Tinggal
beberapa hari je lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap je Ramadan
nak berakhir, di tambah pula dengan pandemik yang melanda dunia ni memang
menambahkan lagi la keresahan semua. Bilalah nak berakhir semua ni kan?
Harini mama
nak cerita tentang pengalaman mama bayar zakat masa mula-mula dulu. Memang agak
leceh juga sebab kena pegi pejabat zakat terus, nak cari parking lagi, nak
tunggu nombor giliran lagi. Masa tu pula tak reti lagi nak bayar-bayar online
ni, jadi buat aje la kaedah biasa ni bayar kat kaunter bayaran zakat.
Tapi sekarang
ni dah senang sangat nak bayar zakat, online je. Dah tu pulak mama tengok
sekarang siap ada truck zakat bergerak lagi, haritu nampak kat depan Ampang
Point. Senang sangat merata-rata ada kemudahan bayar zakat.
Tunaikan zakat ni dapatlah ringankan beban pada orang-orang yang memerlukan. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Jadi marilah kita sama-sama bayar zakat supaya berkat pendapatan yang kita perolehi dan dapat juga menyucikan harta yang kita miliki.
Syarat-syarat Berzakat
Ok tu pengalaman bayar zakat, ni mama share pulak syarat-syarat wajib berzakat untuk info bersama:
1. Islam
Untuk yang
beragama Islam sahaja zakat difardhukan. Jadi sekiranya orang bukan Islam
menunaikan zakat, maka zakat mereka tidak sah kerana tidak mempunyai ciri-ciri
ibadat
2. Pemilikan Sempurna
Bermaksud
pemilikan seseorang
terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas untuk
mengurus dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan
undang-undang dan peraturan.
3. Cukup Nisab
Merupakan kadar
minimum pemilikan harta yang mewajibkan zakat dikenabayar ke atas harta
tersebut.
4. Cukup Haul
Haul merupakan tempoh setahun iaitu 12bulan qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.
5. Harta Yang Berkembang
Harta yang berkembang bermaksud harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki atau boleh diusahakan.
Bayar Zakat Menggunakan Bank Islam
Senang je bayar zakat menggunakan online ni. Kalau korang mempunyai akaun Bank Islam, klik je untuk transfer dan dah boleh mula bayar zakat tu. Mudah kan? Tapayah beratur panjang-panjang dan ambil cuti semata-mata nak uruskan pembayaran kan. Jimat masa dan tenaga guna online ni.
Jadi takde alasan lagi untuk
korang tak bayar zakat tau, sebab banyak platform dah sekarang ni. Semua
dihujung jari je.
Jom Zakat Cashless Di Bulan Ramadan
Bulan Ramadan
ni agak penat sikit nak beratur lagi, nak jaga jarak dan SOP lagi. Jadi jom la
kita bayar zakat cashless je. Semua guna online kan senang. Tapayah beratur
panjang, sambil mengurangkan kadar kesesakan kat bank sama.
LZS sekarang ni sedang menganjurkan Jom Zakat Cashless sepanjang Ramadan sempena
Kempen Pay Smart Stay Smart. Kempen ni berlangsung bermula 13 April hingga 12
Mei 2021. Korang juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan jumlah
keseluruhan hadiah bernilai RM15,000 tau. Mana tau ada rezeki korang, rezeki
kan tak salah alamat.
Caranya mudah
je, bayar zakat secara online melalui online banking, e-zakat pay atau branch,
mobile banking, ATM Machine atau e-wallet, tak kisah mana-mana yang penting
cashless.
Lepas tu korang
imbas QR code menerusi borang di link ni.
Jangan lupa
daftar zakat online di ezo.zakatselangor.com.my
1 comment:
Terima kasih kerana berkongsi... nampak senang juga nak bayar zakat
Post a Comment