ni
Cadangan makeover bilik Aleesya pun ok gak ni



Seronok berlarian
Yang tak seronoknya mama yang kena kejar




Okeh di bawah ni pulak gambar we olz bertigaan pegi KL Festival City kelmarin
Dah nak totop dah masa tu



Dapat main car lagi
Weeeee!


Tempat beli token guna machine
Ada lebih 7 hengget lagi token sebab ayah beli token 10 hengget
Esok lusa bole main lagi kan yayang
Mama simpan token tu



Naik dinasour pulak
Tak banyak pilihan mainan kat situ, maklumlah baru open




Eh eh, pandai ke tu bawak kapal selam?





Sedang panggil ayah ajak naik sama




Sape lalu sini, Aleesya cedok eh



Pendapat mama tentang sopeng mall baru ni? Besh. Sebab dekat ngan umah, macam-macam ada tapayah pegi Sogo, The Curve atau sopeng mall yang jauh dari umah. Bagi mama yang suka sopeng dan cuci mata ni sume sopeng mall besh ^_^


Photobucket

Thursday, October 20, 2011

Owh my sweetest sweet...Kau ilhamku

October 20, 2011 6 Comments
Today mama nak cerita aktiviti we olz di hari Sabtu yang lepas. Pagi-pagi tu seperti biasa menjalani rutin harian, masak, membasuh, melipat, mengemas etc. Dalam pukul 3ptg we olz keluar. Hujan turun masa tu. Ayah kena masuk keje pukul 4ptg, makanya we olz ikut sekali. Parking dekat opis ayah. Then mama dan Aleesya naik chungginton lagi ke KL Sentral sementara nak tunggu ayah siapkan keje apa yang patut.



Sessi menunggu chungginton
Nampak je chungginton gelak sakan
Beshnyee jadi bebudak, mende simple pun bole buat derang hepi



Sampai je di KL Sentral tempat pertama we olz pegi adalah mencari makan. Mekdi la apa lagi, tak jemu-jemu Aleesya mamam bubur Mekdi. Kali ni mamam sket je, lebihnya mama tapau sebab Aleesya dah bising nak jalan. Mama pun bawa diye ronda-ronda kawasan KL Sentral aje lah. Nak pegi sopeng kompleks lain jauh dari opis ayah dan kene lintas jalan bagai, leceh pulak.




TENGOK
Lajuuuu je, bukan nak tunggu mama
Pangai sebijik sejebon ayah diye *lambat tinggal*




Dah fenat berlarian, berurut jap kat sini




Lima belas menit bergayut kat public fon
Pung pang pung pang berceloteh ngan tok diye la konon-kononnya
Haih, macam-macam la kamu ni yayang




Sempat lagi melompat naik token car ni
Cet dah rosak telan duhet :P




Tunggu chungginton untuk balik ke opis ayah



Sambung berjimba bertiga-tigaan ke pasar malam Melawati pulak pastu.




Photobucket

Monday, October 10, 2011

Hari-hari ceria kerana ada KAMU

October 10, 2011 6 Comments
Hari-hari pun kita kena ceria dan jadikan ianya special...supaya hidup berfamili lebih bermakna dan enjoice. Bukan sehari, bukan dua hari tapi selama-lamanya, maka perlu bajai kasih sayang yang dibina tu.



Seperti biasa aktiviti wajib dalam belog mestilah tempek bahan bukti *gambar ala-ala tahun 70-an*.


Verangan ala pwincess la tuuu
:P





Wah so kiut!!!
Cobit pipi sket bole?





Tengok gelagat pwincess tak reti dok diam





Wif my sweetest sweet
Mama sayaaaaaang sangat kat Aleesya tau






Menikmati panorama indah di Titiwangsa


Tempat ni ajelah yang sekangkang kucen dari umah yang bole bawa Aleesya bermaen-maen dan melihat kehijauan alam di hujung minggu. Alangkah beshnye kalo balik kampung, pokok kelapa melambai-lambai di mana-mana.


Photobucket

Friday, September 30, 2011

Part time momma

September 30, 2011 12 Comments
Jumaat datang lagi. Weekend merupakan hari Aleesya bermanja-manja dengan ayah dan mama nye, weekdays mana sempat sangat. Terkejar masa, bila dah siap masak, uruskan itu ini...Aleesya pulak dah titon. Kadang-kadang ayah balik je umah muka frust je sebab Aleesya dah titon. Tetiba rasa beshnyeee kalo jadi full time momma.



Semalam cargas ke Jusco cari bahan-bahan nak masak spegeti dengan meatball. Balik umah tu sempat lagi layan cite indon kat Astro Ria sebelum masak. Time tu layan juga karenah Aleesya sambil nonton. Besh jugak citer baru tu, banyak lagu-lagu *likeeyyy*.



Disebabkan mama terlebih rajin semalam makanya mama beli meatball cap Marina aje. Nak buat sendiri mau berejam pulak kan. Sambil tengok citer Nada Cinta sambil menggoreng. Brown gravy pulak mama beli kat kedai Halal food kat area Giant.



Makan 5 ketul ni pun dah kenyang



Malam tu masak spegeti, tapi disebabkan mama dah kenyang mama tak makan, ayah je makan sorang siap bertambah 2 kali. Mama letak dalam bekas simpan dalam peti sejuk, harini bawak bekal. Nyum nyum.


Ok mama nak share gambar-gambar lama masa balik N9 haritu. Sempat jugak kami sefamili berjimba-jimba sambil beraya dan pegi makan Nasi Ayam Gemas Mustafah.



Ni dalam perjalanan pegi

Kakak bermanja dengan adik
Adik dodoikan kakak titon




Akma dah lapar niiii




Nasi Ayam Gemas
Memang di tempat asal yang terbaek





Kalo makan macam ni, mak mentua lalu belakang pun tak perasan





Photobucket