Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang...sihat ke tu semuanya?
Baiklah, marilah kita menghapdate kisah membeli belah kelengkapan anak-anak nak masuk sekolah tak lama lagi ni. Ingat lagi dulu, masa zaman rancak berblog. Semua barang baby yang dibeli walaupun barang tu simple pun nak update dalam blog. Kenangan kan. Memang tak sia-sia pun tulis dalam blog sebab sekarang Aleesya dah besar, dia dah khatam dah baca blog ni yang 80% adalah kisah dia masa baby. Anak sulung katanya, semua excited lah nak cerita tentang milestone dia :)
Shopping Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari!
Ceritanya cari baju sekolah sampai 2 kali kitorang datang Hari-Hari. Kali pertama datang tak bawa anak-anak bujang sebab kebetulan balik dari event terus singgah. Cari baju sekolah Aleesya je dulu. Pastu ada la dia survey barang-barang lain yang perlu.
Lately ni kebizian yang teramat kan, sampai tak sempat nak fikir mana satu kerja yang nak buat dulu. Tapi untuk anak-anak tetap luangkan masa belikan keperluan sekolah diorang. Nanti lambat leceh, tambahan pula dah dekat nak masuk bulan Puasa nanti, letih pulak shopping baju sekolah. Makanya, kami buat persiapan awal, senang kan.
Jom tengok gambar sambil bercerita okeh!
Nafis paling cerewet bab pakaian. Nak yang kemas je, lepas tu yang senang iron. Sejak diorang dah besar ni, mama dah tak iron baju sekolah diorang dah. Sebab tu la Nafis nak baju yang senang iron, sebab dia malas nak berpanas lama-lama hehe. Jadi seperti tahun-tahun lepas, mama pilih baju sekolah brand Jony & Jeny. Jenis kain ni senang iron dan warnanya biru nila tak nampak kusam bila dah pakai lama.
Seluar sekolah pula mama pilih brand No Problem, sebab anak-anak agak lasak. Jadi seluar brand No Problem lebih sesuai kerana kainnya yang lebih tebal dan tahan lasak berbanding Jony & Jeny. Tapi kalau anak korang tak gemar seluar yang berkain tebal, korang boleh pilih brand Jony & Jeny. Bagus kan Pusat Pakaian Hari-Hari ni, bukan saja direka mengikut keselesaan anak-anak tetapi juga watak anak tersebut.
Pakaian untuk pelajar asrama, pengawas, blazer pengawas pengawas PSS dan lain-lain banyak pilihan dan saiz yang sesuai dengan anak-anak. Kalau beli pakaian seragam sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari ni korang tak payah nak risau kalau saiz takde ke stock takde ke, sebab ada 98 cawangan Hari-Hari di seluruh Malaysia.
Rizqy cuba baju melayu untuk sekolah agama complete dengan samping dan songkok. Set baju melayu dan samping dari brand Jony & Jeny. Kain licin selesa dan tak panas.
Kalau beli barang sekolah anak-anak jarang tak penuh sebakul, ni tak masuk lagi baju Aleesya. Baju sekolah dia next time pula beli sebab melayankan anak bujang berdua ni punya karenah yang macam-macam taste.
Ni pula bahagian beg sekolah. Memang banyak pilihan dan berkualiti untuk anak-anak ke sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Saiz pun agak besar sesuai untuk anak darjah 3 dan darjah 5 sebab buku diorang agak banyak juga. Kalau beli beg kecil nanti tak muat.
Dah test baju dan beg, masing-masing happy dan tak sabar dah la nak ke sekolah nanti ni. Opss...kasut tak cuba lagi rupanya :)
Nafis cuba saiz dan pilih design kasut sekolah yang simple dan senang kering. Kalau kasut terlalu banyak span nanti lambat kering pula bila musim hujan.
Banyak pilihan kasut sekolah yang sesuai dengan harga. Harga kasut sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari memang mampu milik dan tidaklah membebankan kalau family mempunyai anak yang ramai.
Stoking pelengkap kasut sekolah pun ada. Senang kan shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Semua di bawah satu bumbung, senang tak payah pergi banyak-banyak kedai.
Stationeries dan botol air pun ada dijual di sini. Jadi mama papa tapayah pening-pening nak keluar cari kat kedai stationery lagi. Pilih je kat sini terus.
Promosi Kembali Ke Sekolah Di Hari-Hari
Dah settle terus bayar dan happy la anak-anak dapat shopping baju sekolah dengan mom. Senyum je la diorang. Korang kena cepat-cepat pegi sebab tak lama lagi dah nak puasa dan raya juga kan? Senang sikit, at least persiapan sekolah anak-anak dah settle, lepas ni kita boleh fikir nak cari baju raya pula :)
Promosi kembali ke sekolah kembali lagi tau!
Marilah Pergi Hari-Hari!
98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari
No comments:
Post a Comment