Friday, October 7, 2011

Cadangan Anniversary pressie untuk hubby

Anniversary we olz tak lama lagi, so dah bole buat planning dah. Macam-macam dah dalam fikiran mama nak bagi pressie kat hubby. Mama plan nak tempahkan cincin perak berukir nama hubby & me di sebelah dalam dan ukiran luar pula nak tulis FOREVER. Now, tengah search lagi, rasanya Mimosa KLCC *sekarang dah tukar nama jadi Bausch K* dan kedai emas pun ada rasanya. Online maybe fikir dua kali kot nak beli sebab tak bole tengok real nanti tak puas hati pulak dengan hasilnya.

Picture credited to Shira Silver
Cadangan design cincin 1




Dulu masa nikah asben taknak cincin, diye kata cincin kalo jatuh dalam W.C camne? Mama tengok smart juga lelaki pakai cincin. Tapi taknaklah cincin yang ada batu besar-besar tu, mesti ayah taknak pakai *nak buat keje pun nampak cincin je dari jari nanti*. Kiranya mama nak cincin yang sesuai untuk kerjaya diye.




Picture credited to Google
Cadangan design cincin 2




Ukuran jari camne nak agak eh? Takpe-takpe time ayah tido nanti mama amek benang mama ukur hehe. Sempena anibersari bulan depan, pe salahnya sekali lagi sarung cincin *feeling-feeling gituuu*.


Lagipun cincin tu tak mahal sangat, ayah Aleesya bising nanti kata mama suka membazir. Tahun lepas mama cuma hadiahkan poem di belog ni untuk ayah baca. Pressie simple macamtu pun buat ayah senyum sampai ke tinge. Tahun ni nak juga bagi sesuatu yang bole diye simpan dan bawa ke mana-mana.



Photobucket

10 comments:

Unknown said...

elok juga cadangan tu...mesti bila di pi mana2 akan t'ingat kat mamalessya bila nampak cincin tu kan... :)

ayeesha anna said...

hehe itu yang penting tu. Bila tengok je tingat, tengok je tingat :).

MaSLiNa said...

Good idea bagi cincin sebab masa kawen takde cincin kan? kalo blh buat couple ring lagi sweet tau... hehehe.. rasanya white gold lelaki boleh pakai cuma tak boleh pakai masa nak solat. Silver pun pilihan yang baik :)

ayeesha anna said...

Aah mas, masa kawen takde cincin untuk diye. Hubby nak jam je, hargai masa katanya hehe. Couple ring pun nice juga kan...tengok nanti kot-kot ada yang berkenan.

Tak silap mar white gold lelaki tak bole pakai sebab ada campuran emas, nickle, alloy, zink. Walaupun ada emas dlm kuantiti sedikit, lelaki tak bole pakai.

Paling elok untuk lelaki adalah perak sebab Nabi Muhammad memakai cincin perak.

sal ya said...

nak bg cincin ek? sy dh bg ms akad nikah. kat dlm tls nama sy & husben including thn kawen. cincin suasa. ada batu kecik 3. beli kt poh kong. ms tu tlsn percuma dorg bg. lps tu celebrate besday cm beli kek je.

ayeesha anna said...

cadangnya macamtu la anis, sbb masa kawen dulu takde cincin. Cincin suasa pun kena pilih2 juga ada setengah kedai die ada campur emas juga. Jadi nak elakkan was2 mama pilih silver atau stainless steel je. Platinum mahal sangat.

Ok la camtu yang penting niat celebrate tu utk eratkan kasih sayang, walaupun hanya sebiji kek :)

emarieys said...

okey juga bagi hadiah cincin tu

ayeesha anna said...

hehe dah jumpa dah cincin idaman semalam :)

mrs kayrul said...

cincin no 2 tue cantik...mesti smart je bila pakai...

ayeesha anna said...

cincin no. 2 memang cantik, hehe tapi bajet burst kalo pilih yang tu :D