Friday, December 24, 2010

Doa Anak-Anak Termakbul

Assalamualaikum...


Sekadar nak share ni ngan papa & mama di luar sana  + simpanan *suke* + peringatan untuk diri sendiri dan anak.



Sabda Rasulullah s.a.w.

Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika anak suka digeletek, dikejar atau diusik, lakukanlah terhadap mereka asalkan hubungan rapat.




Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar...kalau salah pukullah dia *sebagai pengajaran*.
Dimana yang nak dipukul tu?
Tapak kakinya,
bukan muka...
bukan punggung...
bukan tarik telinga...
atau
ditempat-tempat yang sensitif..
itu salah...



Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah...ucapkan tahniah *atau berikan hadiah*. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Bila umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan.




DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.




Sayyidina Umar berkata, "kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima". Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil. Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.




Perasaan anak juga mesti dihargai. Sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, sedangkan sepatutnya kitalah pelindung mereka.



Kredit: Whitey Mommy



Hargailah anak anda...dialah waris anda, dialah buah cinta anda...Wang ringgit sebanyak mana pun tak dapat menggantikan dirinya.



Semoga Jumaat ini adalah paling bererti sehingga tibanya Jumaat akan datang.


No comments: