Sebelum ni mama minat sangat dengan cordless vacuum sebab pengaruh drama Korea. Nampak senang je guna cordless vacuum, tak payah susah-susah bawa extension merata-rata. Dah la portable, ringan pulak tu. Makanya, bermulalah kisah tiap-tiap hari survey tentang cordless vacuum di internet. Cordless vacuum yang berkenan di hati mestilah yang cantik menarik kau memang da boom, selain harga kena dengan budget sendiri. Taknak yang terlampau mahal sangat kan, kalau mahal harga lebih kurang beli handphone baru, baik batalkan je wishlist yang ada tu awal-awal.
Memang best kumpul gadget rumah ni kan? Maklumlah, kita kena la ada orang gaji setiap masa, barulah senang keje kan hehehe. Gadget rumah a.k.a ‘orang gaji’ yang mama pernah beli sebelum ni banyak sangat dah berbakti. Sebelum ni gadget rumah yang paling mama suka adalah pressure cooker. Memang memudahkan keje mama di dapur terutamanya bila nak buat bubur bayi. Sebelum ada pressure cooker mama mengambil masa sejam lebih nak siapkan bubur ayam Hayder, tapi bila guna pressure cooker hanya 15 ke 20 minit sahaja. Tak ke senang ada ‘orang gaji’ :D
Air fryer pun sama juga memudahkan kerja-kerja di dapur. Gadget dapur ni mama suka sangat sebab mudah nak goreng ayam, nugget dan fries kesukaan anak-anak buat kudapan di petang hari. Faham-faham saja la di musim PKP, PKPB, PKPD, PPN1 dan lain-lain ni kan banyak masa di habiskan di rumah. Makanya, budak-budak ni asyik lapar, dekat 18 kali sehari buka peti sejuk. Dah makan, makan lagi dan lagi dan lagi. Ada air fryer senang, letak makanan dalam 10 minit dah masak, tapayah sesusah letak minyak banyak-banyak. Jimat pun jimat. Makanya, tak rugi kumpul gadget rumah. Bukan saja memudahkan tapi menjimatkan masa dan tenaga.
A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner with Dust Mites Brush
Kali ni mama nak review tentang gadget baru mama iaitu A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner with Dust Mites Brush. Panjang kan nama dia? Hehe. Kalau korang tengah survey tentang vacuum tanpa wayar atau cordless vacuum, entry ni boleh dijadikan rujukan. Mana la tau, korang berkenan dengan vacuum ni boleh start menabung untuk beli gadget idaman korang ni nanti.
Sebelum mama review tentang vacuum di atas, ciri-ciri vacuum kegemaran mama adalah:
1) Cordless
2) Portable dan ringan
3) Sedutan atau suction kuat
4) Ada lampu di Floor Brush (senang nak vacuum bawah meja atau sofa)
5) Bentuk cantik menarik kau memang da boom
6) Bunyi tak bising sangat
7) Ada warranty
8) Mudah pasang
9) Tempat sampah mudah dicuci
10) Harga berpatutan
Masa vacuum ni sampai, delivery partner tu hantar dalam keadaan baik. Kotak dibalut elok dengan buble wrap dan semua parts berada dalam kondisi elok dan tidak rosak.
Okay mama share sikit specifications A&S A90 Plus Vacuum Cleaner ni:
Material: ABS + Metal
Cleaner Types: Cordless Vacuum Cleaner
Suction: 10000Pa
Output Power: 150W
Charging Time: 3.5 Hours
Working Time: 30 minutes
Battery Type: Li-ion Battery
Battery Capacity: 2200mAH
Pengalaman Menggunakan A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner
Mama adalah seorang yang paling malas nak baca buku manual tiap kali nak guna sesuatu peralatan elektrik. Makanya, vacuum ini adalah mesra pengguna kerana tanpa melihat buku manual mama dah boleh pasang vacuum ni dan terus gunakan tanpa was-was. Vacuum A&S A90 Plus ni dibekalkan dengan charger sekali. Mama ingatkan kena cas dulu, tapi bila tekan je button terus menyala, jadi mama pun memulakan lah kerja-kerja testing & commissioning (upss macam buat construction pulak ekeke).
1) 2 Jenis Sedutan/Suction (2 speed control)
Firstly, mama tekan button dan terus sedut habuk di sekitar kawasan ruang tamu. Tapi bila mama nak off dan tekan button yang sama, sedutan menjadi lebih kuat. Ohh rupanya ada 2 jenis sedutan/suction. Kalau nak guna yang perlahan pun boleh atau kuat pun boleh. Berbanding vacuum sebelum ni yang pernah mama cuba, ianya hanya mempunyai 1 jenis sedutan sahaja. Makanya, mama suka la dengan performance gadget baru mama ni.
Gambar selepas
Gambar sebelum
2) Ringan dan Mudah Bawa (Portable)
Mak anak 4 biasa lah, kadang-kadang letih juga kan. Jadi mama nak vacuum yang ringan bukan sebab mama tak larat angkat berat ye. Tapiii…mama nak suruh little helper mama yang ada 3 tu tolong mama sapu sampah. Sekarang dah ada vacuum baru, apa lagi Nafis la paling teruja sekali nak tolong. Sebab apa tau? Sebab dia suka vacuum ni colour gold. Warna kegemaran dia kuning dan gold.
Rajin anak mama vacuum iyee…nanti mama upah coklat tauuu
Mama pulak try
3) Bunyi tak bising
Bunyi vacuum yang kuat agak mengganggu juga. Kalau boleh nak yang paling kurang bunyi. Alhamdulillah vacuum A&S A90 Plus ni pun bunyi tak kuat sangat. Kalau baby tengah tido pun takde lah sampai terjaga disebabkan bunyi vacuum. Jadi mama likeyyy
4) Rekabentuk cantik
Rekabentuk pun salah satu faktor kita beli cavuum kan? Kalau boleh nak yang cantik dan classy. Jadi kalau korang cari rekabentuk macam yang mama suka, inilah jawapannya. Material ABS dan metal ni sesuai sangat tau. Menggunakan bahan yang sturdy dan tahan lasak, sesuai untuk kegunaan harian korang. Warna gold cantik dan nampak classy. Biasanya penyapu kita akan sorok kat dalam stor kan? Tapi kalau korang beli A&S A90 Plus ni, korang dah tapayah malu-malu dah sorok penyapu…show off je kat tepi dinding gantung terus. Rekabentuk classy dengan warna gold mewah dihiasi logo A&S memang menawan sangat-sangat.
Logo A&S pun cantik
5) Ketahanan bateri
Bateri bertahan lebih kurang 30 minit. Biasa la kalau guna cordless vacuum ni memang bateri kena cas selepas beberapa kali penggunaannya. Mama guna boleh bertahan dalam 2 hari gitu sebab bukannya sekali guna kita vacuum sampai 30 minit kan, dalam 15 minit gitu dah boleh siap. Charger juga ada diberikan, jadi lepas digunakan mama akan cas terus bateri sebab nanti esok-esok nak guna akan sentiasa ada bateri. Charge lebih kurang 3 jam.
Lampu biru tu akan menyala semua bila bateri dah penuh
Charger
6) Dust Mites Brush
Vacuum ni memang best dan mama suka sebab ada dust mites brush. Mama dah try vacuum tilam sebab biasanya partikel halus dan habuk tak Nampak ni akan menyebabkan kegatalan kulit terutama kulit bayi. Jadi dengan adanya fungsi dust mites brush ni amat memudahkan.
Dust mites brush
Senang vacuum mattress
7) Mudah vacuum langsir dan sudut
Mama bukan setakat vacuum langsir, tapi sawang-sawang kat siling pun mama vacuum. Senang sangat sebab vacuum ni ringan dan portable. Takde wayar lagi la senang, takdelah asyik tersadung kaki. Sudut-sudut dinding yang sempit pun boleh vacuum sekali. Rumah terasa nyaman dan bersih je lepas vacuum.
Budak doblas tahun pun larat je angkat vacuum ni, tak berat pun
Tepi dinding pun banyak habuk
8) Lampu LED
Terdapat lampu LED berwarna putih pada bahagian main brush. Bila button start menyala, lampu LED pun menyala sama. Fungsi lampu ni memudahkan untuk vacuum tempat-tempat yang gelap seperti bawah meja, bawah sofa atau belakang almari.
9) Warranty
Istimewanya A&S A90 Plus Vacuum ni, ianya didatangkan dengan warranty selama 2 tahun. Rasanya kalau warranty 2 tahun tu agak berbaloi kalau beli vacuum ni sebab kebanyakan vacuum yang mama Nampak hanya beri warranty 1 tahun sahaja. Jadi kalau ada kerosakan takdelah risau sebab 2 tahun warranty ada.
2 years warranty
10) Balang habuk senang dibersihkan
A&S A90 Plus vacuum ni memang mudah sangat cara penggunaan sampai ke cara pembuangan sisa ehh habuk haha. Klik je button terus terbuka penutup kemudian buang segala sampah, habuk, sawang dan partikel yang dah disedut tadi ke dalam bakul sampah. Settle!
Settle dah buang habuk semua
Voucher Discount di Lazada
Amacam? Korang suka tak vacuum A90 Plus ni? Kalau korang suka, mama ada berita baik ni. Mama nak share voucher discount untuk korang. Korang boleh klik link yang mama bagi ni untuk korang dapat 5% diskaun tambahan dengan setiap pembelian apa-apa jenis produk A&S. Kalau korang nak beli korang klik link ni ye:
Jangan risaulah semua, A&S A90 Plus Cordless Vacuum Cleaner ni ada SIRIM certified punya!
Tapi takut barang sampai dan bukan authentic? Scan saja QR code sticker, ia atas kotak je.
Maklumat lanjut korang boleh rujuk di:
Instagram: aandss.official
Facebook: A&S
Website: www.aandss.com
No comments:
Post a Comment