Hai korang...
Tak lama lagi sekolah nak buka dah. Budak-budak ni kalau bab nak beli kelengkapan sekolah, memang excited. Selagi tak bawak, selagi tu asyik tanya.
Baiklah, jom pegi ke Pusat Pakaian Hari Hari. Seperti tahun-tahun lepas, kami masih setia membeli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari Taman Permata, KL.
 |
Tersusun je baju kat sini
|
Bila melangkah je masuk ke Pusat Pakaian Hari Hari memang akan disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang dari staff di Pusat Pakaian Hari Hari ni. Memang suka sangat datang sini sebab layanan diorang memang tiptop, baru belek-belek baju diorang dah tanya kalau perlukan bantuan untuk cari size.
 |
Baju melayu Sekolah Agama |
Kali ni Nafis seorang je ikut cari baju sekolah. Abang dia Iqy taknak ikut. Tapi tak jadi masalah pun sebab size diorang sama, walaupun sorang darjah 6 sorang lagi darjah 4. Makanya beli je size sama tu 2 set, senang.
 |
Lengkap sekali songkok dan samping |
 |
Songkok pelbagai size |
Kat Pusat Pakaian Hari Hari ni ada samping dan songkok juga. Samping boleh pilih nak colour merah hati, merah cili, biru, purple atau hijau. Ikut la uniform rasmi sekolah agama kat negeri mana kan.
 |
Samping pelbagai warna |
Lepas dapat baju sekolah agama untuk Nafis dan Iqy, cari pula baju sekolah kebangsaan.
Pusat Pakaian Hari Hari ni memang terkenal sebagai One Stop Center. Semua kelengkapan sekolah dari hujung rambut sampai hujung kaki ada. Memang mudah sangat sebab tak payah pegi banyak kedai. Dan yang paling penting harga berpatutan dan berkualiti semua uniform sekolah kat sini. Bukan saja ada pelbagai size tapi juga pelbagai warna.
Mama suka belikan kemeja Nafis dan Iqy dari brand 'Jony & Jeny' dari jenis kain licin. Kain jenis licin ni bukan saja mudah iron, tapi warna biru nila tu buatkan baju sekolah diorang ni lambat kusam dan sentiasa nampak baru je. Kalau seluar pula, mama pilih brand 'No Problem' sebab budak berdua ni lasak. Kalau beli seluar jenis kain lembut memang terkoyak la jawabnya. Brand 'No Problem' memang direka untuk pemakaian yang lasak sikit jadi kainnya sedikit tebal dan fabriknya tahan lasak. Kalau budak-budak buat slide pun tak terkoyak di bahagian lutut.
 |
Uniform pelbagai warna |
 |
Adikku Mat Smart ;) |
 |
Vest pengawas |
 |
Baju Pengawas
|
 |
Seluar sekolah tersusun cantik |
Mama belikan sorang sepasang je uniform sekolah sebab sekarang cuaca panas yakmat. Jadi murid sekolah digalakkan pakai pakaian sukan. Jadi lebihkan tracksuit untuk diorang. Tracksuit kat Pusat Pakaian Hari Hari ni ada pelbagai size, fabrik dan cutting. Banyak stock lagi masa kitorang beli haritu.
Masa bawa balik Iqy tak suka design yang adik dia pilih, dia suka design lain. Makanya mama pun pergi lah tukar kat Pusat Pakaian Hari Hari cawangan Bandar Sri Permaisuri. Nasib baik boleh tukar cawangan lain, sebab dekat dengan office mama pastu boleh la mama tukar masa mama rehat. Senang, tak payah susah2 pegi cawangan yang sama kan. Tu yang best beli kat Pusat Pakaian Hari Hari ni.
 |
Pilih jangan tak pilih |
 |
Pilihan adik, tapi bukan pilihan abang |
Settle tracksuit belikan baju Kakak Aleesya pula. Dia Pengawas Pusat Sumber pakai baju kuning kain merah cili. Banyak stock jadi senang, ambik terus sekali dengan anak tudung dan tudung kuning.
 |
Aleesya try kain sample, uniform dia warna kuning kain merah
|
 |
Anak tudung ni selesa dan tak panas |
Pusat Pakaian Hari Hari ni bukan saja memudahkan keje mama tapayah pegi banyak kedai, tapi semua adaa. Yang paling penting harga berpatutan, baju berkualiti, uniform sekolah macam-macam colour ada, tracksuit, beg sekolah, kasut, stoking, stationeries, songkok, sampin dan accessories pun ada. Senang kan?
 |
Banyak design kasut |
 |
Kasut sekolah simple pilihan Aleesya
|
 |
Beg banyak pilihan dan berkualiti Compartment luas untuk buku banyak |
 |
Alat tulis
|
 |
Pencil case comel |
 |
Dah abes pilih, jom kita bayar
|
Pusat Pakaian Hari Hari ada 109 cawangan seluruh Malaysia. Kalau tersilap pilih size boleh je tukar mana-mana cawangan dalam masa 7 hari. Yang penting tag harga tak dicabut dan pakaian yang hendak ditukar bersih dan dalam keadaan baik.
 |
Settle dah kelengkapan sekolah. Tak sabar nak masuk sekolah :) |
Tak sempat beli kat physical store, boleh je beli online 👇
Websites : http://ehari.com.my
Shoppe : http://shoppe.com.my/harihari_
Lazada : https://lazada.com.my/shop/hari-hari
Location 109 branch : http://hari.com.my/locator
No comments:
Post a Comment