Friday, January 18, 2013

White Noise memudahkan baby tidur? Apakah???

Ok, masalah yang sama pada baby baru lahir ni adalah masalah susah tido. Letih tau nak tidokan baby ni, dekat sejam dodoikan, nyanyi, berzikir dan dengarkan ayat suci Al-Quran, lepas 20 minit dia jaga balik. Ulang lagi perkara yang sama, last-last apa jadi? Dengan mamanya pun tido jugak, makan pun tak. Esok bangun pagi-pagi kelaparan huhu.


Semalam mama google tips nak mudahkan baby tido. Mama jumpa article tentang White Noise. Apa benda alah tu ye? Mama pun baru kali pertama dengar. Meh mama share, info dapat dari sini.


Rizq suka tido mata terbukak sket
 
 
 
Baby suka White Noise?
 
Baby kan dah habiskan masa dia dalam mummy womb  selama 9 atau 10 bulan. Sebenarnya persekitaran dalam mummy womb adalah bising bagi baby. Manakala persekitaran baby apabila keluar ke dunia merupakan satu tempat yang sunyi. Sebab tu bila baby sedang tido, dia dengar je bunyi sudu jatuh, bunyi pinggan mangkuk berlaga, bunyi tapak kaki pun dia boleh terjaga. White Noise ni merupakan bunyi "rumah" kepada baby. Bila dia dengar dia rasa tenang, seolah-olah dia masih berada dalam rahim mummy lagi.
 
 
Tahap kebisingan bagi baby (kalau tak jelas sila klik gambar)
*tak sama tau tahap pendengaran newborn baby dengan orang dewasa ye*
 
 
 
Kenapa mummy perlu gunakan White Noise untuk Baby?
 
 
Pacifier pun tak berkesan untuk Rizq, 10 minit lepas tu dia buang grrrr!
 
 
 
Semua baby perlukan White Noise untuk tido sehingga umur mereka 1 year. Lepas 1 year tu kalau dia takmo tido gak, kalo mama-mama sume pasang gak White Noise maybe kurang kot kesannya. Sebab baby pun dah besar, dah dapat adaptasi persekitaran dunia dia *dah bukan dunia baru buat dia lagi*.
 
Sekarang kan dah ada Ipad, Iphone, Android, dan segala jenis I kann...jadi tapayah dah nak beli White Noise machine ni mahal-mahal. Just install je application White Noise ni kat henpon atau ipad yu olz. Pastu pasang je, sure pastu baby tido lena. Sangat berkesan tau, semalam mama dah try dengan jayanya hehe. Berkesan atau best ke tak sila cuba kat baby masing-masing k. Lain budak lain ragamnya.
 
 
1. White Noise kurangkan tekanan kepada baby
Apa yang menyebabkan baby stress? Macam-macam sebab menyebabkan baby stress. Kadang-kadang sebab baby penat sangat, dia teringatkan mummy womb yang dia dah biasa, tak biasa dengan cahaya lampu, tak kenal dengan orang yang jaga dia especially babysitter baru dan rasa excited. Tapi baby kan tak pandai cakap, mana nak tau kan. White Noise akan block segala yang menyebabkan baby stress dan menciptakan suasana selamat bagi baby.
 
 
2. White Noise membantu baby tidur
Baby akan mudah tido dan akan tido lebih lama. Takdela kejap-kejap terbangun, 20 minit je terkejut. White Noise membantu baby menyahkan bunyi-bunyi bising dari persekitaran.
 
 
3. White Noise mengurangkan tangisan baby
Kita selalu buat shushing *ssssyhh...sssyhhh....ssyhhh...* nak bagi baby diam dari tangisan kan? Itu pun salah satu komponen White Noise. Sebab tu baby bole diam bila dengar tu. Tapi bila baby nanges, kalau mama-mama shushing pun tak guna jugak sebab baby tak dengar. Tangisan dia lagi kuat dari tu. Takkan mama nak buat camtu kuat-kuat kan, letih pulak. Jadi nak senang, guna White Noise ajelah.
 
 
4. White Noise mengurangkan risiko SIDS
White Noise mengurangkan risiko SIDS *sindrom mati mengejut* sebab baby tido dengan lena dan kurang lasak waktu tido.
 
 
5. White Noise bantu mama pun tido jugak
Sebenarnya mama pun jadi insomnia jugak sejak ada baby ni. Risaukan dia, takut dia tetiba terlangkup ke, termuntah ke, tersedak susu ke. Pastu baby kalau tido pun dia tak diam. Kejap-kejap dia bergerak-gerak, buat bunyi itu ini. Mama terjaga jugak. Dengan adanya White Noise ni senang sket mama tido, sebab bunyi tu blocking bunyi-bunyian dari baby. Uissh jangan mama tido tak ingat dunia dah la.
 
 
Subhanallah, kuasa Allah juga menciptakan manusia yang mempunyai akal fikiran yang cerdik sampai dapat hasilkan White Noise ni. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang tak elok itu adalah dari kita sendiri. Wallahualam.
 
 
 
Footnote: Selain White Noise mama ada install application Sleep Ambiance. Bunyi-bunyi dari hujan, petir, cengkerik, bunyi sungai mengalir, bunyi keretapi, cengkerik dll. Memang rasa nak tertido jugaklah. Patut la kalau balik kampung, pukul 9 je dah tido, bunyi cengkerik tu menenangkan dan memudahkan tido. Kat bandar ni, bunyi kete aje memanjang, so macamana nak tido?
 
 
 
Photobucket

5 comments:

ftdanisha said...

nk download kot mne
leh detail tak penggunaan bnda ni

ayeesha anna said...

kalau guna android phone atau tablet, download kat google play. Taip white noise ambiance then select white noise.

faizah said...

thanks for info!

faizah said...

thanks for info!

ayeesha anna said...

Welcome :-). Ilmu bermanfaat tak rugi dikongsi bersama.