Koranggg...dah kenapa sana sini FB, IG, Blog asyik keluar gambar moo moo ni?
Haa...maih sini mama nak habaq. Bukan saja-saja tau, sana sini gambar moo moo Fernleaf ni muncul. Susu ni memang dari zaman mama budak-budak lagi dah glamour vogi da vas dah. Memang dah dikenali ramai pun sebab sedap, lemak berkrim disukai ramai lagi berkhasiat.
Susu Fernleaf
Rupa-rupanya mama baru tau yang tak semua lembu tenusu diberi makan rumput. Tapi lembu tenusu di New Zealand diberi kebebasan meragut rumput di padang rumput yang menghijau lagi subur. Lembu pun tak stress dan boleh makan rumput secara bebas di siang hari dan vitamin D memang dapat diperolehi lebih pada waktu tersebut. Makanya, lembu-lembu New Zealand ni dapat produce susu yang mengandungi tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung dalam kandang tu. Selain vitamin D, susu yang dihasilkan juga mengandungi lebih banyak nutrien penting lain seperti protien dan vitamin A.
Susu Fernleaf dihasilkan oleh lembu tenusu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang penggalak susu. Mana tidaknya, susu Fernleaf ini dihasilkan oleh lembu tenusu yang makan rumput berkualiti tinggi, di iklim selesa, udara dan air pun bersih.
New Zealand Pakar Tenusu
New Zealand telah pun menjadi peneraju dunia dalam industri tenusu sejak zaman berzaman kerana kepakaran mereka. Mereka mempunyai 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu dan mempunyai peladang tenusu yang berdedikasi. Peladang tenusu ini akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sampailah produk susu Fernleaf ini diedarkan kepada pengguna.
Fernleaf UHT Mmmmm 100% sedap
Fernleaf UHT terdiri dari 3 perisa: full cream, low fat dan juga coklat. Ianya didatangkan dengan saiz 1 liter dan 200ml memudahkan kita ketika on-the-go.
Apa kata kita tanya pakar peminum susu di rumah ini yang memang tak sabar-sabar nak menikmati rasa susu UHT dari Fernleaf ini.
Aleesya: "Susu ni sedap mama, rasa macam susu coklat jenama m***. Lepas ni mama beli susu ni jelah. Aleesya sukaa"
Rizqi: "Sedapppp Mmmmm"
Aqma: "Sedap sangat, nanti beli lagi"
Nafis: "Nafis nak minum dengan straw ni, mesti besttt"
*tak sampai 5 minit sedut susu Fernleaf dah habis*
Kesimpulannya, susu Fernleaf bukan sahaja susu UHT yang berkhasiat malah Mmmmm 100% sedapppp. Anak-anak minum susu dengan gembira tanpa di paksa-paksa lagi. Sesuai juga untuk seisi keluarga.
3 comments:
mmg mnum susu ni sblm tdo.. br leh lena
Elok tu sbb masa tido kalsium diserap lebih
Good bblog post
Post a Comment