Friday, December 24, 2010

Fadhilat Menamakan Anak *Muhammad*

Uik manyak pulak entri mama harini...hihi...takpela kan...cover untuk Saturday Sunday sekali...salunye xde post entri sebab bizi ngan si kecik.




Dulu mase peknen memang mase scan tu jantinanye boy...tapi bile kuarnye gegirl....Sape lagi Aleesya si kecik itu lah. Alhamdullilah diye lahir dengan sihat dan sempurna. Cukup bersyukur. Kalo lelaki ayah Aleesya nak namakan Amirul Khuwarizmi. Sume nak nama Amirul kat depan *macam nama diye :)*.




Nama gegirl memang xprepare. Masa bersalin tu terawal 6 minggu *premature baby*. Blur kejap nak pilih nama. Akhirnye jadilah namanye Syahirah Aleesya *maksudnye Yang mahsyur, Dilindungi Allah*. Pilihan Ayah Aleesya. Seeloknya memang ayah lah yang berhak berikan nama, xperlu rebut-rebut. Mama bagi kuasa veto kat ayah Aleesya. Kerana anak itu adalah nasab baginye.



Now mama nak share tentang menamakan anak lelaki dengan nama Muhammad. Banyak fadhilatnye menamakan anak dengan nama Muhammad *baru terbaca, kredit: Whitey Mommy*:-



Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar, lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak untuk masuk syurga?



Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."




Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."



Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama
Muhammad"




Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."




Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"




Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya.".





Begitu besarnya cinta Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W sehingga sesiapa yang mempunyai nama seperti Baginda pun akan diangkat darjatnya... Subhanallah





Futnot: Xpe nanti dapat baby boy *adek Aleesya*...bole letak nama bermula dengan Muhammad. InsyaAllah.




No comments: